Udah masuk 2 tahun aku tak bercorat-coret di sini....mata tak boleh nak lelap...fikiran melayang entak ke mana-mana....asal lena je, terjaga semula....tetibe teringat blog ni....rindu menyapa dan terus aku capai iPad daaaaaan...haaaaaa....ingat lagi user name and password.... (",)
Dah tengah malam ni...fon masuk mesej...ooooo, org ke Phuket dah tiba border....Alhamdulillah....moga dipermudahkan terus sampai ke rumah esok ni.
Apa dia tadi yang buatkan aku nak meraban menulis tetengah malam entahnya?.... Ooooo, al kisah perbualan aku dengan owner spa aku pergi siang tadi. I like that girl so much...di usia 28 tahun dia dah jadi usahawan .... Semenjak duduk Kuantan ni, ini kali ke dua aku guna khidmat dia. Bila abis je dia ulit2 muka aku, diajunya soalan.... 'Akak guna produk apa?' .... Aku kata aku cuci2 macam biasa je guna produk yang selalu keluar TV. Dia tanya jugak lagi sebab dia macam tak berapa yakin dengan jawapan aku tadi. Bukan ye, kulit muka saya tak cantik putih gebu tara mana pun ye... Biasa aje. Sebab dia beriye2 nak tahu, aku story la yang aku ni di USJ, selalu dok pi facial dengan sorang kawan ni, dah lama dengan dia. Jadi ikut dia je la apa yang disyorkan. Aku pun sebut la jenamanya ... Maria Galland .... 'Patutla....' Sampuk gadis itu.... Aku sambung lagi, lepas tu Mary Cohr ... Lagi sekali panjang 'ooooo'nya .... Dan aku tambah lagi, yang terkini, Ingrid Millet .... 'hmmmm....tula saya dah agak .... Mesti bukan sebarang produk akak guna, sebab liang muka akak, especially di hidung halus,' .... Aku pulak kata, 'ooooooo....'.
Bukan .... Ni bukan iklan free ... Bukan nak menunjuk ... Tapi inila fakta yang aku pegang .... Muka kita ni satu ... Jaga kulit muka yang utamanya Wudhuk .... Pastu produk yang kita pilih, jauhkan dari yang ada chemical .... Ye benar, produk sebegini mahal ... Aku pun tak guna pakai di rumah ... Bila ada duit lebih je aku pi facial guna produk2 yang cenggitu ... Dan Alhamdulillah .... Spa yang aku baru ketemu ni dia guna produk buatan dia sendiri yang dia tak komersilkan lagi sebab pesanan yang diterima setakat ni pun dia dah tak menang tangan. Harga pun sangat2 okay.
Jangan ghairah sangat dengan produk kecantikan yang dok ada di pasaran, terutamanya yang boleh bagi kulit putih. Tau dak produk kecantikan yang paling bagus apa? A.I.R. & B.U.A.H. Dan produk kecantikan yang hanya berasaskan bahan2 ini je yang patut kita guna ... Kalau dah ada campuran bahan kimia, seharusnya la kita tolak dari terus mengenai kulit kita. Dalam badan kita ada kilang, namanya HATI. Apa yang kita ambil akan ke situ. Ambil pemakanan yang sunnah dan halal serta toyib ... Insya Allah hasilnya juga akan elok ... Saya bukan pakar, tapi saya banyak membaca dan peka. Sebelum mengambil sembarangan produk, pastikan diri kita tiada masalah kesihatan. Ini sangat penting. Ada pemakanan kesihatan yang mengandungi penggalak kepada pembinaan sel-sel tertentu di dalam tubuh badan. Reaksi setiap individu berbeza dari individu yang lain ... Bagus untuk si polan tidak bermakna bagus untuk kita. Hati-hatilah ye di dalam keghairahan kita mengambil produk2 kecantikan dan pemakanan tambahan.
Dah menguap2 ni... Nanti sembang lagi ... Akhir kata, banyak minum air masak, makan buah2an, sayur2an, ikan, dan lakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh sekurang2nya setengah jam sehari.
Babaiiii....
Secubit rasa ... Sekilas pandang ...
Tuesday, 14 April 2015
Monday, 25 March 2013
KITA BENAR-BENAR FAHAM KE?
