Monday, 30 July 2012

BAGAI IRAMA DAN LAGU

Dramatik nya tajuk ... hehe.  Ini perihal si Haifa ... Tengahari tadi aku ambil dia dari sekolah.  Sampai rumah dia ekor aku hinggalah ke bilik.  Dia tanya, "Mama, duduk di ofis tu Mama tak rasa sunyi ke kalau Eppa tak ada?" ... Aku jawab, "Rindu sangat dengan Eppa," ... Haifa pun apa lagi, dengan segera menawarkan diri untuk dibawa sekali ke pejabat.  Memang dia ni tak boleh berenggang langsung dengan aku.  Aku naik tingkat atas dia ikut, aku turun ke bawah, dia ikut jugak.  Kalau aku baring dalam bilik, kejap lagi terjengul la kepala dia mencari kelibatku.  Terus dia tarik lengan dan membaringkan kepala dia ke atas lenganku.

Memangnya Boss pun tak de ni, ada urusan kematian pak sedara di Ipoh.  Aku pun bawak la si kenit Haifa ke ofis:






Sessi soal jawab, Haifa tanya, aku jawab.  Apa saja aku buat dia tanya. Sampai aku hambat dia pergi tidor.  Letih agaknya menahan lapar.  Terus dia terlena.



Bila tengah-tengah buat kerja, aku jenguk dia yang sedang lena.  Senyum aku sorang-sorang.  Kalau hari-hari macam ni kan best.

Sunday, 29 July 2012

TWIT TWIT

Ada satu hari di minggu lepas, Boss aku tanya, "Macam mana guna Twitter?" ... aku bantai gelak ... ape ke he nyer Boss aku nak bertweet pulak ni??? ... "You nak buat apa pulak?  Selibriti mana you nak follow ni?  Lisa Surihani??" ... dia tanya lagi, "dia macam chatting jugakkan?" ... ermmm alahai ... Boss aku ni tak faham laaa..

Aku explain la it is a place for status updates.  Contohnya bagi kita yang biasa-biasa ni, guna lah Tweeter untuk tahu updates lalu lintas, event dari jabatan-jabatan lain atau artis kesayangan ke.  Atau as a department info center kalau masih belajar, senang nak tau kelas bertukar ke tidak.  Kalau nak chat chat pi la guna YM je.  Bukan aku tak tau dia masih pengunjung tegar di laman YM.

Cakap pasal Tweeter ni, aku teringat sorang staff lama ni, Wani nama dia.  Dia la jugak dulu suruh aku masuk FB sekitar Oct 2007.  Sama-sama giler main FarmVille.  Alih-alih satu hari dia bagitau suruh aku cek Twitter.  Masa tu Artis kita tak ramai pun ada sebab baru sangat.  Aku bodoh-bodoh la on kan lepas tanya ejaan lagu mana.  Tak tau langsung kegunaannya.  Ada following dan follower.  Dalam hati aku kata, "ada ke orang nak follow aku?" ... beberapa hari berlalu aku pun cek ... eh, ada la yang nak follow ... omputih lagi ni ... cek lagi rupanya porn web cam punya minah saleh buat iklan ... emmm alahai ... Rasanya sekali je aku letak status, "in the office, so tired" ... tapi memandangkan sape pun tak kenal aku, tak de sape ler yang nak ambik pot amende aktiviti aku ... haha ... short while after aku delete jer ... senang.

Back to my Boss, dia tanya aku macam mana nak bukak akaun Twitter ... ermmmm, dah macam-macam
akaun on line bukak ... yang tu pun tak tau ... hai la Boss.

Friday, 27 July 2012

THE PAPER CHASE

Wuiiiiii, seronoknya dapat beli sijil dari peringkat Sarjana Muda hingga ke Doktor Falsafah, obersee lagiiii.  Pastu siap ada majlis konvokesyen, family datang tengok bagai ... ish ish ish ... awat la dengan depa ni ... punya la nak up kan diri sampai macam tu sekali.  Apa tak nya, bayar murah.  Dapat kerja gaji mewah.  Tapi serupa tong tak dak isi la jugak ... luaq nampak cantik ... dalam kosong jugak ada.  Yang kaya raya tu la jugak yang bijak ye ... tu pun sekejap ... la ni dah kena lokap.  Tapi sekejap tak sekejap, dari tahun 2003 tu.


Ahli politik, Tan Sri antara beli ijazah palsu
Jakri College International nama tertera di gambor tu.  (http://www.sinarharian.com.my/semasa/ahli-politik-tan-sri-antara-beli-ijazah-palsu-1.70443)

Sat nak browse college ni.  Ooops!  Under Construction ... browse lagi ... ada dia punya obersee partner (kononnya la) http://www.uoredu.org/.  Graduan pun ada di Linkedin site.  Sekarang mamat tu kerja di Phnom Penh ... jawatan manager.

Kelakar betul bila difikirkan.  Orang lain separuh mati nak habiskan belajar, sampai tensen-tensen, demam kebah demam kebah, kadang-kadang tak kebah-kebah sampai habis semester.  Duit berpuluh ribu keluar biaya diri sendiri.  Senang-senang dapat PhD pakai RM semata-mata.  Tak malu ke buat kerja macam ni?  Tak malu ke kutip duit cara ni?  Inila orang kata dalam ceghodik ada bangangnya.  Keghotaih tu tak de maknanya ... ilmu tu yang nak dicari ... tapi tak tau la pulak dia pi ambik Black & White dulu lepaih tu baru studi pelan-pelan browse internet malam-malam.  Ilmu datang kemudian.  Yang penting tak tensen sebab exam.

Tapi la kan ... macam aku pi belajaq aritu ... kalau dah lama bekerja ... apa yang diajar tu (kecuali subjek yang memerlukan pengiraan) ... dah pun mahir sebab ada pengalaman ... kalau beli fake degree or MBA macam tak de beza sangat.  Dari segi moral la tak betui.  Tak rugi ke tak de kertas kerja atau tesis hasil usaha sendiri yang nak dibanggakan?  Fresh student of course jangan nak merepek nak buat benda macam ni unless family memang dah ada firma besar.  Apa nak dikira.  Teringat Ranchordas Chanchard dalam 3 idiots ... dia gunakan Phungsuk Wangdu bagi mendapatkan segulung ijazah (entah betul ke idak ejaan nama tu, main ingat je) ... nice movie.  But for PhD, errrr ... ridiculous betui laaa ... aiyooooo ... such a shameful act.

Apa-apa pun biarlah setakat Sijil Kemahiran dari Institut Belia je di tangan, tapi ori youuuu.

CHICKEN POX

GM, En Awi, talipon pagi Rabu, dia kata dia tak dapat datang, demam.  Semalam baru dapat tau dia kena Chicken Pox.  Umur dia sudahpun 48 tahun.  Hari ni tanya boss (adik pada En Awi) dah pergi menjenguk ke?  Dia kata tak sempat.  Awi merungut-rungut kata lambat keluar.  Awi ingat dia baru 4 tahun kut.  Hehe.  Budak kecik ye la, tiga malam demam berulang, tiga hari lepas tu dah boleh lari.

Aku pun sebut tentang minum air kelapa nak bagi keluar.  Boss kata pernah jugak dengar, tapi ada jugak orang kata jangan bagi keluar.  Heh! Terkejut aku.  Kalau tak keluar makan di dalam, macam mana tu?  Orang tua, kena cacar air ni bukan boleh buat main.  Boleh bawak mati.  Sakitnya tak terperi.  Aku sendiri kena sewaktu umur 37 tahun.  Memang tak tahan sakit akar setiap cacar tu.  Lambat nak baik pun.  Turn boss aku pulak terkejut.  Dia pun ambik remeh bila bab ni sebab nak samakan dengan budak kecik.  Budak-budak daya tahan tinggi.  Umur dah 40 tak de mana nak tingginya daya tahan tu.  Takat-takat buku lali je.

