Thursday, 6 December 2012

SIAPA YANG LAYAK????

Semalam Boss talipon, lewat petang jugak.  Dia pesan suruh aku bukak semua application bagi post Electronic Engineer dan Technician, panggil semua pemohon yang meminta bawah RM2000.00.

Dengan penuh dedikasi aku pun bukak la satu-satu ... memang dah dekat sebulan email aku penuh dengan email dari pemohon-pemohon ni.  Ada yang baru habis belajar, ada yang dah bekerja.  Lelaki perempuan semua ada.

Bila aku tengok pemohon ni semua aku senyum sorang-sorang.  Aku senyum sebab aku terbayang impian mereka-mereka ini semua sebelum ke menara gading.  Bila dapat surat mengatakan berjaya mendapat tempat di Uni itu, Uni ini ... memang satu rumah kembang perasaan ... mak pak la terutamanya, dan apatah lagi kalau anak sulung dan juga cucu sulung, tok, wan, opah, onyang, mak sedara, pak sedara semua tumpang bangga ... hehe.   Bila jejak kaki je di semester pertama, semua bertekad nak masuk senarai Dekan.  Tersenyum lagi aku memikirkan ... berlambak yang aku tengok pemohon-pemohon ni dalam senarai tersebut.  Tapi bila panggil interview mesti semua gagap.  Mintak gaji nuuuuun melambung tinggi, padahal baru je tamat belajar.  Ada dua orang perempuan lulusan Uni ternama, ambil Mechatronic, dok keje Mydin ni ha jadi cashier.  Result 3 point ke atas.  Aku tak rasa pun nak panggil sebab memang tak kena dengan jawatan yang kosong.  Tapi dalam hati ada rasa kesian sebab anak aku pun sedang melanjutkan pelajaran di bidang kejuruteraan juga.  Memang tak akan aku beri dia ambil mechatronic.  Tapi dia dah bagitahu yang dia nak mengajar je.  Hmmm, ok la kut macam tu.

Result yang bagus sebenarnya tak menjamin sebarang pekerjaan melainkan sekiranya ingin menjadi tenaga pengajar.  Syarikat lebih mementingkan bagaimana kreatifnya anda nanti.  Tapi kalau result baguih, bila tanya gagap-gagap, litar yang budak darjah 6 buat pun hang tak ingat, janganla ada hati nak mintak gaji lebih 2000 ringgit. Kannnn?

Memang bertimbun permohonan dan semua lulusan tinggi ... tapi sangat sedih bila tiada yang layak kerana mereka setakat belajar ... tapi tak tahu apa yang dipelajari.

Usah dikejar sangat keputusan tinggi melangit, tanamkan minat ingin tahu yang tinggi, dengan sendirinya apa yang kita belajar melekat diminda dan dibawa kemana-mana saaaaampai bila-bila.  Itulah caranya menuntut ilmu.  Anak aku sekarang tengah cuti semester, tapi dia sedang menjadi tenaga pengajar di Masjid untuk khemah ibadah selama enam minggu (dari Isnin hingga Khamis) ... tenaga pengajar yang lain terkejut bila tahu jurusan yang dia sedang ambil, sangat menyimpang kata mereka.  Dia balas, tuntut ilmu tak kira masa dan tajuknya.  Tanamkan  keikhlasan semua jalan.  Patutnya Khamis dia balik, tapi dia mintak ambil hari Jumaat  sebab ada kelas kursus pengendalian jenazah.  Kalau dihitung buku-buku yang dia ada memang heran aku fikirkan but of course sangat suka sebab dia tak betah tak mencari ilmu.

Bila bab mintak gaji ni lagi sekali aku tersenyum ... Selasa yang lalu Boss suruh panggil semula salah seorang pemohon yang telah kami panggil dua minggu yang lalu.  Maths untuk SPM A1 ... memang bijak lah tu kut.  Gaji yang dipohon RM 1900.00 ... bila aku call and tanya berapa boleh turun, dia kata kalau boleh sebanyak yang dia mintak tu lah.  Aku bagitahu kalau berminat terima RM1600.00 boleh datang untuk second interview.  Dia fikir-fikir and kata ok.  Esoknya dia datang and tak sampai 10 minit Boss aku tamatkan sesi temuduga.  Hmmmm .... tak tau apa pun Boss aku kata, simple thing yang budak sekolah rendah buat dalam kemahiran hidup pun tak dapat nak bagi penerangan.