Pusing pi, pusing mai ... besa la kan bila dah dekat-dekat PRU ni ... beterabor la cerita-cerita politik. Kalau tak campor lagi PRU13 ni dah 4 kali aku membuang undi. Mula dari 1990 (masa tu ombak Semangat 46 melanda senario politik) saaaaaampai la sekarang ni, dah tau sangat aku trend orang berpolitik ni. Jadi bila ada sharing-sharing di internet aku baca sekali lalu dan angguk-angguk, geleng-geleng je la. Semuanya aku tak berapa nak ambik port. Lantak ke deme (kata orang Perak).
Lantak aku bukanlah lantak sembarangan. Lantak aku lantak berkira. Macam aritu, kawan ofis dok beriya promote suruh tukar sokongan ke parti ikutan beliau, aku senyum je. Dari tahun 2008 dok promote tapi mintak maap la yer, idok le aku sior. Aku nanya balik, ape ke he mak pak sokong parti A mengkome sokong parti B? Ape penyebab? Cer cerite, cer cerite. Sekali dia tauk soalan balik kat aku berapa lama dah kita merdeka? Aku pun bagitau la dah berapa lama. Dia tanya balik, berapa lama South Korea merdeka? Walaupun aku tak minat K-Pop aku tau la awai sikit dari kita. Dia punya la panjang lebor cerite betapa majunya South Korea sekarang di bandingkan dengan kita, pok pek pok pek, nak jadi macam Singapore. Faham ler aku apa yang dia nak sampaikan, nak kan Malaysia jadi negara kaye-raye. Ada daya saing yang sangat tinggi, gah di mata dunia. Ye la, sape tak nak negara dia camtu kan? Tapi contoh dia orang bagi contoh negara bukan Islam. Fikiran aku tak boleh nak terima sangat. Lagipun aku bukan pakar ekonomi negara. Yang bercakap dengan aku tu pun dah mahkamah isytihar Bankrapsi. Kalau dia terer hal-hal ekonomi dah tentulah ekonomi dia sendiri tip top. Macam mana aku nak terima apa dia cakap? Cukai! ... eh, lupa pulak aku, cukai antara isu jugak. Tak tau ler aku nak kata apa, aku bayor jugak cukai walau pendapatan tak besor mane, tapi tak de ler sampai muflis banding dengan orang yang lari cukai tapi muflis. Hal-hal pendapatan ni sebenornya bukan besor atau kecik RM yang diterima, tetapi tentang bagaimana cekapnya kita mengendalikan kewangan kita, tau membuat keputusan di dalam pelaburan daaaaan mestilah jujur di dalam perniagaan.
Miskin sangat ke orang-orang di Malaysia ni? Bila dapat peluang pergi luar negara, tak payah pergi jauh, baru je naik kape terobang, berduyun rakyat Malaysia ada same. Aritu masa aku pergi Paris, ada je orang Malaysia dari JB yang saje-saje jalan saing-saing aku naik Eurostar, merata negara Eropah dia orang pergi anak-beranak. Di Kota London pulak terserempak dengan budak Shah Alam, jalan-jalan dengan gang. Time nak balik sementara tunggu boarding, dua tiga group orang Melayu pergi jalan-jalan Eropah dok bergebang pasal perjalanan dia orang. Kalau nonton Youtube, ada je yang jalan-jalan ke luar negara satu family campur ipor duai segala. Happy habis tengok keletah dia orang. Kenkawan, sepupu-sepapat di FB macam tak nyempat-nyempat nak upload gambor-gambor dia orang pergi obersea. Paling-paling pun Korea/China mesti pergi sebab nak main snow. Ada kawan aku tu jahit manik je. Tiap tahun melancung. Baru ni dok pelemah aku join dia travel the world.
Dan bila kita di negara orang tu, kita tengok cara dia orang pulak. Tercengang-cengang dia orang tengok kita boleh jalan-jalan pergi tempat dia orang. Ada negara yang kalau kita pergi bersepah budak-budak kejor nak jual chewing gum, nak kiwi kasut, jual sepit rambut. Di Malaysia tak de pun aku nampak situasi begini. Tak tau lah kalau-kalau aku tak abih survey. Gaji pengurus pulak sebanyak gaji kerani di sini. Petrol tok sah kata la. Memang rendah negara kita lagi. Kalau jalan2 di Oxford Street, Regent Street, nanti ada le minah/mat saleh rambut blonde jerit lagu ni, "murah-murah, tak mahal", bila nampak muka (amboi sedap Ustaz ni nyanyi lagu Hindustan di radio) wanita Malaysia (dia orang tengok style tudung kut). Nampak tak femes tak femesnya orang Malaysia sebagai pelancong di negara luar sana. Kalau ke Madame Tussaud, mamat omputih tu siap kata "Selamat Datang, terima kasih". Macam ada brand tu dok terlekat di dahi.