Mengikut artikel ni - http://news.bbc.co.uk/2/hi/health/1644663.stm :

1) Chicken Pox, yang kebiasaannya kita tahu hanyalah penyakit kanak-kanak yang ringan, telah menyebabkan kematian di kalangan pengidap dewasa dan peratusan kini meningkat berbanding sekitar lewat 60an.

2) 81 persen kematian akibat chickenpox ini di antara tahun 1995 dan 1997 berlaku kepada orang dewasa.

3) Kebarangkalian lelaki berkemungkinan menemui ajal kerana chickenpox ini, adalah sebanyak dua kali ganda daripada wanita,

Hmmm ... jangan ambil mudah ... 


Thursday, 26 July 2012

PROUD TO BE MALAYSIAN (1)


NUR SURYANI MOHAMED TAIBI




She's 29, rank 47th in the world 10-meter air rifle, 8th months pregnant and she's a Malaysian.  Nur Suryani will be competing in the upcoming London Olympic 2012.  BBC, CNN, IBN, USAToday, and few others made some coverage as she's the most ever so pregnant Olympian. Her shots made Malaysians' eyes burning with hope for a gold medal.  So Nur junior, give mommy some calm moments as she triggers and you can kick all the way as much as you want, once mommy hits her ultimate aim.     






Wednesday, 25 July 2012

MACAM MANA NAK KIRA???

Bila anak membesar macam-macam dia orang tanya kan?  Kadang-kadang soalan tu payah nak jawab.  Karang bila kita jawab dia orang salah tafsir pulak.  Semalam Haifa bertanya (masa buka puasa),  "Bila kita puasa berapa pahala kita dapat?" ... tergelak aku dengar cara dia bertanya.  Manalah ada penyukat pahala.  Macam nak kira markah kuiz pulak.

Aku kata, "Manalah nak tau Allah nak bagi berapa.  Kita kan puasa kerana Allah.  Sukahati Allah lah nak beri.  Kalau Dia tak nak beri pun kita nak kata apa.  Kita mesti terus buat dan buat sebab berpuasa adalah rukun Islam.  Kita tak buat kerana mengejar kuantiti pahala.  Kita buat kerana kita kata kita Islam dan kita sayang Allah dan Rasulullah.  Kalau kita sayang dah tentu kita lakukan apa yang disuruh dan tak fikir kan balasan.  Bila kita ingat macam tu, hati kita sentiasa tenang dan barulah indah rasa hidup ni.  Faham?"  ... Haifa angguk-angguk.  Tak tau la dia betul-betul faham ke sebaliknya.  Tak de dah dia tanya lagi.




Tuesday, 24 July 2012

POSA KE 3 DAN 4

Semalam, tepat 5.30 petang, aku dah bergegas pulang.  Mun masih sakit rupanya.  Nasi je dia sempat letak.  Aku pun apa lagi, terus ke dapur, menyinsing lengan baju dan capai kurma dalam peti es.  Ambik tepung gandum.  Bancuh segala dan goreng.  Dapat la cucur kurma buat juadah berbuka.  Feberet aku tu.  Sup tulang ada lagi.  Celur mihun sikit.  Dapat pulak mihun sup.  Goreng ikan siakap dan sayur brokoli.  Siap dah santapan.  Terus naik ke atas untuk mandi dan cun-cun abih mandi time berbuka pun sampai.  Mata dah letih sebab dari 4 pagi time aku dah penuh aktiviti.  Habis je witir aku terus gulung-gulung je telekung dalam sejadah.  Tak larat dah nak sidai-sidai.  Nasib Mun larat bangun untuk basuh pinggan.  Kesian nak suruh Cik Pora sebab college work dia pun dah sarat.  Alarm aku set pukul 4 dan belum pukul 10 aku dah tak sedar sampai la pukul 5 pagi.  Terjaga je aku panik.  Bukan aku kunci jam pukul 4 ke?  Belek alarm hand set kejap.  Laaa, boleh pulak semua hari aku tick, tang Tuesday tak tick.  Cis! Nasib bek terjaga.  Gegas ke bawah dan perangat apa patut.  Buat air dan sediakan cereal.  Fuh! pinau-pinau.

6.55am berjalan dengan Haifa ke sekolah.  Balik je rumah lepas tu kisahkan baju kotor.  Satu round dah lepas, lagi seround Mun setelkan lah nanti.  Tinggal nak sidai je pun.  Mandi manda, siap sedia nak hantar Cik Pora ke kolej dan terus ke pejabat.

JOS





Heard Sarah and Richard, on Lite.FM, discussing about the movie JAWS.  4 hari Sarah kata dia tak mandi lepas nonton cerita tu masa kecik-kecik.  Haha, nasib aku boleh mandi.  Tapi takut memang sama jugak aku rasa.

Aku tengok cerita JAWS (semenjak tu ikan jerung dah dipanggil JOS) masa aku darjah empat.  Bukan tengok di panggung, tapi di dewan besar kem askar area Kamunting (Kem MP rasanya).  Murah je tiket.  Free seating dan bersila semuanya.  Boleh berpicnic jugak kalau nak.  Tayangan tu waktu malam.  Pergi jalan kaki je sebab kem dengan rumah aku hanya lebih kurang 15 minit masa perjalanan dengan berjalan kaki.

Memang giler thrill betul cerita Steven Spielberg ni.  Naik kecut perut sungguh.  Sekarang ni kalau ditayangkan di channel TV, masih lagi terasa trauma ketakutan itu.  Dan sesungguhnya tepian pantai bukanlah lagi tempat yang dapat memberi ketenangan.

Lepas je habis tayangan, on the way pulang tu, tiap lopak air aku cuak.  Bila nak mandi, lama aku tenung air dalam kolah.  Eeeee ... memang terlalu menghimpit perasaan betui la cerita tu.

Beberapa babak yang sangat mencengkam perasaan:



Aduiii ... walau dah tengok the making pun aku tetap rasa ikan tu betui ... *glup*


Monday, 23 July 2012

5 JAM PERTAMA ...

Today my day started at 4.00am.  Buat segala apa yang patut.  Pukul 5.00am semua turun makan.  Budak-budak suka cereal.  Senang la sikit nak sediakan.  Kalau nak makan nasi, ada je tu, lauk sup tulang.  Aku sahur memang tak makan, minum je.  Tu yang ngantuk terlebih je aku rasa ni (haaaa, kan dah tersengguk).  Haifa bawakkan baju sekolah dia, kena jahit lencana.  Aku cepat-cepat jahit dan lepas tu siap nak jadi supir.  (aduiiii ngantuknyer) Dah mandi aku pi isi minyak kereta.  6.55am hantar Haifa ke sekolah rendah. Next, singgah rumah semula ambil Kakak, Cik Pora dan Aqish.  Hantar Aqish ke sekolah menengah.  Lepas tu drop kan Cik Pora di College.  Next, drop kan Kakak di Uni dia.  Gerak balik ke rumah dan sampai pada pukul 8.30am.  Mandi manda berbagai dengan secepat yang mungkin, dan terus bergegas ke Sekolah Menengah attending Prefect Installation Ceremony si Aqish pada 9 pagi.  Pukul 8.30 dah mula sebenarnya.  Terkejar-kejar jadinya sebab banyak sangat pit stop.  Nasib sempat la tengok dia menerima pentauliahan.

                                         Pembacaan Ikrar


                                                    Selesai sudah ...

 Hantar Aqish balik ke rumah around 9.15am.  Gerak ke ofis dan sampai dalam pukul 9.20am.


