Wednesday, 22 August 2012
MAAFKAN SAJE ... TAK RUGI APA-APA
Waaah ... dah raya ke lima ye???? Baru masuk ofis arini ... cuti tak boleh extra-extra Boss kata ... semua orang dibekukan cuti ... sebab nak pindah ofis ... dan hari ni ada makan-makan jugak ....
Aku bawak mee hoon goreng, kuih raya beli di Giant semalam 2 bekas dan dua botol air 100 plus (siap ada gambaq Khairul Fahmi lagi)
Bila raya, biasalah kan, terkenang cerita-cerita lama. Aku boleh teringat pulak hal-hal remeh orang-orang di internet. Macam-macam pengalaman yang mengerikan dan memualkan aku tempuhi sedikit masa lalu ... Haha ... part ni paling geli bila otak aku berfikir. Otak kita ni mahaaaaai, jangan dicemarkan oleh benda-benda yang tak membina ... Allah SWT pun marah. Kalau kita buat tak tau, tak kan jadi kudis dalam hati kelak.
Luaran kalau dilihat, aku ni memang 100 peratus senyum sokmo. Hati aku macam mana ye??? Sama je macam manusia lain, ada sakit, ada sedih, ada suka dan ada duka. Tetapi aku tak suka simpan kenangan. Seandainya tercalar sesuatu situasi, maka segala perkara yang bersangkut aku kutip-kutip, masuk dalam tong sampah dan aku bakar. Senang macam tu. Refresh, reboot, rewrite ... but NO rerun. Nak maafkan aku tak rasa orang buat salah pada aku. Nak mintak maaf lagila tak kut, sebab aku tak buat salah. Tapi aku pukul rata, kira kosong-kosong lah. Mungkin kita rasa kita sangat tertekan, tetapi ada lagi yang lebih teruk tekanan yang diterima. Doa selalu agar kita sentiasa di kalangan orang-orang yang menang di dalam mengawal emosi dan perbuatan. Buruk ghopenye kalau udah tua tapi perangei gaye bebudok pra-sekolah.
Jiwa yang tenang dek kerana fikiran yang tenang juga. Masalah hidup tak kan luput. Tak hal adik-beradik, hal anak-anak yang timbul. Macam-macam perkara lain pun boleh terbit. Apa yang nak timbul pun bukan kita tau kadang-kadang tu. Seeloknya kita belajar ketawa di dalam menangani masalah ... kalau datang lagi ulang-ulang perkara yang memualkan itu ... just take a deep breath ... exhale ... smile and walk away.
Tuesday, 14 August 2012
LOYALTY AT WORK: are you having it?
Pepagi tadi, masa dok bawak Cik Pora pergi kolej and on the way pi kerja, Sarah & Richard bukak topic pasal kesetiaan kepada majikan, dan kalau tiadanya kesetiaan itu (maksudnya suka lompat-lompat kerja) siapakah yang patut dipersalahkan, pekerja itu sendiri atau majikan? Ramai la yang talipon cerita pengalaman masing-masing. Ada yang punya lah setia sehingga 20 tahun tapi yang dok naik pegang jawatan baguih-baguih, semuanya muka-muka baru. Bila dia tanya kenapa dia tak dak promotion macam mula-mula janji, bermacam-macam alasan depa bagi. Dia lagi 5 tahun nak pencen dah, tak kan la dia nak pi cari kerja lain. Aaaaa ... saya pernah jugak lah hadapi situasi sebegini, tapi tak la saya tunggu sampai makan tahun. Masa tu boss besaq dari Singapore datang (syarikat milik bukan Melayu, tapi operasi 90 peratus di dominasikan oleh bangsa Melayu). Bila dia ada memang mesyuarat dah tentu ada. Dah ujung-ujung mesyuarat tu dia pun tanya la, "anything that you all would like to discuss?" ... saya masa tu macam ada berani-berani sikit dan gatai-gatai mulut sikit pun menyuarakan tentang kadar kenaikan gaji yang tidak begitu memberansangkan. Agaknya dia ni memang dah set dia punya mind, kalau pekerja ajukan hal-hal macam ni kena buat muka sardin dan dengan penuh sardin dimuka jugak dia habaq, "well, if you think that the company is not paying you up to your expectation but you've given your best, the door is always open." Waaaaah, sampai ati dia habaq lagu tu. Saya ni jenis memberontak jugak la kiranya, cuba nak setia, tapi disebabkan dah bagai dihiris qalbu ni, tak lama lepaih tu saya resign. Tak mati nye kalau saya tak setia kat situ, berlambak lagi kerja kat luaq sana saya boleh dapat (konon la). Perangai saya yang suka memberontak itu membuatkan saya termasuk di dalam kategori suka lompat-lompat kerja. 10 tahun pertama tu abih lama pun 2 tahun je la saya boleh bertahan.