Memang kita faham sungguh ke apa yang orang-orang politik ni perjuangkan? Balik pada kawan ofis tadi, dia tanya aku lagu ni, "maknanya you percaya la AI tu mel***t, you tak percaya la si N tu terlibat dengan kes Alt*****a," .... hish, rimas aku ... lalu aku pun jawab, "I tak pernah nampak perlakuan dia orang di depan mata, percaya pun tak, tak percaya pun tak." Aku tambah lagi, aku sokong bukan sebab hari ni, aku sokong sebab perjuangan orang dulu. Aku tak faham sangat pasal politik, aku bukan pakar ekonomi, aku tak taksub dengan seseorang, tapi aku faham satu perkara, kita kena selalu bersangka baik dan sentiasa berdoa untuk saudara-saudara kita, bukan maki-memaki, tuduh-menuduh. Teringat satu dialog heroin cerita Hindustan yang aku tengok baru ni, "di mana ada kasih-sayang, di situlah ada Tuhan". Allah SWT tu kasih sayang Dia sangat luas, hari-hari kita mohon kasihNya, tak banyak, sikit pun jadilah. Jangan nanti bila semua nak gaduh-gaduh, takut-takut Allah SWT pun berpaling dari kita. Nauzu billahi min zalik.Wallahu 'alam.
Friday, 22 March 2013
YEAY!!!!!!!!AKU DAPAT HADIAH
Urmmm .... lama sungguh tak update blog ni ... bersawang ... berhabuk.
Jumaat lepas umurku berginjak setahun lagi. Alhamdulillah. Sehari sebelumnya aku mendapat hadiah. Sangat best hadiah ni ... tiga kotak kecil yang comel-comel tetapi comel lagi isinya....
Hadiah dari doktor ... Alhamdulillah
Sesampai di hospital nasib tak perlu tunggu lama. Tekanan tinggi darahku disahkan betul oleh doktor pakar. Dia interview sikit tentang ubatan yang aku ambil. Dia syorkan aku menukar ubat. Dah dia doktor aku okaykan je tanpa banyak soal. Seminggu lagi datang buat ujian darah. Aku angguk-anggukkan kepala tanda akur.

Itulah dia haaaa ... aku ni bukan jenis selebret birthday, tahun ni lagi la ... macam ingat tak ingat ... mungkin "teruja" sangat kut bila fikirkan appointment bagi full blood test di KPJ Selangor. Cerita bermula seminggu sebelum tu. Aku ni diserang flu, serangan ringan je. Anak-anak sakit bergegas bawak jumpa doktor. Tapi kalau sendiri yang sakit, dengan segera diri sendiri jadi doktori. Kutip la apa saja ubat demam dan selsema belen-belen anak tu dan telan. Kira tak melarat jugaklah. Tapi sakit tekak yang mula menampakkan kehadiran membuatkan aku gagahkan jugak la diri aku pergi ke klinik di hadapan pejabat untuk mendapatkan antibiotik. Doktor bertugas pun dengarla penjelasan kenapa aku nak ubat. Macam biasa la, dia cek tekanan darah dulu. Dah ambik sekali dia ulang lagi. Dia terkejut. Dia kerahkan aku dengan segera untuk ke hospital. Pantas dia mintak nurse bagi letter head klinik. Dia bagitahu tekanan darah aku dah terlalu tinggi bagi Sistolik dan Diastolik serta degupan deras jantung aku juga sangat membimbangkan. Terpinga kejap aku. Elok je aku rasa, apahal pulak jadi lagu tu. Aku ambil surat dah terus ke hospital.
Sesampai di hospital nasib tak perlu tunggu lama. Tekanan tinggi darahku disahkan betul oleh doktor pakar. Dia interview sikit tentang ubatan yang aku ambil. Dia syorkan aku menukar ubat. Dah dia doktor aku okaykan je tanpa banyak soal. Seminggu lagi datang buat ujian darah. Aku angguk-anggukkan kepala tanda akur.
Hehe ... tang ambik darah ni yang aku malas sangat. Sepanjang sejarah hidupku bukan senang nak mengeluarkan darah aku ni masuk ke tabung. Kadang tu sampai lebam sana-sini lenganku ini. Ada sekali tu boleh lak dipusing-pusingkan jarum tu bila dah masuk ke lengan. Hish ... leceh betui. Saspens jugak la nak pergi kali ni.