Sedihkan bila fikirkan situasi sebegini.  Kita orang di ofis ni tau dah ... segulung ijazah tak dapat nak menjanjikan pemohon itu layak diambil bekerja.  Asyik fikir aku grad U, ada sarjana muda, dah layak sangat nak dapat gaji tinggi ... jangan takut terima gaji rendah dahulu, buktikan kemampuan baru kita talk talk.  Our top Engineer di ofis ni bukan graduan tinggi pun, dia lulusan sijil ILP je asalnya, buat praktikal di ofis ni 9 tahun yang lalu, sambung diploma sekejap lepas tu, masuk balik ofis ni dan terus kekal bekerja.  Alatan elektronik yang dia repair bukan calang-calang, dan pihak tentera memang tak jumpa lagi orang lain selain dia yang dapat memperbaiki alatan mereka setakat ini.  Memang Boss aku tak segan hati nak bayor gaji tinggi kat dia, setahun sampai dua kali naik sebab nak kekalkan dia.

Boleh berbangga dengan ijazah, tetapi tanamkan minat yang tinggi di dalam setiap pelajaran yang diambil, baru berbaloi.  Tulang empat kerat dan minda tu kalau tak nak digerakkan lebih dari biasa memang la orang akan layan anda biasa-biasa je ... susah nak jadi lebih.

Kepeningan aku membaca satu persatu permohonan .... Siapalah yang layak ni??????    

Thursday, 20 September 2012

BILA THINKING THINKING, THINK TWICE ... at least

Bila dapat terluang masa borak-borak lama sikit barulah dapat dengar dengan jelas lontaran-lontaran pandangan yang lewa. Apa maksud lewa itu? Maksudnya perlakuan tanpa diiringi akal. Lawan lewa ialah takut. Mata kita memandang, otak merumus, akal menilai. Tapi manusia kebanyakannya memandang dan merumus sahaja membuta tuli tanpa membenarkan akal mendominasi minda. Ada yang ikut hati. Apa kata hati itulah yang diluahkan oleh bibir.

Pedih telinga mendengar soalan keramat yang dilontarkan. Namun tidak mengapa. Mungkin ada salah dan silap diri sendiri sehingga yang hanya berlegar di luar jendela enak berjual beli kata tanpa endah. Sungguhpun pedih, tetap dicuba jauhkan segala kemarahan agar diri sendiri tidak melatah sia-sia. Pintu dibuka luas agar diri tiada salah pengertian.

Selagi waras, pastikan setiap perbuatan atau tutur kata dinilai oleh akal sebelum direalisasikan. Buang jauh prasangka buruk dan seringlah kita salutkan pakaian minda yang indah-indah buat saudara kita. Biarlah amalan kita yang kita sentiasa harapkan keberkatan Allah SWT terus menerima keberkatan berlipatganda dengan sentiasa mendoakan kejayaan rakan-rakan, bukan dengan mempersenda dan merendah-rendahkan mereka.

Usahlah masa mu dibazirkan dengan perkara-perkara yang tidak membuatkan dapur mu berasap. Sekiranya anda ketua keluarga, langkah lah seawal pagi sebelum matahari menampakkan wajah, dengan niat mencari rezeki demi merubah nasib anak-isteri serta diri-sendiri. Usai sudah tugas yang diamanahkan, langkah pulang dengan senyum puas dan jadilah kamu imam kepada isteri dan anak-anak kamu. Insya Allah, tertutup hatimu bagi melakukan perkara-perkara yang memudharatkan.

Di zaman teknologi yang terlalu canggih dan pantas ini, usah terlalu gemar berstatus tanpa memikirkan impak kepada masyarakat sekeliling, sedangkan istana kecil kita pun belum tentu bergemerlapan dengan cahaya iman yang indah. Selalulah menganggap diri kita terlalu kerdil agar kita tidak lalai berdoa dan mendoakan. Tidak akan Allah SWT ubah nasib seseorang itu selagi dia tidak merubah nasibnya sendiri.