Flashback sat masa mula-mula menceburi alam bermajikan ni pada 16 Ogos 1989. Hey, today genaplah 23 tahun dah saya makan gaji. Sedaq tak sedaq, dah lama tu masa berlalu. Tepat 12.00 am 16hb tu, arwah abah hantaq pi stesen keretapi Taiping, naik mel malam dengan tiket harga RM 10.00 (aircond pakai udara original dari luaq). Petang 15hb tu, time saya tengah mengajaq tusyen budak-budak sekolah rendah area rumah saya, mak saya laung habaq ada call. Bergegaih saya pi jawab. Rupanya kawan ITM saya si Pisah, dari Subang Jaya, dok cari orang ganti dia sebab dia dah dapat kerja di tempat lain. Gaji RM450.00 sebulan. Huisssh, besaq dah rasa gaji banyak tu. Saya teruih kata setuju nak jadi pengganti. Kembang kuncup hati ni Tuhan saja yang tau, akhirnya saya bakal mendapat pekerjaan. Subuh sepie' 16hb tu saya dah tercongok di bus stand Klang (KL) dok cari bas nombor 252A. Nampak ja bas tu saya teruih naik. Pisah kata bila nampak Subang Parade je tekan loceng. Paih tu turun and call dia. Tunggu je kat situ sampai dia datang. Time tu bukannya ada hand phone. Kena cari public phone nak buat call. Saya sampai Subang Parade dalam pukul 7.30 rasanya. Macam boleh lintaih pi lintaih mai lenggang kangkung la punya lengang jalan. La ni jagan harap la boleh buat lagu tu, mau berbakui kena maki kut, nasib tak baik dok hospital pulak kut.
Pendekkan cerita, dia mai bawak saya pi rumah sewaan dia. Jalan kaki ja pun sebab dekat. Aku pakai sepasang kurung moden biru masa tu dan bertudung putih dan dengan ayat tu jugak lah saya teruih pi interview. Tokey syarikat tu berkenan nak ambik saya, dia orang Taiwan tetapi berkahwin dengan lelaki Melayu. Shikit-shikit speak Malay kata dia. Jap, saya nak tunjuk lokasi tempat saya kerja dulu ni, betui-betui depan Taylor's College.
Dah 2 bulan kerja boss paling besaq datang dari Silicon Valley, San Francisco. Dia confirm kan position aku dan yang paling best dia offer pergi menjalani latihan di kilang dia di US nun untuk beberapa bulan. Waaah, bermalam-malam la saya tidor sengeh. Husband boss bawak pi ambik visa, dapat Multiple Entry pulak tu. Tapi sayang seribu kali sayang, belum sempat saya pergi, saya dah ciao dari situ sebab saya naik menyampah dengan boss saya. Hehe ... besa lah saya ni ... cepat melentin. 6 bulan je saya di situ tetapi visa nya saya masih ada sampai la ni. Orang Imigresen kata, kalau pi US kepilkan passport saya yang ada chop visa tu dengan passport baru saya. US jauh sangat la, tak terpikiaq lagi.
Lepaih tu saya kerja satu company area Subang Jaya jugak untuk selama 2 tahun. Saya berhenti dari yang ni sebab saya nak gaji lebih. Berhenti situ saya pi kerja dengan syarikat yang saya sebut awai-awai tadi. Situ pun 2 tahun sebab tak setuju angin dengan management. Dah berhenti situ saya kerja dengan syarikat lain tapi tahan 6 bulan saja sebab ada satu syarikat besaq offer saya kerja. Tak kan nak tolak kan??? Di tempat baru saya kerja 2 tahun jugak. Saya berhenti sebab saya tak setuju dengan keciputan kenaikan gaji yang saya terima. Kemudian saya kerja di beberapa buah syarikat lagi tapi semuanya sekejap-sekejap. Di tahun 2000 saya kerja dengan satu syarikat yang mulanya kecik tapi lepaih tu jadi besaq. Saya rasa fedap dengan red tape segala ditambah dengan bermacam ragam perangai. Ada up sikit la, tahan empat tahun.