Harinya pun tiba ... dan aku pun menunggu dengan sedikit debaran di dada. Aku terus ke bilik khusus bila nama dipanggil. Sambil lab officer tu belek-belek cari urat di kawasan tengah lengan aku pun cepat-cepat bagitau masalah aku. Dia kata itu perkara normal tapi dia akan tolong sampai boleh. Hmmmm ... memang lebam la macam ni. Nasib dia sangat berhati-hati. Dia masuk jarum tetapi tak lah gelojoh nak cari urat darah. Tekun betul dia ... dah macam nak bercakap dengan urat darah aku je rupanya. Hati aku dah berdoa agar terus je ambik dari pembuluh darah atas tangan dekat dengan jari hantu. Situ memang gerenti ada. Setelah berusaha dia tarik keluar jarum dan memberitahu dia terpaksa memanggil pegawai atasan dan mengatakan ada kemungkinan terus "ambil di depan" .... Erkkk ... depan mana pulak aku kena pergi?
"Shaiful ...", aku dengar dia memanggil seseorang. Sekejap lepas tu si Shaiful tu pun hadir ... lepas dapat penerangan terus dia kata nak ambil depan. Terus dia belek pembuluh darah macam aku nak sangat tadi tu. Oooo, situ depannya. Fuh ... lega ... Si Shaiful tu terus sembur ubat kebas. Cara dia macam nak masuk drip je. Sejurus lepas tu dia tarik picagari dan dengan ayunya darahku pun mengalir. Pekat betui si Shaiful tu kata. Alhamdulillah, dapat lah kuantiti yang mereka mahukan tu. Jarum ditarik keluar dan dia pun nak letak plaster, tetapi dia hairan kerana lubang tusukan jarum dia tak jumpa. Aaaa ... aku kan suka-sakat Cullen. Haha ... kemaruk Twilight.
Setelah sejam, aku diarah berjumpa dengan doktor yang memeriksa aku minggu lepas. Keputusannya menghasilkan tiga kotak kecil di atas. Dia perintahkan aku berjumpa dietitian. Aku pun berjalan mengikuti jururawat bertugas. Seorang wanita kecil molek berdiri di hadapanku bila kaki ku melangkah ke bilik pakar diet tersebut. Panjang lebar dia cerita. Banyak lah sample-sample pemakanan dia beri. Selesai je aku terus melangkah turun untuk membuat pembayaran dan mengambil ubat.
Ubat sudah di tangan, aku mengatur langkah ke tempat parkir kereta. Bermulalah langkah hidupku sebagai pengidap Diabetes type 2. Sebelum tu Hypertension. Haha ... tunggu nak sakit jantung je ni.
Selepas seminggu aku mengikuti dengan tekun setiap jadual pemakanan dan mengambil ubat dengan setia serta supplement yang sesuai, aku kini baru terasa betapa sihatnya diri aku. Rupanya telah sekian lama badan ku sakit, akibat dah lali tak perasan langsung. Bila dah mula kurangkan karbohidrat, elak goreng-gorengan, minum 2 liter air kosong setiap hari, nasib juga aku ni penggemar ulaman dan sayuran hijau, barulah aku terasa sangat-sangat sihat. Syukur sangat-sangat. Oh yea, ibuku pun seperti diriku, dan kini aku dapat menasihati dia cara yang terbaik agar kesihatan diri lebih elok dari sebelum ini bersandarkan pengalaman sendiri sepanjang seminggu ini. Kalau sebelum ini aku sering susah nak tidur, setiap kali bangun dari tidur sendi-sendiku sengal sangat, kini tidak lagi. Tidurku lena, kalau terjaga pun sekali je di sepertiga malam.
Amalkan pemakanan yang bagus kalau nak sihat. Cuba praktik begini:
07:00 - 08:00 -- Dua keping roti (whole grain) atau 6 keping low fat hi fiber crackers dan susu yang sesuai dengan umur kita (dua scoop je), capati pun boleh
10:00 - 11:00 -- Sekeping roti (whole grain) atau low fat hi fiber crackers 3 keping dan teh o
13:00 - 14:00 -- Nasi (2 senduk), sayuran hijau dan perbanyakkan memakan ikan. (Telur merah hanya 3 biji seminggu)
16:00 - 17:00 -- sama macam pukul 10.00 tu
19:00 - 20:00 -- sama macam lunch
22:00 - 23:00 -- sama macam pukul 10 jugak.