Tetap ceria dan tetap bersemangat untuk melakukan tanggungjawab di pejabat sebaik mungkin ... hehe ... and who else boleh buat semua tu kalau tak seorang ibu ... kan????? Apa pun boleh untuk anak-anak ... tanyalah mana-mana ibu pun ... rata-rata akan buat apa saja asalkan anak-anak tidak merasa hampa ... (",)

Sekarang dah hampir 5 petang ... kejap lagi boleh balik ... haaa!  ilang dah ngantuk ...

... DAN RAMADHAN PUN BERMULA

Alhamdulillah ... seronok betui la dah mula posa ... dah masuk hari ke tiga dah pun ni ... Kalau bukak FB tu ... aaaaamboiiii ... tu diaaa ... na la warga-warga FB post juadah berbuka ... ada title lagi lauk pauk depa tu nak habaq mai.  Terasa sungguh kemeriahan.  Tapi jangan membaziaq na .. tak mau, tak mau ... tak vogue lagu tu.

Hari pertama posa saya buat mihun sup daging dengan roti celup teloq.  Laju ja semua makan, rasanya tak la sedap tara mana pun, dah sempoi sungguh bahan-bahan sebab tak berapa sihat nak keluaq pi beli.  Apa yang ada di rumah hantam saja lah.  Janji ada makanan.  Buah kurma dah tentu.  Minum ayaq teh o limau.  Tak dak ais kali ni.  Dah pekena buah kurma sebijik dan ayaq segelaih, semua pakat berteraboq ambik wuduk.  Solat maghrib dulu baru makan, baru perut tu tak terkejut.

Abih ja solat, perut pun diisi dengan juadah yang lebih berat.  Masuk je azan Isya' bebudak semua redi abih dah nak gerak ke Masjid tunaikan solat Isya' dan sunat Terawikh.  Saya Terawikh di rumah ja sebab nak kemas-kemas dapoq.  Adalah makmum sorang, si kenet Haifa.

Sakan dengan telekung baru dia hadiah sempena birthday ke tujuh baru-baru ni

Tapi makmum saya ni sekerat jalan dah santai ataih katil tengok katun faberet dia laaaa.  Pelan-pelan asuh.  Lama-lama bertambah rajin la tu.

Saya ni sebenaqnya dari zaman sekolah lagi mengidap gastrik yang agak teruk jugakla.  Kalau masa time sekolah dulu, masuk saja pukul 4 petang, saya dah terbaring tak boleh gerak menahan pedih perut.  Kerempeng-peng-peng jadinya bila time posa.  Sekarang okay sikitlah.  Tapi nasib jugak tak kena sakit kepala. Bila abih ja posa, time raya tu tok sah harap la dapat makan beriya.  Tu pasai la elok posa 6.  Kalau 2 hari pi beraya, 2 hari makan macam-macam, memang hari ke 3 tu ngadap la segala serangan.  Apa yang dimakan elok keluaq abih tak tinggai sisa dah. Ya la, kata raya, masa tu la segala macam tuan rumah masak.  Sedap pulak.  Tapi dah tau dah cara nya.  Tiap rumah jamah sikit ja.  Minum ayaq suam.  Jadilah dapat merasa tu.

Posa ke dua buat char koey teow penang.  Sebenaqnya, saya ni tak pernah masak makanan tu.  Makan di kedai selalu sangat.  Bahan saya tau la sebab sambil makan di kedai tu boleh tau dah apa nak bubuh.  Saya bukak Youtube.  Tapi dapoq saya keluaq api tak boleh sampai nak menyambaq masuk dalam kuali.  Okay la kut.  Masuk tu masuk ni ... jadilah Penang Char Koey Teow.  Bau memang ada la jugak persamaan.  Rasa tak tau la pulak.  Time posa masak, paham-paham ja la.  Bukan boleh nak rasa.  Bila dah makan, budak-budak tu kata sedap.  Hah, boleh punnnn.   Saya buat cream caramel atas permintaan Cik Haifa.  Air teh o limau jugak.

Pagi Ahad semalam, boleh pulak Adli, anak saya yang 11 tahun tu ikut konvoi berbasikal dan mini explorace Imam Muda.  IM Hafiz memang Imam kariah kita orang sebelum ni.  Adli geng Ustaz Hafiz.  Geng depa dapat 1st prize kata Adli.  Nanti tengok rakaman.  Lagu mana la anak aku ni beraksi.  Go IM Hafiz Go!!!!!

Bagi juadah hari ni, aku serah kat PA aku si Mun tu ja lah yang masak.  Biaq dia pikiaq sendiri.  Makan nasi campoq pun okay dah.

Tapi Ramadhan sebenaqnya bukanlah bulan kita nak cipta macam-macam makanan pun kan? ... yang seronoknya ibadah itu sendiri.  Tahun depan belum tentu dapat peluang nak jumpa.  Masa yang kita lalui sekarang ni la kita kena manafaat sebaik mungkin.  Apa saja peluang kita sambaq.  Sapa tak mau oiiiiii.  Biaq la dari mula saaaaaaaampai hari last, posa kita sentiasa bermakna.  Istiqamah kata Ustaz dan Ustazah bila berceramah dalam forum. Yaaa ... konsistennnnn jangan tak konsisten ...

Thursday, 19 July 2012

BAD BUT GOOD

It was not okay for me yesterday and still not okay today, BP still high said the Doctor.  Drug dosage increased from 5 to 7.5mg.  Yesterday morning started the new dosage and it makes me feel sleepy.  Dah la seharian jadi supir.  Aku dok ofis menung je sebab otak aku macam tak function.  Nak tido je mata.  Padahal malam sebelum tu bukan main lena lagi tido, pukul 10 dah pejam mata.  Tapi aku boleh rasa la sistem badan ada tak betui somewhere.

Pukul 4.30 semalam aku dah pack nak balik.  Boss pun tak masuk.  Dekat 5 petang aku drive home.  Took a nap for a while.  At 6.45pm ambik Aqish dari sekolah.  At 7.55pm hantar dia ke tuition tapi sempat aku terlelap jugak tu.  At 10.00pm ambik dia pulang dari tuition.  Lepas tu terus naik atas tidooooor.   Bahagia dengan tidor je aku ni.

Pagi ni ingat dah segar lah, idak le jugak nak reti-reti reda.  Mata tak nak bukak.  Boss dah confirm tak masuk kata dia.  Boleh la kut aku balik awal and tido lagi arini.  Pukul satu Cik Pora habis kelas.  Ambik dia terus balik je lah.

Malam ni Terawikh pertama, Kakak dah ada di rumah, boleh lah sama-sama pergi dengan Cik Pora, Aqish and my lil princess Haifa. Oh yeah ... Kakak terhantuk kepala di dinding concrete hotel masa ada kursus di Melaka.  Dia kata masih macam terapung-apung. Doctor kata tak serious.  It'll take some times for that floating sensation to subside.  Sian dia.  Dah la nak quiz.  Terpaksa dia mintak tunda sebab kepala dia tak dapat nak proses input sangat.


Aduiii ... sakan aku menguap ... walau aku macam tak betui je ni tapi senyum mesti maintain ... feel bad outside but good inside no doubt ... permisi ...  nguap lagiii.

Wednesday, 18 July 2012

POSE WEIIII

Lusa kita start pose ... Haifa dah tak sabar ... memang tak dinafikan, ketibaan bulan Ramadhan sangat mengujakan.  Terbayang dah bermacam-macam juadah yang dijual.  Semua duduk semeja, tunggu azan maghrib berkumandang sambil memandang air depan mata.  Rezeki depan mata pun kita dah tak sabar, bayangkan orang yang tak de langsung makanan yang nak dijamah.