Sedari 1990 hingga 2003, saya bekerja dengan syarikat bukan bumiputera dan semenjak 1993 saya dah nekad yang satu hari saya akan gunakan semua yang saya belajaq untuk memajukan syarikat kaum saya sendiri. Hanya di penguhujung tahun 2003 keinginan saya terlaksana dan saya masih berterusan bekerja sehingga ke hari ini. Yang paling lama saya dapat bertahan.
Setelah saya kaji dan teliti, saya rasa ketidaksetiaan itu lahir disebabkan oleh kedua-dua pihak, majikan dan pekerja, bergantung pada situasi. Ada jugak majikan bersifat memilih dan membuatkan pekerja rasa tertekan. Sifat pekerja itu sendiri juga memainkan peranan. Sekiranya mereka terdiri dari golongan yang sangat sensitif dan emosional, ada kebarangkalian keputusan yang diambil mungkin agak terburu-buru. Ketidakpekaan majikan atas kehendak dan keperluan pekerja juga menyumbang kepada ketidaksetiaan. Ketiadaan kepuasan bekerja juga mendorong pekerja bersikap memilih jalan keluar. Wang ada kalanya menjadi nombor dua berbanding dengan kepuasan bekerja.
Persoalannya, berapa lamakah harus seseorang pekerja itu membenarkan masa berlalu sebelum dia mengambil keputusan untuk bertukar suasana kerja, sekiranya merasakan bahawa dia ditindas? Setahun? Dua tahun? Sepuluh tahun? Atau 20 tahun macam pemanggil di radio pagi tadi? 20 tahun tu satu tempoh yang sangat lama, part of your life mungkin dah gone dead, wakes up in the morning, goes to work, drives back, eat and sleep. Round and round it goes and definitely there's no job satisfaction being achieved.
In the current company I am working with (tengok, tak sempat nak komplen ni, Boss macam tau-tau je, dia kata Astro tawar syer, suruh key in detail ... hmmmm) ... jap ye ... Siap dah register. Tinggal dia nak sain aje. ... Where was I ... ermmmm .... on yeah, about to story the current company I am working with. Semua pun Melayu sini. Dulu ada projek luar ramai jugak lah staff ... sekarang in house saja staff tak ramai sebab tiada keperluan. Dulu-dulu pernah employ ramai jugak untuk in house repairing, tapi masing-masing buat syarikat ni macam hak milik sendiri untuk hal-hal yang lebih ke arah peribadi, Boss pun tidaklah suka, tugas saya lah untuk memberi surat berhenti kepada mereka. Kadang-kadang saya cuba la jugak suruh Boss being a bit soft and consider lah sikit. Tapi kalau hitam kata dia, hitam lah jawabnya. Ramai dah yang saya lihat tidak memiliki ciri-ciri yang diperlukan syarikat. Tidak memahami hati dan perasaan majikan. Terlalu berkira. Kalau syarikat ada beratus-ratus pekerja, mungkin tidak luak produktiviti kalau ada segelintir yang bersikap kurang daya saing. Tetapi bagi syarikat kecil, sudah tentunya setiap pekerja sangat-sangat penting dan perlu memiliki kreativiti serta pro-aktif.
Ada kemungkinan perubahan zaman memerlukan majikan merubah cara pengurusan. Lebih memikirkan cara 'memikat' pekerja dengan insentif-insentif yang sangat berguna serta sukar untuk dicari di mana-mana syarikat lain. Penekanan tentang impak pengenduran di dalam aktiviti pengeluaran boleh menjadikan pekerja rasa penting dan akan berusaha memberikan yang terbaik. Imbuhan secara berkongsi untung juga akan menyuntik semangat untuk meningkatkan produktiviti.
Namun segala yang ingin disampaikan atau dilaksanakan oleh syarikat adakalanya sukar nak direalisasikan kerana kalau dah hampeh tu, hampeh jugak le hasilnya.