Air kosong sehari 2 liter, sebelum pukul 6 petang tu pastikan dah mencecah 1.5 liter air masuk ke badan, malam jangan minum banyak.
Rajin-rajin browse cara pemakanan yang ideal. Oh ye, jangan lupa bersenam. Berjalan dalam 8000 ke 10000 tapak sehari. Tidur cukupkan 8 jam.
Solat wajib jangan lupa didirikan seelok masuk waktu dan kalau boleh 15 minit sebelum azan sudah berteleku di sejadah kerana waktu itu sangat hampir Malaikat kepada kita dan mereka akan mendoakan kita segala kebaikan. Sunat Qabliah Subuh, Sunat Dhuha dan Sunat Witir juga kalau boleh berisitiqamah di dalam melaksanakannya dan perlahan-lahan diperbanyakkan solat-solat sunat yang lain, terutama sunat yang dituntut. Solat adalah pemakanan rohani. Kalau pemakanan fizikal sahaja yang kita jaga tak guna juga. Nanti hati sukar tenang bila berdepan masalah.
Berpuasa juga baik. Biasakan berpuasa di hari Isnin dan Khamis dan 3 hari di setiap pertengahan bulan-bulan hijrah. Boleh search kalendar puasa di dalam Islam. Lakukan selagi terdaya, kalau tak mampu Allah SWT itu maha memahami.
Insya Allah, dengan pengamalan seperti di atas kita telah menghadiahkan yang terbaik untuk diri kita, dari segi fizikal dan rohani. Aminnnnn.
Thursday, 6 December 2012
SIAPA YANG LAYAK????
Semalam Boss talipon, lewat petang jugak. Dia pesan suruh aku bukak semua application bagi post Electronic Engineer dan Technician, panggil semua pemohon yang meminta bawah RM2000.00.
Dengan penuh dedikasi aku pun bukak la satu-satu ... memang dah dekat sebulan email aku penuh dengan email dari pemohon-pemohon ni. Ada yang baru habis belajar, ada yang dah bekerja. Lelaki perempuan semua ada.
Bila aku tengok pemohon ni semua aku senyum sorang-sorang. Aku senyum sebab aku terbayang impian mereka-mereka ini semua sebelum ke menara gading. Bila dapat surat mengatakan berjaya mendapat tempat di Uni itu, Uni ini ... memang satu rumah kembang perasaan ... mak pak la terutamanya, dan apatah lagi kalau anak sulung dan juga cucu sulung, tok, wan, opah, onyang, mak sedara, pak sedara semua tumpang bangga ... hehe. Bila jejak kaki je di semester pertama, semua bertekad nak masuk senarai Dekan. Tersenyum lagi aku memikirkan ... berlambak yang aku tengok pemohon-pemohon ni dalam senarai tersebut. Tapi bila panggil interview mesti semua gagap. Mintak gaji nuuuuun melambung tinggi, padahal baru je tamat belajar. Ada dua orang perempuan lulusan Uni ternama, ambil Mechatronic, dok keje Mydin ni ha jadi cashier. Result 3 point ke atas. Aku tak rasa pun nak panggil sebab memang tak kena dengan jawatan yang kosong. Tapi dalam hati ada rasa kesian sebab anak aku pun sedang melanjutkan pelajaran di bidang kejuruteraan juga. Memang tak akan aku beri dia ambil mechatronic. Tapi dia dah bagitahu yang dia nak mengajar je. Hmmm, ok la kut macam tu.
Result yang bagus sebenarnya tak menjamin sebarang pekerjaan melainkan sekiranya ingin menjadi tenaga pengajar. Syarikat lebih mementingkan bagaimana kreatifnya anda nanti. Tapi kalau result baguih, bila tanya gagap-gagap, litar yang budak darjah 6 buat pun hang tak ingat, janganla ada hati nak mintak gaji lebih 2000 ringgit. Kannnn?
Memang bertimbun permohonan dan semua lulusan tinggi ... tapi sangat sedih bila tiada yang layak kerana mereka setakat belajar ... tapi tak tahu apa yang dipelajari.