Ramadhan selalunya menggamit kenangan sewaktu kecil.  Aku start pose umur 7 tahun.  Di kampung tempat aku dibesarkan (area Kamunting, Taiping), aku berkawan dengan 4 budak lelaki, Tajun (2 tahun tua dari aku), Man (1 tahun lebih tua), E(sebaya) dan Jeni(muda dari aku setahun).  Tak tau la kenapa aku asyik melekat dengan budak ni semua.  Dah macam budak jantan pulak aku masa sekolah rendah.  Malam tujuh likur mesti kami buat meeting tiap-tiap malam sampai la malam raya.  Main game macam-macam.  Berkejar-kejar.  Mak pulak star je puasa dia dah beli bunga api, sehari dia beli dua bila dia ke kedai membeli lauk.  Satu untuk aku dan satu lagi untuk adik lelaki aku.  Adik lelaki aku pun ngikut sama kalau aku lepak dengan geng aku tu.

Tapi persahabatan kami tu terputus selama dua tahun sebab arwah Abah kena pergi Bangkok untuk 2 tahun, Mak dan adik ikut tapi aku kena tinggal dengan Mak Ngah(adik Abah) di Melaka.  Ujung tahun baru aku pergi melawat dia orang.

Setelah dua tahun berlalu, parents aku balik semula ke Taiping dan persahabatan yang putus kini disambung kembali.  Tapi masing-masing dah besor panjang, tak kan la aku nak melepak tak hirau masa dengan dia orang.  Suatu petang di bulan Ramadhan tahun 1979, Man dan Tajun menegur aku di jalan, "tak nampak pun hang pi Surau.  Jom pergi Terawikh" ... start dari tu tiap-tiap tahun aku pi.  Best nya la zaman tu.  Petang je beratur tunggu bubur siap masak sambil memegang tupperware.  Tak jemu-jemu makan bubur nasi arwah Hj Rabae'i.

Sekarang memang la lagi best ... walau tiada lagi khabar berita dari kawan-kawan baik aku yang berempat tu ... kebahagiaan bersambung dengan melihat keletah anak-anak ku pula ...

Tadi selepas antar si Haifa ke sekolah, aku ternampka bilik persiapan jenazah dibuka.  Di hadapan pintu bilik tersebut van jenazah sudah sedia di pakir.  Innalillahi wainna illaihiraji'un.  Sayu hati melihat, teringat arwah Abah ... Al-Fatihah.  Dah 5 tahun arwah pergi ... moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat Allah.  Kalau time buka aku ngeri kalau arwah Abah pergi bazaar bawak cucu-cucu.  Habis cucu dia nak dia belikan.  Penuh meja dah jadi buffet pulak.

Setiap kita dah tentu lah nak yang terbaik di dalam hidup, kan?  Jadikanlah Ramadhan kali ini yang sempurna.  Buang segala amarah dan dendam, tingkatkan kesabaran, lebihkan bersedekah dan yang penting jangan membazir.  Tak de mana nya kalau seharian berpuasa time buka boleh melantak semau-mau. Ye dok?

Salam Ramadhan, selamat mengejakan ibadah puasa dan semoga kita semua mendapat keredhaan serta keberkataan yang sebesar-besarnya .... aminnn.

Tuesday, 17 July 2012

MEMOHON IZIN

Malam tadi aku cuba buat design baru menyulam manik ... wah, menjadi ... best!  Bila mata dah agak keletihan aku turun ke bawah membancuh secawan oats ... mengecapi keenakan sambil bersandar di kepala katil, menonton Scream 4 (yang tak scream pun).  Haifa lena dah disebelah setelah tak henti-henti berceloteh.  Agak baru je aku nak bersantai sambil berulang-ulang sudu dibawa ke mulut aku terkaget ... Haifa bangun sambil rambut mengurai dan memandang aku seraya berkata, "Mama, izinkan saya ke tandas," ... tersedak aku sekejap ... aku minta dia mengulang ... masih ayat yang sama ... lalu aku pun berkata, "ye, Mama izinkan, silalah."  Waaah, sopan dan santun sungguh. I like!!!! Sekembali je dia ke katil tersengeh je bila aku mengulang ayat mohon izin dia tadi.  Cerah pulak mata dia lepas tu dan terus menemani aku menonton.

Haifa ni sangat peka lah.  Itu yang buat aku rindu sangat bila di pejabat.  Ada je idea dia yang menggeletek pintu hati aku ni.. Dah setahun setengah dia menempuh alam persekolahan, tak pernah sehari pun dia tak ceria bila tiba masa nak bersiap.  Sekali gerak dia dah bangun, kadang-kadang azan subuh berkumandang dia dah celek sendiri dan tau-tau dah ada di belakang aku siap dengan bertelekung.

Otak dia macam aku jugak rasanya, tak boleh berhenti memikir.  Ada saje yang dia akan lakukan.  Balik je dari sekolah dia terus bertukar baju.  Kalau aku balik makan tengahari, terkedek-kedek dia datang sambil bimbit beg berisi telekung sebaik je aku melangkah kaki ke bilik untuk solat zohor.  Selesai semua dia buat kerja sekolah (kalau ada) ... kalau tiada dia akan melukis ... tapi sejak kebelakangan ni dia mula menyalin semula latihan-latihan yang guru beri atau data-data yang ada di dalam buku teks.  Pernah baru-baru ni dia menulis dari tengahari sampai ke malam, tenggelam di dalam dunia dia sendiri.

Masa awal tahun dia tak berapa pandai membaca, masa pra tahun lepas memang seronok main je, kita orang galakkan dia mula dengan buku cerita bahasa Melayu.  Bila dia dah laju, dia makin suka dan sentiasa minta dibelikan buku.  Dah pandai bahasa Melayu aku pujuk dia membaca buku bahasa Inggeris pula.  Dia rasa dia tak mampu.  Namun baru-baru ni dia cuba membaca satu buku cerita ... tentang Heidi ... terkial-kial, merangkak-rangkak dia nak habiskan mukasurat pertama yang tak sampai 100 pun perkataan.  Dia cuba jugak sampai habis.  Malam tadi dalam movie tu ada seorang wanita berkata, "Why don't you just check upstairs."  Haifa tiba-tiba bertanya apa makna just.  Aku bagitahu maksudnya 'hanya'.  Tak perasan pulak kenapa dia bertanya macam tu.  Haifa terjemahkan ayat yang dia dengar tadi, "kenapa awak hanya periksa di atas," ... oooh, silap aku.  Aku perbetulkan di dalam konteks ayat tu, maksud 'Just' adalah sahaja.  Dia pun ubah ayat menjadi, "kenapa awak tak periksa di atasa sahaja" ... haaa, betul dah tu, sangat pandai ... tersenyum dia bila aku puji ... dah bertubi-tubi dia mintak terjemahan ... mata aku dah layu ... lagipun cerita tu aku dah tengok ... aku ngereng ke kiri dan biarkan Haifa menonton sendirian, aku pasang telinga je Sesekali dia bertanya, aku pun memberi penjelasan ... agaknya dia pun dah mengantuk, terus dimatikan TV dan entah bila pulak kami berdua terlena, sedar-sedar malam sudah berginjak ke subuh dan bermulalah sehari lagi perjalanan hidup .... mohon izin berhenti seketika ...