Jadilah kita manusia yang takut, bukan yang lewa.  Takut akan membuatkan kita awas dan sentiasa ingin memperbetulkan hijab qalbu.  Wallahu a'lam bish-shawabi.

Sunday, 16 September 2012

DRAMA MELAYU

Semenjak dua menjak ni jarang sangat aku dapat peluang menonton TV.  Mana taknya, si kenet aku conquer tengok cartoon.  Ada buku nak di baca tak lah aku kisahkan sangat.  Kalau Haifa sibuk dengan mainan barulah ada peluang.  Pusing-pusing channel terjumpa aku slot drama Melayu bersiri. Tengok tengah- tengah jalan cerita mana la nak tau ujung pangkal. Tapi gagah jugaklah menghayati.  Hal 2 puak bertelagah.  Puak A ramai.  Puak B cuma seorang.  Sekali pandang tak tahu la siapa yang betul.  Bila dah lama tu faham lah aku duduk benar nya cerita.  Bila dah banyak sejarah satu persatu orang lari dari menjadi kawan, maka tahulah penonton memihak.  Kelakar je aku rasa drama ni.  Masing2 guna ayat sama je, Allah akan tunjukkan kebenaran.  Ha, betullah tu.  Satu persatu ditunjukkan.  Kalau aku jadi si B, aku diamkan je.  Cakap banyak2 pun tak guna.  Otak kalau dah taksub memang hilang habis rasa malu.  Semua buruk orang nak ditayangkan.  Last-last buruk sendiri jugak yang terdedah.  Walau itu satu drama tapi memang itulah hakikat kehidupan.  Kalau kita rasa terainaya dengan perbuatan orang, sebaiknya kita diamkan saje.  Masa pasti akan membuktikan keburukan sebenar orang itu.  Dalam hidup pun kita tak perlu ramai kawan.  Cukuplah dua tiga orang yang fahami diri kita dan terima kita seadanya. Ramai yang akan buat bermacam-macam nak tengok kita jatuh.  Mereka tidak langsung akan rasa bersalah bercerita hal yang tidak benar demi kepentingan sendiri.  Dunia ni luas, tapi luas mana sekalipun, akan ada suatu ketika kita rasa kecik je.

Saturday, 15 September 2012

DIA SEGALANYA

Baru tadi aku selesai membaca novel DIA SEGALANYA.  Semenjak habis belajar ni, tak putus-putus aku membeli novel-novel Melayu.  Kebanyakkannya lebih kepada yang ada bait-bait lucu dan seluruh penceritaan ceria dan bagus dijadikan panduan.  

Dulu-dulu aku suka jugak membaca novel, tetapi kebanyakannya novel Inggeris.  Sesekali aku akan membaca novel Melayu.

DIA SEGALANYA ni tebal betul.  1112 muka surat.  Aku mula membaca sewaktu di dalam penerbangan minggu lepas.  Ceritanya mengenai tentang perasaan seorang lelaki yang sangat-sangat mencintai adik bongsunya yang merupakan anak angkat kepada keluarga dia.  Kerana takut cintanya bertepuk sebelah tangan dan ditentang oleh keluarga, terutama Papanya, macam-macam dia lakukan agar dia dapat membendung perasaan agar tidak jelas di mata semua.  Rahsia dia hanya diketahui oleh Atuk dia dan kawan karibnya.