Usah dikejar sangat keputusan tinggi melangit, tanamkan minat ingin tahu yang tinggi, dengan sendirinya apa yang kita belajar melekat diminda dan dibawa kemana-mana saaaaampai bila-bila. Itulah caranya menuntut ilmu. Anak aku sekarang tengah cuti semester, tapi dia sedang menjadi tenaga pengajar di Masjid untuk khemah ibadah selama enam minggu (dari Isnin hingga Khamis) ... tenaga pengajar yang lain terkejut bila tahu jurusan yang dia sedang ambil, sangat menyimpang kata mereka. Dia balas, tuntut ilmu tak kira masa dan tajuknya. Tanamkan keikhlasan semua jalan. Patutnya Khamis dia balik, tapi dia mintak ambil hari Jumaat sebab ada kelas kursus pengendalian jenazah. Kalau dihitung buku-buku yang dia ada memang heran aku fikirkan but of course sangat suka sebab dia tak betah tak mencari ilmu.
Bila bab mintak gaji ni lagi sekali aku tersenyum ... Selasa yang lalu Boss suruh panggil semula salah seorang pemohon yang telah kami panggil dua minggu yang lalu. Maths untuk SPM A1 ... memang bijak lah tu kut. Gaji yang dipohon RM 1900.00 ... bila aku call and tanya berapa boleh turun, dia kata kalau boleh sebanyak yang dia mintak tu lah. Aku bagitahu kalau berminat terima RM1600.00 boleh datang untuk second interview. Dia fikir-fikir and kata ok. Esoknya dia datang and tak sampai 10 minit Boss aku tamatkan sesi temuduga. Hmmmm .... tak tau apa pun Boss aku kata, simple thing yang budak sekolah rendah buat dalam kemahiran hidup pun tak dapat nak bagi penerangan.
Sedihkan bila fikirkan situasi sebegini. Kita orang di ofis ni tau dah ... segulung ijazah tak dapat nak menjanjikan pemohon itu layak diambil bekerja. Asyik fikir aku grad U, ada sarjana muda, dah layak sangat nak dapat gaji tinggi ... jangan takut terima gaji rendah dahulu, buktikan kemampuan baru kita talk talk. Our top Engineer di ofis ni bukan graduan tinggi pun, dia lulusan sijil ILP je asalnya, buat praktikal di ofis ni 9 tahun yang lalu, sambung diploma sekejap lepas tu, masuk balik ofis ni dan terus kekal bekerja. Alatan elektronik yang dia repair bukan calang-calang, dan pihak tentera memang tak jumpa lagi orang lain selain dia yang dapat memperbaiki alatan mereka setakat ini. Memang Boss aku tak segan hati nak bayor gaji tinggi kat dia, setahun sampai dua kali naik sebab nak kekalkan dia.
Boleh berbangga dengan ijazah, tetapi tanamkan minat yang tinggi di dalam setiap pelajaran yang diambil, baru berbaloi. Tulang empat kerat dan minda tu kalau tak nak digerakkan lebih dari biasa memang la orang akan layan anda biasa-biasa je ... susah nak jadi lebih.
Kepeningan aku membaca satu persatu permohonan .... Siapalah yang layak ni??????

Thursday, 20 September 2012
BILA THINKING THINKING, THINK TWICE ... at least
Bila dapat terluang masa borak-borak lama sikit barulah dapat
dengar dengan jelas lontaran-lontaran pandangan yang lewa. Apa maksud
lewa itu? Maksudnya perlakuan tanpa diiringi akal. Lawan lewa ialah
takut. Mata kita memandang, otak merumus, akal menilai. Tapi manusia
kebanyakannya memandang dan merumus sahaja membuta tuli tanpa
membenarkan akal mendominasi minda. Ada yang ikut hati. Apa kata hati
itulah yang diluahkan oleh bibir.
Pedih telinga mendengar soalan keramat yang dilontarkan. Namun tidak mengapa. Mungkin ada salah dan silap diri sendiri sehingga yang hanya berlegar di luar jendela enak berjual beli kata tanpa endah. Sungguhpun pedih, tetap dicuba jauhkan segala kemarahan agar diri sendiri tidak melatah sia-sia. Pintu dibuka luas agar diri tiada salah pengertian.
Selagi waras, pastikan setiap perbuatan atau tutur kata dinilai oleh akal sebelum direalisasikan. Buang jauh prasangka buruk dan seringlah kita salutkan pakaian minda yang indah-indah buat saudara kita. Biarlah amalan kita yang kita sentiasa harapkan keberkatan Allah SWT terus menerima keberkatan berlipatganda dengan sentiasa mendoakan kejayaan rakan-rakan, bukan dengan mempersenda dan merendah-rendahkan mereka.