COLLECTOR

Some of my hobbies are collecting free pens, mugs and those lil packs of hotels' toiletries.  Suka sangat tu.  Here are some of my collections:


Macam-macam pen dan dari berbagai negara.  Mug Paris pemberian Thierry pun ada tu.  Balang biru free gift beli cokelat Cadbury.  Yang kecik-kecik belakang tu hadiah dari anak-anak.  Beruang Koala besaq dari Fadzela, beruang koala kecik tu dari sape eh?  Tak ingat pulak.  Pen-pen tu memang la tak de harga pun, tapi aku suka tengok label-label and macam-macam bentuk dan warna tu.  Bertahun dah aku simpan semua tu.  Ada yang kawan-kawan bagi jugak.  Ada satu mug ni, tapi di rumah.  Ada gambar kucin.  Ada love love lagi ... haha ... dah 24 tahun aku simpan ... pemberian seorang classmate lelaki masa aku tingkatan enam atas ... kawan baik aku ... hari-hari berkepit ... tapi kita orang tak de la rasa cintan-cintun dan dia pun ada gepren yang sangat comey (tak lasting pun) ... dia hargai friendship tu dan rasa tak best bila aku decide nak masuk ITM tanpa meneruskan form 6.

Barang-barang kecik kenit ni pun rajin aku kumpul, tapi anak-anak aku pun sama rajin guna pakai.  Baru nak start semula ... sayang nak guna.

It is nice to have some hobbies ... creating some sort of nice feelings when you look at them.  Dapat melembutkan dan melenturkan jiwa yang keras.

Sunday, 15 July 2012

JOYFUL MOMENTS

Last Saturday we all merayau shopping lagi. Sakan tengok baju semua. Kita orang keluar pepagi and breakfast di PKNS complex Shah Alam (my fav shopping center).  Sabtu dulu dah seround ... dapatlah beli baju konvo, kali ni beli tudung konvo pulak.  Minggu lagi satu kasut konvo pulak.  Tak sabar nak berkonvo dah ni.  Tiket dah beli.  Accomodation je belum pilih.  Really can't wait.  Sayang bukan cuti sekolah.  Kalau boleh semua nak angkut pergi.  Especially my mum.  Tak pa lah, tunggu konvo di KL je nanti bulan April tahun depan.

Haifa dan Cik Pora dah siap shopping baju raya, sepasang kurung Pahang pun aku dah belikan untuk Mak.  Sebab awal datang, tenang sikit membeli-belah.  Orang baru berpusu-pusu aku and the gang dah siap nak balik.  Sampai rumah je sakan abis la semua mencuba.  Biasala kan ... tak sabar berbaju baru.  Pukul 2 aku jumpa Grace.  Memanjakan diri dekat 3 jam jugak.  Lepas tu pergi cari manik nak disulamkan dibaju raya.  Cepat setelkan senang.  Biar Ramadhan nanti penuh dengan amal ibadah je.    

Hari Ahad pulak sukan sekolah rendah.  Tengok Haifa dan Adli beraksi.  Ramai sungguh yang hadir memandangkan semua murid mesti ambil bahagian.

Riang Ria di Sukan Tahunan:

Adli pegang sepanduk (rumah merah pilih Angry Bird jadi maskot)


Haifa tenang menunggu giliran beraksi


Tenaga pengajar sibuk menyiapkan acara


Tak sabar dah tunggu giliran jadi Crazy Crocodile


Haifa habis dulu ... yeayyy!!!


Tapi group Hijau dapat no 3 sebab ada dua pundi kacang tak masuk baldi ... jadilah tuuu


Sengeh-sengeh si Haifa

Kumpulan Merah dapat tempat ke 2 untuk acara tahun 5 ... selipar Gajah


Acara kedua pun Kumpulan Hijau dapat no 3 (Baby Kangaroo) ... Haifa tak berapa puas hati ... hehe, jadilah tuuu.


Adli enjoying his golden moment after Red won the 4 x 100m 

Letih betul separuh hari di padang jadi photographer ni ... sampai je rumah aku terus berehat dan terlelap terus sesampai je kepala mencecah bantal.  Masak pun selepas Asar dan makan sebelum Maghrib.  Letih but so full of fun ...

Thursday, 12 July 2012

YE ... JAMILAH NI

Dalam aku bergegas nak ke suatu tempat, talipon berdering, tak pasti nombornya tapi sekali pandang ada 9 di awalan nombor yang tertera.  Lepas je aku kata "hello" yang memanggil pun bersuara.  Seorang wanita dan agak pelik sikit Bahasa Melayu yang dipertuturkan.

Tanpa ragu-ragu aku pun berteriak ... "Jamilah ke?" ... Yang di seberang sana pun menjawab, "ye Jamilah ni" ... aku menambah, "dapat email tak?" ... Jamilah jadi blur .... ah sudah, aku kesilapan ke ni? ... Pagi sebelummya memang aku ada email ke Jamilah yang duduknya di Ho Chi Minh City, keturunan Melayu Champa yang aku selalu berurusan bila nak order telekung.  Tahun lepas aku sempat ke rumah dia, dan dia hidangkan aku kopi O ais ... punya la sedap ... rasa macam nak pi lagi simply just for a glass of that delicious kopi O ais.  Teringat alkisah tahun lepas aku travel ke Vietnam sorang-sorang.  Angkut telekung sendirian, berjawab dengan security Tan Son Nat Airport yang curiga tengok aku sendirian, mengadap Kastam Malaysia di LCCT bersendirian jugak ... aduiiiii ... ngeri betul ... tapi penuh dengan adventure.  Tu yang kali ni aku main order online je la.  Senang.  Door to door service.

Ok, back to Jamilah yang call aku tu.  Bila dia keluar ayat "email???"  aku mula syak aku dah silap orang dan bertanya siapa di sana.  Rupa-rupanya orang Public Mutual nak jual produk dan baru tu la 1st time dia call aku.  Hahaha ... tergelak besar aku ... haisssssh .... boleh pulak macam tu jadinya ...

Wednesday, 11 July 2012

COMMON COURTESY

Macam biasalah, hari-hari bawak kereta pi kerja mesti on kan radio dengar Sarah & Richard berceloteh.  Pagi Rabu selalunya tentang saikologi.  Aku dengarpun tengah-tengah perbincangan selalunya sebab dia mula pukul 8, aku gerak pukul 8.30. 

Tersembul perkataan Common Courtesy, dalam bahasa Melayu lebih kurang Peradaban.  Dr Paul yang selalunya jadi tetamu.  Ada satu part tu terkejut jugak aku dengar tentang perangai orang Malaysia ni.  Dia baru saja pi seminar dan dia sempat dengar cerita dari peserta seminar perihal menjadi Jurutol.  Rupanya ada yang meludah, campak duit dan maki hamun bila time bayar tu.  Haissssh! Buruknya perangai.  Tak dak adab langsung.  Bukan mudah rupanya jadi Jurutol ni, dah la kena maki, nak kena cium segala asap kereta, bas dan lori.  Tak masuk lagi bahaya lain seperti kenderaan terbabas dan meredah plaza tol.  Dia orang tu pekerja yang ingin mencari rezeki halal.  Bila lalu tu kalau berkesempatan ucaplah selamat atau memberi salam.  Kita semua sama-sama menumpang cari rezeki.  Tak luakpun kalau bermanis muka dan bertegur sapa sesama manusia.

Banyak lagi perangai sesetengah orang yang sakit mata dan telinga bila berlaku depan mata.  Kadang-kadang rasa nak naik angin pulak walau bukan kita yang kena.  Orang sebegini mungkin terlalu merasakan diri mereka sudah bagus sangat.  Teringat satu kes di kedai makan, air seorang pelanggan ada lalat buat swimming pool, dia terus jerit panggil pelayan and suruh tengok dalam air dia ada apa.  Cara marah dia macam nak gugur langit.  Hish ... ba alif nga nga betui ...

Apa-apa pun, sebelum kita nak hangin satu badan, cek dulu, apa pekdah kita dapat kalau megah sangat tunjuk taring tu.  Tak pasal-pasal kena heart attack terus gol kat situ jugak, keluarga jugak yang susah ...