Dia sanggup belajar sampai ke UK semata-mata nak hilangkan perasaan itu.  Tapi dia kalah.  Sekembali ke tanahair perasaan itu makin mekar.  Dia sudah tidak boleh berenggang dengan adiknya.  Dalam masa yang sama, di hati adiknya itu turut berputik rasa cinta.  Tetapi masing-masing tidak mengetahui apa yang ada dalam hati orang yang mereka cintai itu.  Sesuatu terjadi yang membongkarkan rasa hati tetapi agak kelewatan kerana si adik mengidap leukimia pula.  Si adik tidak mahu si abang angkatnya berharap lalu pergi dengan keadaan dah macam nyawa-nyawa ikan.  Bila keadaan dah terdesak, si adik terpaksa juga bercerita kepada seluruh keluarga dan rumah sakit dah jadi rumah ke dua tempat berhimpunnya semua keluarga.  Si abang dah tak boleh tahan lalu luahkan semuanya kepada keluarga.  Sebijik penumbuk hinggap di pipi.  Abang sulung bagi hadiah.  Tapi dia tak putus ada dan dia rayu dan rayu Papanya supaya mengizinkan dia menikahi adik angkatnya itu.  Last-last, biasa lah kan, si Papa berlembut hati setelah dipujuk Mama.  Mama bagitahu pada Papa, dia boleh saja realisasikan permintaan anak teruna dan anak angkatnya itu, tetapi dia tak mahu menjadi isteri yang derhaka.  Tambah dia lagi, anak angkat tetap bukan muhrim dan tidak akan mungkin halal sentuhan walaupun di hati dah macam darah daging sendiri.  Biarlah anak angkat itu menjadi menantu di dalam keluarga mereka.  Menantu dah sememangnya akan menjadi anak mereka dan tidak akan ada jurang lagi.   Dengan ayat itu hati Papa berlembut dan mereka segera dinikahkan.

Yang jadi masalahnya si anak angkat tu dah asyik tak sedarkan diri sebab keadaan dah makin serius.  Tak de sapa pun boleh derma sum-sum tulang.  Semua pun apalagi, panik tak terkata.  Yang si abang merangkap suami tadi macam dah hilang segala harapan.  Di suatu malam, setelah seminggu isterinya tidak sedarkan diri, kena bantu dengan alat pernafasan, dia berteleku di sejadah dan berdoa di dalam bilik di mana isterinya di letakkan, air mata pun dah tak ada langsung masa tu, sambil berkata, dia rela sekiranya sampai di situ sahajalah kisah mereka, biarlah isterinya bebas dari seksaan.  Usai dia berdoa dia terus berbaring di sisi isterinya.  Keesokan harinya isteri dia sedar dan berita gembira juga sampai ke pengetahuan mereka, salah seorang rakan mereka dapat menderma sum-sum tulang.

Si penderma ni sebenarnya seorang gadis China yang sama-sama belajar di UK.  Gadis ni masa di UK dah lali dengan sifat si lelaki ni suka mabuk dan berpoya-poya di club tempat dia buat part time.  Lelaki itu selalu membela dia bila dia sering menerima usikan dari lelaki-lelaki miang di club tempat dia bekerja.  Lelaki itu juga ada bercerita tentang sebab dia melakukan semua itu (nak hilangkan perasaan cinta pada adik angkatnya itu) Sekembali di KL dia bertemu kembali dengan si lelaki tersebut dan teruja dengan kecenderungan lelaki itu mahu kembali ke jalan Allah (sebelum ni sedikit sebanyak adik angkatnya dah ajar segala ayat-ayat di dalam solat yang dia dah tinggalkan, sampai merah padam tapak tangan kena rotan sebab sebutan tak betul).  Dalam diam gadis China itu turut tertarik dan bertukar ke agama Islam.

Ujung-ujung nya faham-faham je lah kan ... they live happily ever after.  Hehe.

Sebenarnya, cerita-cerita fiksyen memang dah boleh diagak jalan cerita, tetapi penulis sangat pandai menerbitkan situasi-situasi yang diluar jangkaan.  Itu yang membuatkan aku ralit membaca sehigga selesai, walaupun tercuri-curi masa memandangkan di siang hari aku terikat dengan hal-ehwal pejabat.
Inilah bukunya, tebalkan?  2 tahun si penulis ambil masa nak siapkan.  Namun aku rasa, ketebalan mukasurat boleh dinipiskan kerana banyak situasi yang berulang-ulang dan tidak penting.  Tapi tebal-tebal macam ni ada baguih jugak.  Aku nak tinggalkan di pejabat.  Bila ada yang susah sangat nak gerak bila suruh, aku lemparkan aje ke muka biar hilang biul.

         

PERTANYAAN

Sebelum aku terbang ke Australia aku terima satu SMS.  SMS tu berbentuk pertanyaan.  Terkedu sungguh aku dengan pertanyaan itu.  Kepala yang tak gatal aku garu-garukan.  Pening juga memikirkan.  Kelakar pun ada juga.

