Jumaat lepas umurku berginjak setahun lagi. Alhamdulillah. Sehari sebelumnya aku mendapat hadiah. Sangat best hadiah ni ... tiga kotak kecil yang comel-comel tetapi comel lagi isinya....
Hadiah dari doktor ... Alhamdulillah
Itulah dia haaaa ... aku ni bukan jenis selebret birthday, tahun ni lagi la ... macam ingat tak ingat ... mungkin "teruja" sangat kut bila fikirkan appointment bagi full blood test di KPJ Selangor. Cerita bermula seminggu sebelum tu. Aku ni diserang flu, serangan ringan je. Anak-anak sakit bergegas bawak jumpa doktor. Tapi kalau sendiri yang sakit, dengan segera diri sendiri jadi doktori. Kutip la apa saja ubat demam dan selsema belen-belen anak tu dan telan. Kira tak melarat jugaklah. Tapi sakit tekak yang mula menampakkan kehadiran membuatkan aku gagahkan jugak la diri aku pergi ke klinik di hadapan pejabat untuk mendapatkan antibiotik. Doktor bertugas pun dengarla penjelasan kenapa aku nak ubat. Macam biasa la, dia cek tekanan darah dulu. Dah ambik sekali dia ulang lagi. Dia terkejut. Dia kerahkan aku dengan segera untuk ke hospital. Pantas dia mintak nurse bagi letter head klinik. Dia bagitahu tekanan darah aku dah terlalu tinggi bagi Sistolik dan Diastolik serta degupan deras jantung aku juga sangat membimbangkan. Terpinga kejap aku. Elok je aku rasa, apahal pulak jadi lagu tu. Aku ambil surat dah terus ke hospital.
Sesampai di hospital nasib tak perlu tunggu lama. Tekanan tinggi darahku disahkan betul oleh doktor pakar. Dia interview sikit tentang ubatan yang aku ambil. Dia syorkan aku menukar ubat. Dah dia doktor aku okaykan je tanpa banyak soal. Seminggu lagi datang buat ujian darah. Aku angguk-anggukkan kepala tanda akur.
Hehe ... tang ambik darah ni yang aku malas sangat. Sepanjang sejarah hidupku bukan senang nak mengeluarkan darah aku ni masuk ke tabung. Kadang tu sampai lebam sana-sini lenganku ini. Ada sekali tu boleh lak dipusing-pusingkan jarum tu bila dah masuk ke lengan. Hish ... leceh betui. Saspens jugak la nak pergi kali ni.
Harinya pun tiba ... dan aku pun menunggu dengan sedikit debaran di dada. Aku terus ke bilik khusus bila nama dipanggil. Sambil lab officer tu belek-belek cari urat di kawasan tengah lengan aku pun cepat-cepat bagitau masalah aku. Dia kata itu perkara normal tapi dia akan tolong sampai boleh. Hmmmm ... memang lebam la macam ni. Nasib dia sangat berhati-hati. Dia masuk jarum tetapi tak lah gelojoh nak cari urat darah. Tekun betul dia ... dah macam nak bercakap dengan urat darah aku je rupanya. Hati aku dah berdoa agar terus je ambik dari pembuluh darah atas tangan dekat dengan jari hantu. Situ memang gerenti ada. Setelah berusaha dia tarik keluar jarum dan memberitahu dia terpaksa memanggil pegawai atasan dan mengatakan ada kemungkinan terus "ambil di depan" .... Erkkk ... depan mana pulak aku kena pergi?
"Shaiful ...", aku dengar dia memanggil seseorang. Sekejap lepas tu si Shaiful tu pun hadir ... lepas dapat penerangan terus dia kata nak ambil depan. Terus dia belek pembuluh darah macam aku nak sangat tadi tu. Oooo, situ depannya. Fuh ... lega ... Si Shaiful tu terus sembur ubat kebas. Cara dia macam nak masuk drip je. Sejurus lepas tu dia tarik picagari dan dengan ayunya darahku pun mengalir. Pekat betui si Shaiful tu kata. Alhamdulillah, dapat lah kuantiti yang mereka mahukan tu. Jarum ditarik keluar dan dia pun nak letak plaster, tetapi dia hairan kerana lubang tusukan jarum dia tak jumpa. Aaaa ... aku kan suka-sakat Cullen. Haha ... kemaruk Twilight.