Tuesday, 10 July 2012

CONNECTION : Dulu dan Sekarang

Disconnect .... Disconnect ... Disconnect ... itu la perkataan hari-hari aku dengar di radio bila time driving ke office.  Saranan meminta kita cuba ada ketika putuskan diri kita dari dunia maya.

Semalam balik dari office, tengok si Aqish dok depan laptop, berFB.  Kalau pagi-pagi aku nak update game Gardens of Time aku tu, mesti nak kena cari Ipad di bilik dia.  Tak boleh dia nak berenggang dengan dunia maya ni.  Aku dah bagitau pada dia aku tak suka tengok dia asyik bertenet je memanjang.  Nanti ganggu emosi belajar.

Guna internet selalu sebagai gerbang menimba ilmu tak apa, tapi kalau dah ada interaksi di antara banyak pihak, seronok berkomunikasi ala-ala bergossip, rasanya tak berbaloi membuang masa.  Good to have friends and groups.  But try to have a moment of disconnection from THE link.  Once you are at home, put the telephone away, silent it, just check once a while for emergencies.  Enjoy the silence.  You are already up to your head with things to do at school or at work.  Afterall, most of those you are virtually connecting with are your school friends and working colleagues.  What is there needed to be discussed that can't wait till the next day comes?

There are many many articles that support the disconnecting issues.  Just type, click and read.  “Technology is making meeting the needs of our daily existence easier, but it certainly isn’t making life overall easier. I think technology is creating such an unnatural environment for human beings to exist in that our minds and bodies can’t take it. We are not made to be connected 24/7, socializing through a computer, living in a concrete jungle, and up all night in the artificial lights. Our brains are exhausted from over stimulation of the unnatural kind.” says Stephen Mills in his article "Are We Disconnecting from real life?" ... You connect with the virtual world too often, you'd soon find yourself being disconnected from the real one.

Masa aku sekolah dulu, pakai pondok talipon je kalau nak call kawan-kawan and tunggu P.Osman antar surat ke rumah.  Nak tunggu keputusan sambung belajar pun hari-hari pasang telinga dengor motor posmen.  Part yang best tu debaran menunggu.  Tunggu punya tunggu, hari yang dinantikan sampai.  Sampui besaq!!!!!!! Oh yeh ... oh yeh ... jeng jeng jeng ... buka je sampul nampakla keputusan yang diidamkan.  Aduhaiii ... Tuhan je yang tahu betapa gumbiranya.  Dah masuk kolej, pakai posmen jugak bila nak tau result.  Saspen menunggu satu hal, saspen nak bukak sampul satu hal lagi, dah dua hal.  Sekarang main klik je dah tahu segala.  Ok la kan .. jimat masa ... tapi tak sama rasa thrill menunggu zaman tak de internet ni.

Kalau tengah bercinta la ... punya la teruk posmen kena sumpah bila surat gepren or boipren tak sampai.  Sekarang apa di kisah lagi dah ... muka posmen pun dah tak kenai.

Khidmat telegram pun dah ditutup.  Apa barang nak guna telegram kalau sekali tweet sepantas kilat boleh tau dah sapa sakit dan dok ward mana.

Kalau bayar bill zaman dulu sebulan sekali mak atau pak pi pekan.  Bila jumpa kawan tengah jalan tanya nak ke mana ... "pergi NEB" ... pergi TNB sebenornya tu nak bayor bill leteret ... orang dolu-dolu guna bahasa Inggeris tu ....  Sekarang ni main klik-klik je.  Dah siap berbayor.  Peluh pun idok keluor.  Tapi kalau dah malas tu malas lah jugak.  Paling best bila ada internet ni bila orang datang nak potong api kat rumah.  Aku la tu.  Hahaha, tangguh-tangguh lagi, memang aku rajin lupa bab ni.  Alih-alih Mun PA aku call kata orang nak potong api.  Talipon di sambung ke aku.  Cepat-cepat aku kata tengah nak Klik buat bayaran guna internet.  Dia kata tak boleh, kena pergi kedai TNB jugak, aku bolehkan jugak.  Dah setel aku fax ke ofis TNB.  Orang tu pun pergi.  Fuh! selamat.  Nasib ada internet banking.  Memang bagus internet ni kalau terdesak dalam situasi sebegitu.

Pendek kata tak payah beratur dah kita sekarang.  Beli tiket, barang, dan macam-macam lagi tak perlu nak buang masa dijalan.

Back to disconnecting, ada kemungkinan disebabkan aku lahir di era 60an membuatkan aku senang nak disconnect, if the mind is set on it. Guna patut-patut je.  Yang muda belia might be a bit hard sebab celik mata je dah disogokkan dengan teknologi canggih.

Apa-apa pun kita kena back to basic sekali sekala.  Relax your mind and interact with the real world.  That is why aku dah banyak mendisconnectkan diri aku dari alam maya.  Blog ni je la yang aku aktif dan sememangnya aku suka bercerita.  Lain-lain site tu hanya sekadar bertanya khabar je sekarang, dan sekali-sekala involvekan diri bila perlu.    

I really missed those days when life was so simple, two TV channels, radio pun dengar radio nasional, dah besar sikit bukak FM Stereo, no credit cards, ada duit baru beli barang, tak dak duit dikumpul sampai ada.  Sekarang nak kawin pun berhutang.  Pendek kata ada some sort of control over life.  Penyanyi pun senang nak ingat.  Panggung wayang pun dulu beratus-ratus orang sekali tayangan.  Tokey pun senyum lebar.  Ingat lagi last aku tengok di Taiping, cerita Jurasic Park, panggung REX.  Ramai betui orang, penuh tempat duduk.  Besar panggung tu. Kira kalau nak buat gelanggang Futsal boleh dapat 3 court rasanya.  Kadang-kadang ada kelawar terbang jugak.  Sekarang panggung dah kecik.  Tengok di rumah pun dah boleh kalau rasa-rasa tak rela nak keluar duit lebih untuk cerita yang ada kemungkinan banyak memberikan penyesalan selepas ditonton.

But hukum alam dah memang begitu, perubahan akan tetap berlaku.  Sebesar atau sekecil mana tak penting.  Yang perlu kita ingat ialah sikap, kelakuan, dan adab perlu ada bagi apa saja perkara, dan tidak lupa juga niat.  Bila segala ini kita pegang dan beringat, apa saja yang kita lakukan akan memberi manafaat.







Monday, 9 July 2012

CHARLIE'S ANGELS

I first saw this series when I was in Bangkok visiting my parents during school holidays (Dec 1976).  Macam best betul.  Short while after it was being shown in Malaysia.  Bangga sikit la sebab dah tengok earlier than  sepupu sepapat aku. Yang membuatkan aku click sebab tetiba aku teringat Jacklyn Smith, salah seorang pemegang watak di dalam siri itu yang paling lama beraksi.  In fact, all of the seasons saw her there. 

Senarai para pelakun:  Jacklyn Smith (season 1 - 5), Kate Jackson (season 1 - 3), Farah Fawcett (season 1), Cheryl Ladd (season 2 - 5), Shelly Hack (season 4) dan Tanya Roberts (season 5). 

Paling best Season 1 ke 3.  Yang lain dah tak berapa ikut.

Some of the pictures:

   Jacklyn Smith(Kelly), Farrah Fawcett(Jill) and Kate Jackson(Sabrina)

       Jacklyn Smith(Kelly), Kate Jackson(Sabrina) and Cheryl Ladd(Kris)

         Shelly Hack(Tiffany), Jaclyn Smith(Kelly) and Cheryl Ladd(Kris)

       Tanya Roberts(Julie), Jaclyn Smith(Kelly) and Cheryl Ladd(Kris).