Friday, 10 August 2012
RAYA OOO RAYA
Sekarang ni aku membekukan diri dari meng'on'kan FB. Puncanya adalah kerana wall dah penuh dengan updates kawan-kawan tentang persiapan raya. Rata-rata dah berbalang kuih. Rancak betui. Aku jugak ketinggalan. Yang siap sulaman manik baju mak aku je. Tu pun tak dapat buat laju sangat. Start menjahit pukul 10 malam tapi masuk je pukul 11, cucuk jari lebih kerap dari mencucuk kain.
Pelan-pelan kayuh ... sampai jua ke muara
Sebenarnya aku order kuih start puasa lagi, satu jenis je aku order, Tart Nenas Mentega Home Made Jam. Memang tiap tahun aku order dengan Nazmi, salah sorang staff di Golf Boutique. Dia dengan mak dia menjana pendapatan. Memang kompem sedap. Tahun ni aku decided nak OEM kan produk ni. Hehe. Order dengan Nazmi 3500 pcs. Ini pun aku mintak up kan lagi 1000 pcs.
Satu bekas ni ada 50 pcs.
Distribution process
Dah antar sana sini aku terasa macam last-last sebutir pun tak de nanti ni untuk aku sendiri ... hahaha ... buat cekodok pisang je ler di pagi raya ... Oh yaaa ... aku nak buat kuih siput ... lupa pulak. Feberet aku tu. Teringat tolong step mom aku (masa tu belum lagi jadi step mom) buat kuih siput. Ingat-ingat jugak lagi tu biarpun masa tu aku masih di alam persekolahan.
Raya kali ni first time aku meniaga kuih. Tak la banyak margin nya tapi boleh lah buat lepas kos aku beli kuih untuk diri sendiri pulak.
Masa sekolah dulu banyak betul buat kuih raya. Antara nama kuih yang mak aku selalu buat, Biskut Korea Barat, Buah-buahan, Nescafe, kacang, kelapa ermmm ... banyak lagi la and kek kukus tidak pernah ketinggalan. There was this one cake, nama nya kek bunga rampai ... aku tak tau ada tak lagi resepinya ... but I tell you ... sedap giler kek tu ... dia letak kelapa parut dalam tin tu. Di kaler-kalerkan dulu. Lepas tu masuk dalam bancuhan kek. Ada essen rose kut tak silap aku. Tapi macam mana aku nak buat? Oven pun aku tak de ni!!!! Apa aku nak juai nak buat beli oven pulak ni???
Baju raya bebudak dah beli aritu. Kalau dah ada anak dara besor 3 orang campur si kenet Haifa tu, memang kopak jadinya. Aku buat jual telekong pulak untuk cover kos baju raya. Alhamdulillah. Semuanya bereh. Tak lah terasa aku berbelanja lebih nanti.
Lagi 9 hari Syawal menjelang ... sedih nyer rasa bila Ramadhan dah makin nak sampai penghujung ... entah jumpa ke tidak lagi ni ...
Tak sabar tunggu Jumaat lagi satu ... mak nak mai ... best ... dah janji nak buat nasi ulam sama-sama untuk puasa last tu nanti ... dah bertahun aku ngidam tapi tak dapat-dapat ...
Hai la raya ... banyak cerita raya ni yang buat aku senyum senget ... ermmm ...
Pelan-pelan kayuh ... sampai jua ke muara
Sebenarnya aku order kuih start puasa lagi, satu jenis je aku order, Tart Nenas Mentega Home Made Jam. Memang tiap tahun aku order dengan Nazmi, salah sorang staff di Golf Boutique. Dia dengan mak dia menjana pendapatan. Memang kompem sedap. Tahun ni aku decided nak OEM kan produk ni. Hehe. Order dengan Nazmi 3500 pcs. Ini pun aku mintak up kan lagi 1000 pcs.
Satu bekas ni ada 50 pcs.
Distribution process
Dah antar sana sini aku terasa macam last-last sebutir pun tak de nanti ni untuk aku sendiri ... hahaha ... buat cekodok pisang je ler di pagi raya ... Oh yaaa ... aku nak buat kuih siput ... lupa pulak. Feberet aku tu. Teringat tolong step mom aku (masa tu belum lagi jadi step mom) buat kuih siput. Ingat-ingat jugak lagi tu biarpun masa tu aku masih di alam persekolahan.
Raya kali ni first time aku meniaga kuih. Tak la banyak margin nya tapi boleh lah buat lepas kos aku beli kuih untuk diri sendiri pulak.
