Monday, 25 March 2013

KITA BENAR-BENAR FAHAM KE?

Pusing pi, pusing mai ... besa la kan bila dah dekat-dekat PRU ni ... beterabor la cerita-cerita politik.  Kalau tak campor lagi PRU13 ni dah 4 kali aku membuang undi.  Mula dari 1990 (masa tu ombak Semangat 46 melanda senario politik) saaaaaampai la sekarang ni, dah tau sangat aku trend orang berpolitik ni.  Jadi bila ada sharing-sharing di internet aku baca sekali lalu dan angguk-angguk, geleng-geleng je la.  Semuanya aku tak berapa nak ambik port.  Lantak ke deme (kata orang Perak).

Lantak aku bukanlah lantak sembarangan.  Lantak aku lantak berkira.  Macam aritu, kawan ofis dok beriya promote suruh tukar sokongan ke parti ikutan beliau, aku senyum je.  Dari tahun 2008 dok promote tapi mintak maap la yer, idok le aku sior.  Aku nanya balik, ape ke he mak pak sokong parti A mengkome sokong parti B?  Ape penyebab?  Cer cerite, cer cerite.  Sekali dia tauk soalan balik kat aku berapa lama dah kita merdeka?  Aku pun bagitau la dah berapa lama.  Dia tanya balik, berapa lama South Korea merdeka?  Walaupun aku tak minat K-Pop aku tau la awai sikit dari kita.  Dia punya la panjang lebor cerite betapa majunya South Korea sekarang di bandingkan dengan kita, pok pek pok pek, nak jadi macam Singapore.  Faham ler aku apa yang dia nak sampaikan, nak kan Malaysia jadi negara kaye-raye.  Ada daya saing yang sangat tinggi, gah di mata dunia.  Ye la, sape tak nak negara dia camtu kan?  Tapi contoh dia orang bagi contoh negara bukan Islam.  Fikiran aku tak boleh nak terima sangat.  Lagipun aku bukan pakar ekonomi negara.  Yang bercakap dengan aku tu pun dah mahkamah isytihar Bankrapsi.  Kalau dia terer hal-hal ekonomi dah tentulah ekonomi dia sendiri tip top.  Macam mana aku nak terima apa dia cakap? Cukai! ... eh, lupa pulak aku, cukai antara isu jugak.  Tak tau ler aku nak kata apa, aku bayor jugak cukai walau pendapatan tak besor mane, tapi tak de ler sampai muflis banding dengan orang yang lari cukai tapi muflis.  Hal-hal pendapatan ni sebenornya bukan besor atau kecik RM yang diterima, tetapi tentang bagaimana cekapnya kita mengendalikan kewangan kita, tau membuat keputusan di dalam pelaburan daaaaan mestilah jujur di dalam perniagaan.

Miskin sangat ke orang-orang di Malaysia ni?  Bila dapat peluang pergi luar negara, tak payah pergi jauh, baru je naik kape terobang, berduyun rakyat Malaysia ada same.  Aritu masa aku pergi Paris, ada je orang Malaysia dari JB yang saje-saje jalan saing-saing aku naik Eurostar, merata negara Eropah dia orang pergi anak-beranak.  Di Kota London pulak terserempak dengan budak Shah Alam, jalan-jalan dengan gang.  Time nak balik sementara tunggu boarding, dua tiga group orang Melayu pergi jalan-jalan Eropah dok bergebang pasal perjalanan dia orang.  Kalau nonton Youtube, ada je yang jalan-jalan ke luar negara satu family campur ipor duai segala.  Happy habis tengok keletah dia orang.   Kenkawan, sepupu-sepapat di FB macam tak nyempat-nyempat nak upload gambor-gambor dia orang pergi obersea.  Paling-paling pun Korea/China mesti pergi sebab nak main snow.  Ada kawan aku tu jahit manik je.  Tiap tahun melancung.  Baru ni dok pelemah aku join dia travel the world.

Dan bila kita di negara orang tu, kita tengok cara dia orang pulak.  Tercengang-cengang dia orang tengok kita boleh jalan-jalan pergi tempat dia orang.  Ada negara yang kalau kita pergi bersepah budak-budak kejor nak jual chewing gum, nak kiwi kasut, jual sepit rambut.  Di Malaysia tak de pun aku nampak situasi begini.  Tak tau lah kalau-kalau aku tak abih survey.  Gaji pengurus pulak sebanyak gaji kerani di sini.  Petrol tok sah kata la.  Memang rendah negara kita lagi.  Kalau jalan2 di Oxford Street, Regent Street, nanti ada le minah/mat saleh rambut blonde jerit lagu ni, "murah-murah, tak mahal", bila nampak muka (amboi sedap Ustaz ni nyanyi lagu Hindustan di radio) wanita Malaysia (dia orang tengok style tudung kut).  Nampak tak femes tak femesnya orang Malaysia sebagai pelancong di negara luar sana.  Kalau ke Madame Tussaud, mamat omputih tu siap kata "Selamat Datang, terima kasih".  Macam ada brand tu dok terlekat di dahi.