SMS itu datangnya dari Sarah, anak sulungku.  Dia tanya samada dia boleh menikah tak kalau masih lagi belajar.  Macam mana ni???  Dengan siapa???  Setahu aku dia tiada berkawan dengan mana-mana lelaki secara serius.  Sememangnya anak-anak aku sangat arif tentang pandangan aku yang tidak langsung gemar mereka menjebakkan diri ke alam percintaan selagi masih belajar.  Bukan lah aku ni strict sangat sampai berkawan pun tidak boleh.  Tambahan mereka bersekolah di sekolah campur.  Rasa minat-meminati tu lumrah lah kan.  Tapi aku selalu pesan.  Biarlah berkawan secara berkumpulan.  Dahulukan pelajaran.  Belum lagilah sehingga ke saat ini, kedua-dua anak dara aku yang berusia 19 dan 18 tahun keluar berdating-dating.  Safura, anak yang ke dua tu, langsung dah jadi anti-sosial, jadual dia seharian kolej-rumah-buku.  Ada lah jugak bagus nya macam tu.  Dia tahu dia kurang dari segi IQ berbanding Sarah.  Dia perlu up kan dirinya agar apa yang diinginkan menjadi kenyataan.

Berbalik kepada Sarah dan pertanyaannya.  Aku rasa aku tidak ada jawapan lagi untuk itu tetapi aku cuba selami apa yang ada di hati dia.  Of course soalan pertama aku, "dengan siapa?".  Dia kata secara umum je, bukan ada specific guy pun.  Dia cuma meminta pandangan sekiranya dia berkenan dengan sesiapa dan terus menikah tanpa bercinta.  Maksudnya perkenalan yang diaturkan oleh Ustazah-ustazah yang dia rapat.  Aduiii, lagi la aku pening.  Kalau diikutkan hati memang aku tidak sanggup lagi nak kongsi anak aku dengan orang lain.  Biarlah dia orang duduk bawah ketiak aku sampai ke tua.  Aku takut kalau-kalau hati mereka dilukai.  Hidup berumahtangga ni bukan perkara kecil dan boleh mencapai keputusan di dalam masa yang singkat.  "Dah solat istikharah?"  aku bertanya.  Dia kata dah dan tak berapa jelas pulak aku tentang petunjuk yang dia explained.  Ish, kalut aih.  Sarah ni memang berpegang kuat kepada memohon doa dan bersolat sunat.  Masa dia di sekolah menengah dulu, nak berlumba lari sewaktu di hari sukan sekolah pun dia solat hajat.

Tadi masa aku hantar dia ke spa untuk facial, fikiran aku berlegar semula tentang pertanyaan dia tempoh hari tu.  Namun aku diamkan saja.  Dari mula pertanyaan itu dilontarkan sehinggalah ke hari ini, aku tak putus-putus berdoa agar apa pun yang dia lalui dan bakal tempuhi, biarlah segalanya yang terbaik untuk dirinya dan agamanya.  Tapi ada lagi satu soalan yang dia tanya tadi sebelum sampai ke destinasi.  Dia tanya boleh tak dia buat double Master nanti.  Haaa ... yang tu aku happy je mendengarkan dan memberikan persetujuan yang tidak berbelah-bahagi.  Sekurang-kurangnya aku tahu dia sangat mementingkan pembelajaran.

SMS dia aku akhiri dengan mengatakan kalau dah jodoh Insya Allah tidak akan ke mana.  "thanks Ma.  Nice advise" dia membalas.

Hmmmm ... biarlah yang terbaik dan di pihakku hanya doa sahajalah yang dapat aku iringi.  

  

Wednesday, 22 August 2012

MAAFKAN SAJE ... TAK RUGI APA-APA



Waaah ... dah raya ke lima ye???? Baru masuk ofis arini ... cuti tak boleh extra-extra Boss kata ... semua orang dibekukan cuti ... sebab nak pindah ofis ... dan hari ni ada makan-makan jugak ....


Aku bawak mee hoon goreng, kuih raya beli di Giant semalam 2 bekas dan dua botol air 100 plus (siap ada gambaq Khairul Fahmi lagi)


Bila raya, biasalah kan, terkenang cerita-cerita lama.  Aku boleh teringat pulak hal-hal remeh orang-orang di internet.  Macam-macam pengalaman yang mengerikan dan memualkan aku tempuhi sedikit masa lalu ... Haha ... part ni paling geli bila otak aku berfikir.  Otak kita ni mahaaaaai, jangan dicemarkan oleh benda-benda yang tak membina ... Allah SWT pun marah.  Kalau kita buat tak tau, tak kan jadi kudis dalam hati kelak.