Usahlah masa mu dibazirkan dengan perkara-perkara yang tidak membuatkan dapur mu berasap. Sekiranya anda ketua keluarga, langkah lah seawal pagi sebelum matahari menampakkan wajah, dengan niat mencari rezeki demi merubah nasib anak-isteri serta diri-sendiri. Usai sudah tugas yang diamanahkan, langkah pulang dengan senyum puas dan jadilah kamu imam kepada isteri dan anak-anak kamu. Insya Allah, tertutup hatimu bagi melakukan perkara-perkara yang memudharatkan.
Di zaman teknologi yang terlalu canggih dan pantas ini, usah terlalu gemar berstatus tanpa memikirkan impak kepada masyarakat sekeliling, sedangkan istana kecil kita pun belum tentu bergemerlapan dengan cahaya iman yang indah. Selalulah menganggap diri kita terlalu kerdil agar kita tidak lalai berdoa dan mendoakan. Tidak akan Allah SWT ubah nasib seseorang itu selagi dia tidak merubah nasibnya sendiri.
Jadilah kita manusia yang takut, bukan yang lewa. Takut akan membuatkan kita awas dan sentiasa ingin memperbetulkan hijab qalbu. Wallahu a'lam bish-shawabi.

Sunday, 16 September 2012
DRAMA MELAYU
Semenjak dua menjak ni jarang sangat aku dapat peluang menonton TV. Mana taknya, si kenet aku conquer tengok cartoon. Ada buku nak di baca tak lah aku kisahkan sangat. Kalau Haifa sibuk dengan mainan barulah ada peluang. Pusing-pusing channel terjumpa aku slot drama Melayu bersiri. Tengok tengah- tengah jalan cerita mana la nak tau ujung pangkal. Tapi gagah jugaklah menghayati. Hal 2 puak bertelagah. Puak A ramai. Puak B cuma seorang. Sekali pandang tak tahu la siapa yang betul. Bila dah lama tu faham lah aku duduk benar nya cerita. Bila dah banyak sejarah satu persatu orang lari dari menjadi kawan, maka tahulah penonton memihak. Kelakar je aku rasa drama ni. Masing2 guna ayat sama je, Allah akan tunjukkan kebenaran. Ha, betullah tu. Satu persatu ditunjukkan. Kalau aku jadi si B, aku diamkan je. Cakap banyak2 pun tak guna. Otak kalau dah taksub memang hilang habis rasa malu. Semua buruk orang nak ditayangkan. Last-last buruk sendiri jugak yang terdedah. Walau itu satu drama tapi memang itulah hakikat kehidupan. Kalau kita rasa terainaya dengan perbuatan orang, sebaiknya kita diamkan saje. Masa pasti akan membuktikan keburukan sebenar orang itu. Dalam hidup pun kita tak perlu ramai kawan. Cukuplah dua tiga orang yang fahami diri kita dan terima kita seadanya. Ramai yang akan buat bermacam-macam nak tengok kita jatuh. Mereka tidak langsung akan rasa bersalah bercerita hal yang tidak benar demi kepentingan sendiri. Dunia ni luas, tapi luas mana sekalipun, akan ada suatu ketika kita rasa kecik je.
Saturday, 15 September 2012
DIA SEGALANYA
Baru tadi aku selesai membaca novel DIA SEGALANYA. Semenjak habis belajar ni, tak putus-putus aku membeli novel-novel Melayu. Kebanyakkannya lebih kepada yang ada bait-bait lucu dan seluruh penceritaan ceria dan bagus dijadikan panduan.
Dulu-dulu aku suka jugak membaca novel, tetapi kebanyakannya novel Inggeris. Sesekali aku akan membaca novel Melayu.
DIA SEGALANYA ni tebal betul. 1112 muka surat. Aku mula membaca sewaktu di dalam penerbangan minggu lepas. Ceritanya mengenai tentang perasaan seorang lelaki yang sangat-sangat mencintai adik bongsunya yang merupakan anak angkat kepada keluarga dia. Kerana takut cintanya bertepuk sebelah tangan dan ditentang oleh keluarga, terutama Papanya, macam-macam dia lakukan agar dia dapat membendung perasaan agar tidak jelas di mata semua. Rahsia dia hanya diketahui oleh Atuk dia dan kawan karibnya.