Memang kita faham sungguh ke apa yang orang-orang politik ni perjuangkan?  Balik pada kawan ofis tadi, dia tanya aku lagu ni, "maknanya you percaya la AI tu mel***t, you tak percaya la si N tu terlibat dengan kes Alt*****a," .... hish, rimas aku ... lalu aku pun jawab, "I tak pernah nampak perlakuan dia orang di depan mata, percaya pun tak, tak percaya pun tak."  Aku tambah lagi, aku sokong bukan sebab hari ni, aku sokong sebab perjuangan orang dulu.  Aku tak faham sangat pasal politik, aku bukan pakar ekonomi, aku tak taksub dengan seseorang, tapi aku faham satu perkara, kita kena selalu bersangka baik dan sentiasa berdoa untuk saudara-saudara kita, bukan maki-memaki, tuduh-menuduh.  Teringat satu dialog heroin cerita Hindustan yang aku tengok baru ni, "di mana ada kasih-sayang, di situlah ada Tuhan".   Allah SWT tu kasih sayang Dia sangat luas, hari-hari kita mohon kasihNya, tak banyak, sikit pun jadilah.  Jangan nanti bila semua nak gaduh-gaduh, takut-takut Allah SWT pun berpaling dari kita. Nauzu billahi min zalik.Wallahu 'alam.

Friday, 22 March 2013

YEAY!!!!!!!!AKU DAPAT HADIAH

Urmmm .... lama sungguh tak update blog ni ... bersawang ... berhabuk.   

Jumaat lepas umurku berginjak setahun lagi.  Alhamdulillah.  Sehari sebelumnya aku mendapat hadiah.  Sangat best hadiah ni ... tiga kotak kecil yang comel-comel tetapi comel lagi isinya....


                                          Hadiah dari doktor ... Alhamdulillah

Itulah dia haaaa ... aku ni bukan jenis selebret birthday, tahun ni lagi la ... macam ingat tak ingat ... mungkin "teruja" sangat kut bila fikirkan appointment bagi full blood test di KPJ Selangor.  Cerita bermula seminggu sebelum tu.  Aku ni diserang flu, serangan ringan je.  Anak-anak sakit bergegas bawak jumpa doktor.  Tapi kalau sendiri yang sakit, dengan segera diri sendiri jadi doktori.  Kutip la apa saja ubat demam dan selsema belen-belen anak tu dan telan.  Kira tak melarat jugaklah.  Tapi sakit tekak yang mula menampakkan kehadiran membuatkan aku gagahkan jugak la diri aku pergi ke klinik di hadapan pejabat untuk mendapatkan antibiotik.  Doktor bertugas pun dengarla penjelasan kenapa aku nak ubat.  Macam biasa la, dia cek tekanan darah dulu.  Dah ambik sekali dia ulang lagi.  Dia terkejut.  Dia kerahkan aku dengan segera untuk ke hospital.  Pantas dia mintak nurse bagi letter head klinik.  Dia bagitahu tekanan darah aku dah terlalu tinggi bagi Sistolik dan Diastolik serta degupan deras jantung aku juga sangat membimbangkan.  Terpinga kejap aku.  Elok je aku rasa, apahal pulak jadi lagu tu.  Aku ambil surat dah terus ke hospital.

Sesampai di hospital nasib tak perlu tunggu lama.  Tekanan tinggi darahku disahkan betul oleh doktor pakar.  Dia interview sikit tentang ubatan yang aku ambil.  Dia syorkan aku menukar ubat.  Dah dia doktor aku okaykan je tanpa banyak soal.  Seminggu lagi datang buat ujian darah.  Aku angguk-anggukkan kepala tanda akur.

Hehe ... tang ambik darah ni yang aku malas sangat.  Sepanjang sejarah hidupku bukan senang nak mengeluarkan darah aku ni masuk ke tabung.  Kadang tu sampai lebam sana-sini lenganku ini.  Ada sekali tu boleh lak dipusing-pusingkan jarum tu bila dah masuk ke lengan.  Hish ... leceh betui.  Saspens jugak la nak pergi kali ni.

Harinya pun tiba ... dan aku pun menunggu dengan sedikit debaran di dada.  Aku terus ke bilik khusus bila nama dipanggil.  Sambil lab officer tu belek-belek cari urat di kawasan tengah lengan aku pun cepat-cepat bagitau masalah aku.  Dia kata itu perkara normal tapi dia akan tolong sampai boleh.  Hmmmm ... memang lebam la macam ni.  Nasib dia sangat berhati-hati.  Dia masuk jarum tetapi tak lah gelojoh nak cari urat darah.  Tekun betul dia ... dah macam nak bercakap dengan urat darah aku je rupanya.  Hati aku dah berdoa agar terus je ambik dari pembuluh darah atas tangan dekat dengan jari hantu.  Situ memang gerenti ada.  Setelah berusaha dia tarik keluar jarum dan memberitahu dia terpaksa memanggil pegawai atasan dan mengatakan ada kemungkinan terus "ambil di depan" .... Erkkk ... depan mana pulak aku kena pergi?