Luaran kalau dilihat, aku ni memang 100 peratus senyum sokmo.  Hati aku macam mana ye??? Sama je macam manusia lain, ada sakit, ada sedih, ada suka dan ada duka.  Tetapi aku tak suka simpan kenangan.  Seandainya tercalar sesuatu situasi, maka segala perkara yang bersangkut aku kutip-kutip, masuk dalam tong sampah dan aku bakar.  Senang macam tu.  Refresh, reboot, rewrite ... but NO rerun.  Nak maafkan aku tak rasa orang buat salah pada aku.  Nak mintak maaf lagila tak kut, sebab aku tak buat salah.  Tapi aku pukul rata, kira kosong-kosong lah.  Mungkin kita rasa kita sangat tertekan, tetapi ada lagi yang lebih teruk tekanan yang diterima.  Doa selalu agar kita sentiasa di kalangan orang-orang yang menang di dalam mengawal emosi dan perbuatan.  Buruk ghopenye kalau udah tua tapi perangei gaye bebudok pra-sekolah. 

Jiwa yang tenang dek kerana fikiran yang tenang juga.  Masalah hidup tak kan luput.  Tak hal adik-beradik, hal anak-anak yang timbul.  Macam-macam perkara lain pun boleh terbit.  Apa yang nak timbul pun bukan kita tau kadang-kadang tu.  Seeloknya kita belajar ketawa di dalam menangani masalah ... kalau datang lagi ulang-ulang perkara yang memualkan itu ... just take a deep breath ... exhale ... smile and walk away.



Tuesday, 14 August 2012

LOYALTY AT WORK: are you having it?

Pepagi tadi, masa dok bawak Cik Pora pergi kolej and on the way pi kerja, Sarah & Richard bukak topic pasal kesetiaan kepada majikan, dan kalau tiadanya kesetiaan itu (maksudnya suka lompat-lompat kerja) siapakah yang patut dipersalahkan, pekerja itu sendiri atau majikan?  Ramai la yang talipon cerita pengalaman masing-masing.  Ada yang punya lah setia sehingga 20 tahun tapi yang dok naik pegang jawatan baguih-baguih, semuanya muka-muka baru.  Bila dia tanya kenapa dia tak dak promotion macam mula-mula janji, bermacam-macam alasan depa bagi.  Dia lagi 5 tahun nak pencen dah, tak kan la dia nak pi cari kerja lain.  Aaaaa ... saya pernah jugak lah hadapi situasi sebegini, tapi tak la saya tunggu sampai makan tahun.  Masa tu boss besaq dari Singapore datang (syarikat milik bukan Melayu, tapi operasi 90 peratus di dominasikan oleh bangsa Melayu).  Bila dia ada memang mesyuarat dah tentu ada.  Dah ujung-ujung mesyuarat tu dia pun tanya la,  "anything that you all would like to discuss?" ... saya masa tu macam ada berani-berani sikit dan gatai-gatai mulut sikit pun menyuarakan tentang kadar kenaikan gaji yang tidak begitu memberansangkan.  Agaknya dia ni memang dah set dia punya mind, kalau pekerja ajukan hal-hal macam ni kena buat muka sardin dan dengan penuh sardin dimuka jugak dia habaq, "well, if you think that the company is not paying you up to your expectation but you've given your best, the door is always open."  Waaaaah, sampai ati dia habaq lagu tu.  Saya ni jenis memberontak jugak la kiranya, cuba nak setia, tapi disebabkan dah bagai dihiris qalbu ni, tak lama lepaih tu saya resign.  Tak mati nye kalau saya tak setia kat situ, berlambak lagi kerja kat luaq sana saya boleh dapat (konon la).  Perangai saya yang suka memberontak itu membuatkan saya termasuk di dalam kategori suka lompat-lompat kerja.  10 tahun pertama tu abih lama pun 2 tahun je la saya boleh bertahan.  