Setelah sejam, aku diarah berjumpa dengan doktor yang memeriksa aku minggu lepas. Keputusannya menghasilkan tiga kotak kecil di atas. Dia perintahkan aku berjumpa dietitian. Aku pun berjalan mengikuti jururawat bertugas. Seorang wanita kecil molek berdiri di hadapanku bila kaki ku melangkah ke bilik pakar diet tersebut. Panjang lebar dia cerita. Banyak lah sample-sample pemakanan dia beri. Selesai je aku terus melangkah turun untuk membuat pembayaran dan mengambil ubat.
Ubat sudah di tangan, aku mengatur langkah ke tempat parkir kereta. Bermulalah langkah hidupku sebagai pengidap Diabetes type 2. Sebelum tu Hypertension. Haha ... tunggu nak sakit jantung je ni.
Selepas seminggu aku mengikuti dengan tekun setiap jadual pemakanan dan mengambil ubat dengan setia serta supplement yang sesuai, aku kini baru terasa betapa sihatnya diri aku. Rupanya telah sekian lama badan ku sakit, akibat dah lali tak perasan langsung. Bila dah mula kurangkan karbohidrat, elak goreng-gorengan, minum 2 liter air kosong setiap hari, nasib juga aku ni penggemar ulaman dan sayuran hijau, barulah aku terasa sangat-sangat sihat. Syukur sangat-sangat. Oh yea, ibuku pun seperti diriku, dan kini aku dapat menasihati dia cara yang terbaik agar kesihatan diri lebih elok dari sebelum ini bersandarkan pengalaman sendiri sepanjang seminggu ini. Kalau sebelum ini aku sering susah nak tidur, setiap kali bangun dari tidur sendi-sendiku sengal sangat, kini tidak lagi. Tidurku lena, kalau terjaga pun sekali je di sepertiga malam.
Amalkan pemakanan yang bagus kalau nak sihat. Cuba praktik begini:
07:00 - 08:00 -- Dua keping roti (whole grain) atau 6 keping low fat hi fiber crackers dan susu yang sesuai dengan umur kita (dua scoop je), capati pun boleh
10:00 - 11:00 -- Sekeping roti (whole grain) atau low fat hi fiber crackers 3 keping dan teh o
13:00 - 14:00 -- Nasi (2 senduk), sayuran hijau dan perbanyakkan memakan ikan. (Telur merah hanya 3 biji seminggu)
16:00 - 17:00 -- sama macam pukul 10.00 tu
19:00 - 20:00 -- sama macam lunch
22:00 - 23:00 -- sama macam pukul 10 jugak.
Air kosong sehari 2 liter, sebelum pukul 6 petang tu pastikan dah mencecah 1.5 liter air masuk ke badan, malam jangan minum banyak.
Rajin-rajin browse cara pemakanan yang ideal. Oh ye, jangan lupa bersenam. Berjalan dalam 8000 ke 10000 tapak sehari. Tidur cukupkan 8 jam.
Solat wajib jangan lupa didirikan seelok masuk waktu dan kalau boleh 15 minit sebelum azan sudah berteleku di sejadah kerana waktu itu sangat hampir Malaikat kepada kita dan mereka akan mendoakan kita segala kebaikan. Sunat Qabliah Subuh, Sunat Dhuha dan Sunat Witir juga kalau boleh berisitiqamah di dalam melaksanakannya dan perlahan-lahan diperbanyakkan solat-solat sunat yang lain, terutama sunat yang dituntut. Solat adalah pemakanan rohani. Kalau pemakanan fizikal sahaja yang kita jaga tak guna juga. Nanti hati sukar tenang bila berdepan masalah.
Berpuasa juga baik. Biasakan berpuasa di hari Isnin dan Khamis dan 3 hari di setiap pertengahan bulan-bulan hijrah. Boleh search kalendar puasa di dalam Islam. Lakukan selagi terdaya, kalau tak mampu Allah SWT itu maha memahami.
Insya Allah, dengan pengamalan seperti di atas kita telah menghadiahkan yang terbaik untuk diri kita, dari segi fizikal dan rohani. Aminnnnn.
No comments:
Post a Comment