"Shaiful ...",  aku dengar dia memanggil seseorang.  Sekejap lepas tu si Shaiful tu pun hadir ... lepas dapat penerangan terus dia kata nak ambil depan.  Terus dia belek pembuluh darah macam aku nak sangat tadi tu. Oooo, situ depannya.  Fuh ... lega ... Si Shaiful tu terus sembur ubat kebas.  Cara dia macam nak masuk drip je.  Sejurus lepas tu dia tarik picagari dan dengan ayunya darahku pun mengalir.  Pekat betui si Shaiful tu kata.  Alhamdulillah, dapat lah kuantiti yang mereka mahukan tu.  Jarum ditarik keluar dan dia pun nak letak plaster, tetapi dia hairan kerana lubang tusukan jarum dia tak jumpa.  Aaaa ... aku kan suka-sakat Cullen.  Haha ... kemaruk Twilight.

Setelah sejam, aku diarah berjumpa dengan doktor yang memeriksa aku minggu lepas.  Keputusannya menghasilkan tiga kotak kecil di atas.  Dia perintahkan aku berjumpa dietitian.  Aku pun berjalan mengikuti jururawat bertugas.  Seorang wanita kecil molek berdiri di hadapanku bila kaki ku melangkah ke bilik pakar diet tersebut.  Panjang lebar dia cerita.  Banyak lah sample-sample pemakanan dia beri.  Selesai je aku terus melangkah turun untuk membuat pembayaran dan mengambil ubat.

Ubat sudah di tangan, aku mengatur langkah ke tempat parkir kereta.  Bermulalah langkah hidupku sebagai pengidap Diabetes type 2.  Sebelum tu Hypertension.  Haha ... tunggu nak sakit jantung je ni.  

Selepas seminggu aku mengikuti dengan tekun setiap jadual pemakanan dan mengambil ubat dengan setia serta supplement yang sesuai, aku kini baru terasa betapa sihatnya diri aku.  Rupanya telah sekian lama badan ku sakit, akibat dah lali tak perasan langsung.  Bila dah mula kurangkan karbohidrat, elak goreng-gorengan, minum 2 liter air kosong setiap hari, nasib juga aku ni penggemar ulaman dan sayuran hijau, barulah aku terasa sangat-sangat sihat.  Syukur sangat-sangat.  Oh yea, ibuku pun seperti diriku, dan kini aku dapat menasihati dia cara yang terbaik agar kesihatan diri lebih elok dari sebelum ini bersandarkan pengalaman sendiri sepanjang seminggu ini.  Kalau sebelum ini aku sering susah nak tidur, setiap kali bangun dari tidur sendi-sendiku sengal sangat, kini tidak lagi.  Tidurku lena, kalau terjaga pun sekali je di sepertiga malam.

Amalkan pemakanan yang bagus kalau nak sihat.  Cuba praktik begini:

07:00 - 08:00 -- Dua  keping roti (whole grain) atau 6 keping low fat hi fiber crackers dan susu yang sesuai dengan umur kita (dua scoop je), capati pun boleh
10:00 - 11:00 -- Sekeping roti (whole grain) atau low fat hi fiber crackers 3 keping dan teh o
13:00 - 14:00 -- Nasi (2 senduk), sayuran hijau dan perbanyakkan memakan ikan.  (Telur merah hanya 3 biji seminggu)
16:00 - 17:00 -- sama macam pukul 10.00 tu
19:00 - 20:00 -- sama macam lunch
22:00 - 23:00 -- sama macam pukul 10 jugak.

Air kosong sehari 2 liter, sebelum pukul 6 petang tu pastikan dah mencecah 1.5 liter air masuk ke badan, malam jangan minum banyak. 

Rajin-rajin browse cara pemakanan yang ideal.  Oh ye, jangan lupa bersenam.  Berjalan dalam 8000 ke 10000 tapak sehari.  Tidur cukupkan 8 jam.  

Solat wajib jangan lupa didirikan seelok masuk waktu dan kalau boleh 15 minit sebelum azan sudah berteleku di sejadah kerana waktu itu sangat hampir Malaikat kepada kita dan mereka akan mendoakan kita segala kebaikan.  Sunat Qabliah Subuh, Sunat Dhuha dan Sunat Witir juga kalau boleh berisitiqamah di dalam melaksanakannya dan perlahan-lahan diperbanyakkan solat-solat sunat yang lain, terutama sunat yang dituntut.  Solat adalah pemakanan rohani.  Kalau pemakanan fizikal sahaja yang kita jaga tak guna juga.  Nanti hati sukar tenang bila berdepan masalah.

Berpuasa juga baik.  Biasakan berpuasa di hari Isnin dan Khamis dan 3 hari di setiap pertengahan bulan-bulan hijrah.  Boleh search  kalendar puasa di dalam Islam.  Lakukan selagi terdaya, kalau tak mampu Allah SWT itu maha memahami.  

Insya Allah, dengan pengamalan seperti di atas kita telah menghadiahkan yang terbaik untuk diri kita, dari segi fizikal dan rohani.  Aminnnnn.