Dia sanggup belajar sampai ke UK semata-mata nak hilangkan perasaan itu. Tapi dia kalah. Sekembali ke tanahair perasaan itu makin mekar. Dia sudah tidak boleh berenggang dengan adiknya. Dalam masa yang sama, di hati adiknya itu turut berputik rasa cinta. Tetapi masing-masing tidak mengetahui apa yang ada dalam hati orang yang mereka cintai itu. Sesuatu terjadi yang membongkarkan rasa hati tetapi agak kelewatan kerana si adik mengidap leukimia pula. Si adik tidak mahu si abang angkatnya berharap lalu pergi dengan keadaan dah macam nyawa-nyawa ikan. Bila keadaan dah terdesak, si adik terpaksa juga bercerita kepada seluruh keluarga dan rumah sakit dah jadi rumah ke dua tempat berhimpunnya semua keluarga. Si abang dah tak boleh tahan lalu luahkan semuanya kepada keluarga. Sebijik penumbuk hinggap di pipi. Abang sulung bagi hadiah. Tapi dia tak putus ada dan dia rayu dan rayu Papanya supaya mengizinkan dia menikahi adik angkatnya itu. Last-last, biasa lah kan, si Papa berlembut hati setelah dipujuk Mama. Mama bagitahu pada Papa, dia boleh saja realisasikan permintaan anak teruna dan anak angkatnya itu, tetapi dia tak mahu menjadi isteri yang derhaka. Tambah dia lagi, anak angkat tetap bukan muhrim dan tidak akan mungkin halal sentuhan walaupun di hati dah macam darah daging sendiri. Biarlah anak angkat itu menjadi menantu di dalam keluarga mereka. Menantu dah sememangnya akan menjadi anak mereka dan tidak akan ada jurang lagi. Dengan ayat itu hati Papa berlembut dan mereka segera dinikahkan.
Yang jadi masalahnya si anak angkat tu dah asyik tak sedarkan diri sebab keadaan dah makin serius. Tak de sapa pun boleh derma sum-sum tulang. Semua pun apalagi, panik tak terkata. Yang si abang merangkap suami tadi macam dah hilang segala harapan. Di suatu malam, setelah seminggu isterinya tidak sedarkan diri, kena bantu dengan alat pernafasan, dia berteleku di sejadah dan berdoa di dalam bilik di mana isterinya di letakkan, air mata pun dah tak ada langsung masa tu, sambil berkata, dia rela sekiranya sampai di situ sahajalah kisah mereka, biarlah isterinya bebas dari seksaan. Usai dia berdoa dia terus berbaring di sisi isterinya. Keesokan harinya isteri dia sedar dan berita gembira juga sampai ke pengetahuan mereka, salah seorang rakan mereka dapat menderma sum-sum tulang.
Si penderma ni sebenarnya seorang gadis China yang sama-sama belajar di UK. Gadis ni masa di UK dah lali dengan sifat si lelaki ni suka mabuk dan berpoya-poya di club tempat dia buat part time. Lelaki itu selalu membela dia bila dia sering menerima usikan dari lelaki-lelaki miang di club tempat dia bekerja. Lelaki itu juga ada bercerita tentang sebab dia melakukan semua itu (nak hilangkan perasaan cinta pada adik angkatnya itu) Sekembali di KL dia bertemu kembali dengan si lelaki tersebut dan teruja dengan kecenderungan lelaki itu mahu kembali ke jalan Allah (sebelum ni sedikit sebanyak adik angkatnya dah ajar segala ayat-ayat di dalam solat yang dia dah tinggalkan, sampai merah padam tapak tangan kena rotan sebab sebutan tak betul). Dalam diam gadis China itu turut tertarik dan bertukar ke agama Islam.
Ujung-ujung nya faham-faham je lah kan ... they live happily ever after. Hehe.
Sebenarnya, cerita-cerita fiksyen memang dah boleh diagak jalan cerita, tetapi penulis sangat pandai menerbitkan situasi-situasi yang diluar jangkaan. Itu yang membuatkan aku ralit membaca sehigga selesai, walaupun tercuri-curi masa memandangkan di siang hari aku terikat dengan hal-ehwal pejabat.
Inilah bukunya, tebalkan? 2 tahun si penulis ambil masa nak siapkan. Namun aku rasa, ketebalan mukasurat boleh dinipiskan kerana banyak situasi yang berulang-ulang dan tidak penting. Tapi tebal-tebal macam ni ada baguih jugak. Aku nak tinggalkan di pejabat. Bila ada yang susah sangat nak gerak bila suruh, aku lemparkan aje ke muka biar hilang biul.
Subscribe to:
Posts (Atom)