Masa sekolah dulu banyak betul buat kuih raya. Antara nama kuih yang mak aku selalu buat, Biskut Korea Barat, Buah-buahan, Nescafe, kacang, kelapa ermmm ... banyak lagi la and kek kukus tidak pernah ketinggalan. There was this one cake, nama nya kek bunga rampai ... aku tak tau ada tak lagi resepinya ... but I tell you ... sedap giler kek tu ... dia letak kelapa parut dalam tin tu. Di kaler-kalerkan dulu. Lepas tu masuk dalam bancuhan kek. Ada essen rose kut tak silap aku. Tapi macam mana aku nak buat? Oven pun aku tak de ni!!!! Apa aku nak juai nak buat beli oven pulak ni???
Baju raya bebudak dah beli aritu. Kalau dah ada anak dara besor 3 orang campur si kenet Haifa tu, memang kopak jadinya. Aku buat jual telekong pulak untuk cover kos baju raya. Alhamdulillah. Semuanya bereh. Tak lah terasa aku berbelanja lebih nanti.
Lagi 9 hari Syawal menjelang ... sedih nyer rasa bila Ramadhan dah makin nak sampai penghujung ... entah jumpa ke tidak lagi ni ...
Tak sabar tunggu Jumaat lagi satu ... mak nak mai ... best ... dah janji nak buat nasi ulam sama-sama untuk puasa last tu nanti ... dah bertahun aku ngidam tapi tak dapat-dapat ...
Hai la raya ... banyak cerita raya ni yang buat aku senyum senget ... ermmm ...
Thursday, 9 August 2012
Wednesday, 8 August 2012
DRAMA QUEEN
Kadang-kadang orang pompuan ni, ada satu perangai yang membuatkan orang lain muak. DQ - Drama Queen. Cukup pandai berdrama. Dia orang buat orang yang di depan dia orang macam IQ tahap kepala lutut je. Bila jadi macam tu, yang mengadap tu tak tau samada nak gelak atau nak muntah. Nak cakap sembarangan pun tak boleh. Silap faham dah lain pulak cerita yang tersebar. Jenuh memikir apa yang terbaik, last last diam je la. Berdiam ni biasanya menguntungkan. Sesetengah orang dia orang dah set pemikiran cara dia orang sendiri, hang bak mai lai cerita apa pun, tak dak masa dia orang nak ambik pusin. Betui la tu, mendiamkan diri adalah jalan yang terbaik. Semoga semua mendapat petunjuk agar dapat menjadi yang lebih baik dari sebelum ini.
Monday, 6 August 2012
PROUD TO BE MALAYSIAN (2)
Tak sah kalau tak bercorat-coret di sini di permulaan minggu bekerja ... "Insensitive remarks" ... Itulah yang Sarah dan Richard bualkan dipagi hari (Lite.FM). Ini semua pasal kekalahan ... ermmm bukan kekalahan ... ketidaksampaian Datuk Lee (LCW) mendapat emas di Olimpik 2012 Badminton Final adalah lebih tepat ... Nak buat lagu mana ... pingat emas ada satu je pun ... tak perlu lah keluar perkataan yang mengecilkan hati orang yang berhempas pulas di gelanggang tu dan kaum keluarga dia (gara-gara ada yang berkomen di FB pada statement 'I"m Sorry' LCW ... not really sure how but it goes something like this "thank you, because of you we cannot have free nasi kandar) ... hehe ... memang tak sensitif langsung ... cuba dia yang dok tengah gelanggang ... Well, human ... pandai cakap dari buat ... kan? ... Aku ni tak de la fanatik mana pun bab-bab sukan ... in fact, I didn't watch at all ... I know my heart will not be able to endure the agony of the outcome. Karang habis tapak tangan berpeluh. Tapi eager nak tahu result tetap ada. Any way, congratulations to LCW for being able to walk into the final, and to the others as well , ..... Cheng Chu Sian, Khairul Anuwar Mohamad, Haziq Kamaruddin, Nurul Syafiqah Hashim, Bryan Nickson Lomas, Pandelela Rinong, Yeoh Ken Nee, Cheong Jun Hoong, Huang Qiang, Traisy Vivien Tukiet, Wendy Ng Yan Yee, Leong Mun Yee, Heidi Gan, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong, Chan Peng Soon/ Liu Ying, Tee Jing Yee, Vivian Kah/Woon Khe Wei, Mohd Azizulhasni Awang, Fatehah Mustapha, Adiq Hussainie Othman, Amir Mustafa Rusli, Nur Suryani Muhd Taibi, Khairul Nizam Mohd Affendy & Yu Peng Kean ... all of you have made Malaysian proud when you walked into the London Olympic Stadium since the first second of the opening ceremony started ... teringat lagi masa ramai-ramai tengok atlit-atlit berarak ... tak sabar nak dengar nama Malaysia being announced ... bangga rasa bila tengok dia orang masuk ... bendera kita berkibar di tanah orang ... kan dah cukup best tu ... Semua pun ada semangat nak menang ... nak sangat pingat emas tu .... namun adat perlawanan ... ada kalah dan menang ... kita sebagai penyokong harus faham dan be supportive ... if you can't say anything good, than it is better for you to just sit and keep your mouth shut ... kan???