Now dah ada movie, best jugak sebab kelakor and they kinda cute, aren't they?  Jap nak cari gambor dia orang.  Susah sikit sebab yang movie ni pelakon dia banyak tak cukup kain.  Aaaa... jumpa satu ni ... sesuai ...
      Drew Barrymore(Dylan),  Lucy Liu(Alex) and Cameron Diaz(Natalie)

Merepek sikit la yang movie ni.  But it's ok, light entertainment and fun.  Tapi actress dia macam tak de signature macam actress yang terlebih dulu.  Contohnya Farah Fawcett.  Cuba tengok rambut dia.



Tiap kali aku tengok ni mesti aku teringat zaman sekolah dulu.  Form One masa tu.  Aku pi perm rambut aku nak ikut style Farah Fawcett ni.  Hahaha.  Bila nak naik bas sekolah rasa kembang je perasaan.  Elok je pijak tangga bas, aku dengar ada suara dengan tak segan silu melaung, "Huiyoooo, rambut Farah Fawcett ... kalah Farah Fawcett ... menang Steve Austin (Lee Majors di dalam Six Million Dollar Man yang juga suami Farah sedikit masa dulu)" ... hehe ... perasaan yang kembang tadi terus kuncup ... spoil la mamat-mamat tu.

Itulah dia sekilas imbasan kisah Angel-angel si Charlie ni ...

Sunday, 8 July 2012

TERKEZUTTT AKU!!!

Last Wednesday I felt very tired and the middle of my back felt like it's gonna snap any moment.  Hati rasa tak sedap.  Tanpa berlengah aku terus ke klinik.  Kali ni klinik lain sebab dah lepas pukul 10 malam.  Aku rasa BP aku macam tak turun-turun dari minggu lepas.  Kepala dah rasa macam naga ... berwap-wap.

Selesai je doctor cek dia bagitau BP aku 192/100.  Aaaaaa???? Awat jadi lagu tu pulakkk????  Ish, rimas aku.  Maybe aku ni dah kena ambik ubat kut untuk menstabilkan kadar tekanan.  Doctor prescribed NOVACS tapi mild dosage.  Memang slow la nak turun but it did eventually.  Sekarang dia ada up and down tapi Systolic tak cecah 160 dah.  Diastolic dah ok.  Aku beli BP meter.  Senang aku nak monitor dan membuat analisis sendiri apa punca nya.  Weekend aritu boleh pulak Systolic below 130, and I went shopping masa tu.  Haha ... betul la ... shopping is the best therapy ever.

Memandangkan Diastolic aku sudah di paras normal, tetapi Systolic yang agak susah nak drop to normal, aku dapat rumuskan pemakanan punca my blood pressure went upstairs, and the normal level of Diastolic  confirmed that I am not under stress or any kind of mental pressure.  Senang la sikit macam tu.  Aku banyakkan detox dan jaga pemakanan.  Tambah exercise.  Kalau dulu hantar Haifa aku jalan kaki sekitar 500 meter keliling area rumah, aku dah tambahkan lagi jarak.  Pagi tadi aku jalan je sampai aku rasa ada tekanan pada otot kaki.  Maknanya kena pi balik rumah dah lah tu.

Ada best jugak bila macam ni ... Boss takut nak suruh-suruh especially bila sangkut hal-hal personal dia ... hahaha ... ringan sikit beban batu jemala patik ni ... tenkiuuuu.

 

JAGUH PECUT

Semalam hari sukan ... tengok Aqish beraksi dalam 4 x 100m ... langkauan kaki dia saaaaaangat besar .... abih semua kena tinggal ...
                    3rd Medal for this year's events


Bertambah lagi koleksi pingat-pingat.  Haifa yang kecik tu pun dan pernah sumbangkan pingat pada tahun lepas di dalam acara 4 x 50m (untuk pra-sekolah daerah zon petaling).

Aku congak-congak pingat yang aku dapat ... errrr ... seingat aku laaa ... satu je rasanya ... 800m ... masa form 3 ... punya la termengah-mengah ... makin dekat nak sampai garisan penamat makin beraaat kaki nak di hayun ... dapat la no 3 ... itupun sebab peserta ada 4 je ... kalau ada 6 harus la tak de langsung pingat nak diterima ... entah cikgu mana la ingat aku ni kuat lari ... dimasukkan jugak ... jadilaaa ... dari tak dak langsung.

Minggu depan suka sekolah rendah pulak ... dia orang buat di padang sendiri sekarang ni ... senang sikit ... boleh berkelah tepi pagar ... siap bawak bekal kuih siput ... Namun, apa-apapun, bila anak-anak riang dan sihat ... kita pun turut bersemangat ... 

  
                                            

LIL MISSY IN ACTION

Semalam pergi membeli ... belum sempat membelah dah terserempak dengan booth photo shoot pulak ... Haifa sangat teruja dan kita orang pun apa la lagiiii ... dan tanpa berlengah dia pun beraksi ...


... and she wants to be there again .... wearing kimono pulak ... aduiii ... nasib sehari je booth tu di situ ... selamat!!!!

SHOPAHOLICious

It was a great weekend ... shop till drop.  Below is the most common case of a shopaholic :

 TEXT: Guess what!  Mum bought me that cute lil pink pump!!!!

 TEXT: No dress yet ... Mum too kedekut ...

TEXT: You'll never believe this ... one handsome dude just wink at me and he looks like KEY!!!!
 TEXT: Having some bubble tea ... want some?
TEXT: zzzzzzzzzz

Friday, 6 July 2012

SHE'S 7

5th July 2012, birthday Haifa yang ke tujuh.  Cepatnya masa berlalu.  Apatah lagi berhias dengan riang tawanya, bagai tak terasa masa berganjak.  Kalau boleh nak dia baby je ... tapi manalah mungkin.  Rasa tak sabar nak tunggu dia dewasa pun ada jugak.

Masa dia sekitar 4 ke 6 tahun ...




... and she's 7 now ....


Mama doakan segala yang terbaik buat Haifa ... aminnn.



Tuesday, 3 July 2012

SISTOLIK DAN DIASTOLIK

Baru belajor dua nama ... SISTOLIK dan DIASTOLIK ... Sistolik adalah tekanan darah semasa jantung mengepam dan Distolik tekanan semasa jantung rehat.  Kadar normal ialah 120 / 80.  Sampai ke umur 44 itulah kadar tekanan darah aku.  Tapi lepas tu dia mula menaik.  130/90 ... dan sekarang sudah macam tak nak turun-turun ... 160 / 100 ... dah tahap kedua Hypertension.  Hehe ... bila masa pulak aku tension aku pun tak tau ... awal tahun cek macam tu, sekarang pun macam tu ... semua orang heran.  Jenuh la aku rehat.  Pergi bercuti bagai.  Jarang pulak aku naik angin dan tak ingat bila last aku marah-marah pun.  Tengok result Aqish yang dapat nombor 22 daripada 22 orang kelas dia baru-baru ni pun aku sengeh je.  Di pejabat pun aku happy je buat kerja.  Lepas kerja aku berehat sambil menjahit, nonton TV.   Fikir punya fikir aku rasa mungkin disebabkan kegemaran aku minum nescafe kerap sangat bila di pejabat.  Pagi semalam aku mula minum air rebusan daun pokok sambung nyawa.  Memang ada je di tanam depan rumah.  Tapi tak pernah teringat nak buat air rebusan.

Ini pokok nya:



                                 Nama Saintifik: Gynura Procumbens Merr
              (http://malaymedicine.blogspot.com/2009/10/pokok-sambung-nyawa.html)

Aku ambik dua helai terus pergi rebus (Aku tak berapa tahu sebenarnya cara yang afdal, ikut gerak hati je ni).  Selang hari aku minum.  Harap-harap adalah penurunan.  Jumaat ni nak pergi periksa tekanan lagi.