Flashback sat masa mula-mula menceburi alam bermajikan ni pada 16 Ogos 1989.  Hey, today genaplah 23 tahun dah saya makan gaji.  Sedaq tak sedaq, dah lama tu masa berlalu.  Tepat 12.00 am 16hb tu, arwah abah hantaq pi stesen keretapi Taiping, naik mel malam dengan tiket harga RM 10.00 (aircond pakai udara original dari luaq).   Petang 15hb tu, time saya tengah mengajaq tusyen budak-budak sekolah rendah area rumah saya, mak saya laung habaq ada call.  Bergegaih saya pi jawab.  Rupanya kawan ITM saya si Pisah, dari Subang Jaya, dok cari orang ganti dia sebab dia dah dapat kerja di tempat lain.  Gaji RM450.00 sebulan.  Huisssh, besaq dah rasa gaji banyak tu.  Saya teruih kata setuju nak jadi pengganti.  Kembang kuncup hati ni Tuhan saja yang tau,  akhirnya saya bakal mendapat pekerjaan.  Subuh sepie' 16hb tu saya dah tercongok di bus stand Klang (KL) dok cari bas nombor 252A.  Nampak ja bas tu saya teruih naik.  Pisah kata bila nampak Subang Parade je tekan loceng.  Paih tu turun and call dia.  Tunggu je kat situ sampai dia datang.  Time tu bukannya ada hand phone.  Kena cari public phone nak buat call.  Saya sampai Subang Parade dalam pukul 7.30 rasanya.  Macam boleh lintaih pi lintaih mai lenggang kangkung la punya lengang jalan.  La ni jagan harap la boleh buat lagu tu, mau berbakui kena maki kut, nasib tak baik dok hospital pulak kut.

Pendekkan cerita, dia mai bawak saya pi rumah sewaan dia.  Jalan kaki ja pun sebab dekat.  Aku pakai sepasang kurung moden biru masa tu dan bertudung putih dan dengan ayat tu jugak lah saya teruih pi interview.  Tokey syarikat tu berkenan nak ambik saya, dia orang Taiwan tetapi berkahwin dengan lelaki Melayu.  Shikit-shikit speak Malay kata dia.  Jap, saya nak tunjuk lokasi tempat saya kerja dulu ni, betui-betui depan Taylor's College.

                                          Dah jadi hotel bajet le pulak.

Dah 2 bulan kerja boss paling besaq datang dari Silicon Valley, San Francisco.  Dia confirm kan position aku dan yang paling best dia offer pergi menjalani latihan di kilang dia di US nun untuk beberapa bulan.  Waaah, bermalam-malam la saya tidor sengeh.  Husband boss bawak pi ambik visa, dapat Multiple Entry pulak tu.  Tapi sayang seribu kali sayang, belum sempat saya pergi, saya dah ciao dari situ sebab saya naik menyampah dengan boss saya.  Hehe ... besa lah saya ni ... cepat melentin.  6 bulan je saya di situ tetapi visa nya saya masih ada sampai la ni.  Orang Imigresen kata, kalau pi US kepilkan passport saya yang ada chop visa tu dengan passport baru saya.  US jauh sangat la, tak terpikiaq lagi.

Lepaih tu saya kerja satu company area Subang Jaya jugak untuk selama 2 tahun.  Saya berhenti dari yang ni sebab saya nak gaji lebih.  Berhenti situ saya pi kerja dengan syarikat yang saya sebut awai-awai tadi.  Situ pun 2 tahun sebab tak setuju angin dengan management.  Dah berhenti situ saya kerja dengan syarikat lain tapi tahan 6 bulan saja sebab ada satu syarikat besaq offer saya kerja.  Tak kan nak tolak kan???  Di tempat baru saya kerja 2 tahun jugak.  Saya berhenti sebab saya tak setuju dengan keciputan kenaikan gaji yang saya terima.  Kemudian saya kerja di beberapa buah syarikat lagi tapi semuanya sekejap-sekejap.  Di tahun 2000 saya kerja dengan satu syarikat yang mulanya kecik tapi lepaih tu jadi besaq.  Saya rasa fedap dengan red tape segala ditambah dengan bermacam ragam perangai.  Ada up sikit la, tahan empat tahun. 