Thursday, 2 August 2012
SEDIA BERKHIDMAT
Hari ni saya kena pi Melaka ... tetibe ler pulak ... Awi kena cikenpox ... saya la yang kena ganti ... apa-apa pun saya sedia berkhidmat demi syarikat. Insya Allah. Perjalanan bermula pada pukul 10 pagi.
Saya bawak tak laju, sebab dah letih bayar saman. Slow-slow pun, bagai tak terasa masa berlalu, tau-tau dah pun menghampiri sempadan Melaka.
Haaa ... tu ... 15Km je lagi. Cuaca pun redup je ... memang bersantai sungguh.
Kereta pun tak banyak ... tapi saya sangat ngantuk-ngantuk semasa memandu ... sangat susah hati takut-takut saya terlelap ... biarpun sesaat, tapi saya tak nak menanggung akibat. Gagah punya gagah, saya sudah menghampiri tol.
Ye, terima kasih ... selamat saya datang ni....
Masa ni saya tersesat. Dengan sesuka hati saya membelok masuk ke arah MTIC dan perasaan saya kuat mengatakan ini bukan jalannya. Saya terpaksa membuat pusingan di bulatan yang sangat besarrrrrrrrr ... ada Planeterium di tengah-tengah.
Sebenarnya di taman depan itulah yang saya perlu berada. Lalu saya pun dengan pantas memandu ke arah itu.
Haa .... sampai sudah akhirnya ... Seseorang menyuruh saya membawa kereta saya masuk ke dalam untuk unload test equipment yang saya bawa. Saya pun apa lagi, dengan girang sekali mengikut arahan. Setelah mereka membawa alatan ke dalam, saya pun memakir kereta saya di satu ruangan yang tersedia kosong. Kemudian saya memasuki bangunan dan apabila saya buka sahaja saya terbau satu bauan seperti di hospital. Ewweee ... kenangan berumah di hospital menggamit deras.
Saya tengok mereka mengisi cecair ke dalam satu balang kecil dan meletakkan ke dalam alatan yang saya bawa. Alatan tu namanya Megger Oil Tester. Diperbaiki oleh juruteknik syarikat saya bekerja. Saya yang sentiasa gatai mulut nak bertanya mengajukan soalan. "Apa tu?" bermaksud menanyakan apakah cecair tersebut. Salah seorang dari mereka mengatakan minyak. Saya tanya lagi, "untuk apa?". Dia jawab untuk transformer. Saya pun apa lagi, terbayang Transformers yang di wayang tu dok minum cecair ni. Hehe, mengong. Rupanya nak sukat kadar kepekatan dan kelembapan minyak sebelum digunakan oleh transformer di pencawang-pencawang elektrik. Agaknya la kut. Faham sikit-sikit je saya ni. Elok je alatan tu berfungsi dah ... alhamdulillah ... tak sesia saya bawak.
Setelah selesai tugasan, saya pun terus beredar untuk pulang. Tak sabar rasanya.
Ye, sama-sama. Ada masa saya datang lagi.
Dalam pukul 1.45 petang saya sampai tol Elite.
Sudah hampir memasuki Subang Jaya. Mata dah tak larat nak bukak sungguh ketika ini. Terus ke Kolej ambil Cik Pora yang dah habis kelas.
Senang hati dapat berkhidmat, selamat pun saya sampai rumah ... Tiba-tiba saya teringatkan sesuatu ... saya terlupa beli belacan Melaka ... haisssshh ...
Subscribe to:
Posts (Atom)