Berminat nak tahu tentang pokok ni melihat aku berklik-klik di sesawang ... macam-macam jugak yang aku jumpa. 

Hmmmm ... bila dicongak-congak aku tersedar ... banyak yang awal di dalam hidupku ini ... contohnya mata, belum 40 aku sudah perlu memakai cermin mata untuk membaca dan sekarang kadar pembetulan dah mencecah 350 ... dan banyak lagi hal-hal lain yang aku lalui lebih awal dari kebanyakan orang ... Namun apa segala yang hadir syukur, Alhamdulillah  ... sudah cukup nikmat yang dirasa ... tidak perlu berfikir sangat ... jalani je kehidupan ini dengan senyuman dan keikhlasan.

Monday, 2 July 2012

WALIMATUL URUS

Baru je lepas cuti sekolah selama dua minggu.  Berdoyon-doyon lah jugak mengadakan kenduri-kendara termasuklah walimatul urus yang boleh di definisikan sebagai: walimah (الوليمة) diambil dari kata asal walmun (الولم) yang bererti perhimpunan, kerana pasangan suami isteri (pada ketika itu) berkumpul sebagaimana yang dikatakan oleh imam az-Zuhri dan selainnya. Bentuk kata kerjanya adalah awlama (أولم) yang bermakna setiap makanan yang dihidangkan untuk menggambarkan kegembiraan (ketika pernikahan). Dan walimatul urus (ووليمة العرس) adalah sebagai tanda pengumuman (majlis) untuk pernikahan yang menghalalkan hubungan suami isteri dan perpindahan status kepemilikan. (Imam Muhammad bin Ismail ash-Shan’ani, Subulus Salam Syarah Bulughul Maram, 3/153-154) (http://syahirul.com/walimatul-urus-antara-sunnah-dan-adat/)

Semasa perjalanan pulang dari menghadiri satu majlis perkahwinan tempoh hari, Kakak, anak aku yang sulung melontar bicara.  "Mama, walimatul urus Kakak nanti buat dua dewan tau," ... Aku tersengih dan hati berdetik, "boipren pun tak dak lagi ...".  Tapi okaylah dia terbuka bercerita hal-hal sebegitu.  Aku dengar setiap apa yang dia nak suarakan.  "Kawan Kakak kata, walimatul urus tak boleh jemput bukan Islam sebab yang hadir semuanya memanjatkan doa.  Tak boleh bukan Islam mendoakan kita (seperti memberi Salam)  Kalau nak jemput, buat satu resepsi lain khusus untuk mereka dan bukan dalam agenda walimah.  Lagi kan Ma, semua yang hadir kena tutup aurat"

Apa yang dapat aku rumuskan aku amat senang hati dengan apa yang Kakak bentangkan.  Memang aku kurang setuju dengan cara kebanyakan kenduri-kendara diadakan, apatah lagi ditambah dengan karaoke, kugiran dan tatacara hiburan yang lain.  Acara pengantin diarak, disanding dan sebagainya seolah-olah menggalakkan riak.  Ada yang berlumba-lumba mencari khemah yang cantik dan mesti bertambah jumlah khemah dari kenduri jiran sebelah yang baru lepas.  Semuanya nak berpenat-penat, berpening-pening, keluar duit puluhan ribu.  Baju nak sedondon.  Eeeee, aku ngeri sebut tentang kenduri ni.  Kalau ditakdirkan anak-anak aku bertemu jodoh, Insya Allah, harapnya biarlah sederhana dan mengikut syariat.  

Aku pernah menghadiri satu majlis yang diadakan diadakan di Masjid Sri Petaling.  Tempat makan tertutup dan berasingan.  Pengantin perempuan diraikan di dewan yang hanya hadirin wanita sahaja dibenarkan masuk.  Pengantin lelaki sesama hadirin lelaki.  Dan sudah tentunya semua bertudung litup.  Aku rasa sejuk sangat hati tengok kenduri sebegitu.  Kenduri tidak perlu besar, tetapi suasana indah dan penuh dengan doa-doa itu sangat penting.

Langsung dari perbincangan itu aku pun mencari artikel tentang Walimatul Urus dan terjumpalah aku akan blog syahirul.com.  Hidup kita ni dah penuh dengan adat.  Banyak perkara sudah diambil mudah.  Namun hendak berubah ke arah yang lebih afdal tak salah kan?  Antaranya adalah cara kita memanjatkan doa kepada kedua pengantin dan penganjur walimah.


Doa untuk pengantin:
Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w jika memberikan ucapan doa kepada seseorang yang berkahwin, beliau akan berkata:
بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ
“Semoga Allah memberikan keberkahan kepadamu, memberikan keberkahan atasmu, dan menyatukan kamu berdua di dalam kebaikan.” (Hadith Riwayat Abu Daud, no. 2130. Hadith ini dinilai sahih oleh at-Tirmidzi dan ath-Thusi sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Albani di dalam Adabuz Zifaz)
Rasulullah s.a.w berkata kepada ‘Abdurrahman bin ‘Auf:
بَارَكَ اللهُ لَكَ
“Semoga Allah memberkahimu…” (Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 5169)
Doa ketika Rasulullah menikahkan ‘Ali dengan Fatimah:
اَلَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِمَا، وَبَارَكَ لَهُمَا فِيْهِمَا فِيْ بِنَائِهِمَا
“Ya Allah, berkahilah mereka berdua dan berkahilah perkahwinan mereka berdua.” (Diriwayatkan oleh ath-Thabrani di dalam al-Kabir. Rujuk: al-Albani, Adabuz Zifaf, m/s. 160, Media Hidayah)
Doa untuk orang yang mengundang makan:
Rasulullah s.a.w mendoakan untuk Abdullah bin Busr r.a dan keluarganya (ayahnya) di ketika dia selesai dijamu makanan:
اَلَّهُمَّ بَارِكْ لَهُمْ فِي مَا رَزَقْتَهُمْ، وَاغْفِر لَهُمْ، وَارْحَمْهُمْ
“Ya Allah, berkahilah mereka pada rezeki yang telah Engkau berikan kepada mereka dan ampunilah mereka serta rahmatilah mereka.” (Hadith Riwayat Muslim, no. 1615)

Kesimpulannya,  sebagai tuan rumah, pastikan kenduri kita berlandaskan hukum dan sunnah, dan sebagai tetamu pula, sentiasalah jaga keperibadian Muslim kita dan memanjatkan doa kepada tuan rumah agar semua peroleh keberkatan Allah s.w.t.

p/s: amat faham, terkadang ingin yang terbaik ... seumur hidup sekalilah katakan ... namun yang terbaik itu adalah yang terindah di hati.

DUNIA BARU CIK PORA

Hari ni hari ke dua Cik Pora, anak teman yang no 2, masuk dunia kolej.  Seminggu orientation, tapi tak de ler apa sangat.  Dengor penerangan je.  Aku antor and aku ambik.  Rasa macam nak cuti dan duduk sama-sama masa orientation tu.  Hehe.  Tapi dia dah besor, bior le die belajor sendirian.  Aku standby je.  Aku tahu dia saspen tu.  Motivate tak henti-henti mulut aku ni.

Inilah permulaan yang sangat penting.  Dia dah tetapkan nak ngajor bahasa Inggeris nanti, maka kenalah dia pulun abih selama setahun setengah ni bagi mendapatkan tempat di UK top universities. You want it, no one can hold you, but you must be strong and all out to grab it.  Not many could have the kind of opportunity you are getting, so don't waste it and focus on the required standard.  Itulah ayat aku selalu kabor ke dia.  Dan seperti biasa ... dia anggukkan kepala tanda faham ... bagus anak mama ... hehe.