Sedari 1990 hingga 2003, saya bekerja dengan syarikat bukan bumiputera dan semenjak 1993 saya dah nekad yang satu hari saya akan gunakan semua yang saya belajaq untuk memajukan syarikat kaum saya sendiri.  Hanya di penguhujung tahun 2003 keinginan saya terlaksana dan saya masih berterusan bekerja sehingga ke hari ini.  Yang paling lama saya dapat bertahan.  

Setelah saya kaji dan teliti, saya rasa ketidaksetiaan itu lahir disebabkan oleh kedua-dua pihak, majikan dan pekerja, bergantung pada situasi.  Ada jugak majikan bersifat memilih dan membuatkan pekerja rasa tertekan.  Sifat pekerja itu sendiri juga memainkan peranan.  Sekiranya mereka terdiri dari golongan yang sangat sensitif dan emosional, ada kebarangkalian keputusan yang diambil mungkin agak terburu-buru.  Ketidakpekaan majikan atas kehendak dan keperluan pekerja juga menyumbang kepada ketidaksetiaan. Ketiadaan kepuasan bekerja juga mendorong pekerja bersikap memilih jalan keluar.  Wang ada kalanya menjadi nombor dua berbanding dengan kepuasan bekerja.  

Persoalannya, berapa lamakah harus seseorang pekerja itu membenarkan masa berlalu sebelum dia mengambil keputusan untuk bertukar suasana kerja, sekiranya merasakan bahawa dia ditindas?  Setahun? Dua tahun?  Sepuluh tahun?  Atau 20 tahun macam pemanggil di radio pagi tadi?  20 tahun tu satu tempoh yang sangat lama, part of your life mungkin dah gone dead, wakes up in the morning, goes to work, drives back, eat and sleep.  Round and round it goes and definitely there's no job satisfaction being achieved.

In the current company I am working with (tengok, tak sempat nak komplen ni, Boss macam tau-tau je, dia kata Astro tawar syer, suruh key in detail ... hmmmm) ... jap ye ... Siap dah register.  Tinggal dia nak sain aje.  ... Where was I ... ermmmm .... on yeah, about to story the current company I am working with.  Semua pun Melayu sini.  Dulu ada projek luar ramai jugak lah staff ... sekarang in house saja staff tak ramai sebab tiada keperluan.  Dulu-dulu pernah employ ramai jugak untuk in house repairing, tapi masing-masing buat syarikat ni macam hak milik sendiri untuk hal-hal yang lebih ke arah peribadi, Boss pun tidaklah suka, tugas saya lah untuk memberi surat berhenti kepada mereka.  Kadang-kadang saya cuba la jugak suruh Boss being a bit soft and consider lah sikit.  Tapi kalau hitam kata dia, hitam lah jawabnya.  Ramai dah yang saya lihat tidak memiliki ciri-ciri yang diperlukan syarikat.  Tidak memahami hati dan perasaan majikan.  Terlalu berkira.  Kalau syarikat ada beratus-ratus pekerja, mungkin tidak luak produktiviti kalau ada segelintir yang bersikap kurang daya saing.  Tetapi bagi syarikat kecil, sudah tentunya setiap pekerja sangat-sangat penting dan perlu memiliki kreativiti serta pro-aktif.

Ada kemungkinan perubahan zaman memerlukan majikan merubah cara pengurusan.  Lebih memikirkan cara 'memikat' pekerja dengan insentif-insentif yang sangat berguna serta sukar untuk dicari di mana-mana syarikat lain.  Penekanan tentang impak pengenduran di dalam aktiviti pengeluaran boleh menjadikan pekerja rasa penting dan akan berusaha memberikan yang terbaik.  Imbuhan secara berkongsi untung juga akan menyuntik semangat untuk meningkatkan produktiviti.

Namun segala yang ingin disampaikan atau dilaksanakan oleh syarikat adakalanya sukar nak direalisasikan kerana kalau dah hampeh tu, hampeh jugak le hasilnya.   

Friday, 10 August 2012

RAYA OOO RAYA

Sekarang ni aku membekukan diri dari meng'on'kan FB.  Puncanya adalah kerana wall dah penuh dengan updates kawan-kawan tentang persiapan raya.  Rata-rata dah berbalang kuih.  Rancak betui.  Aku jugak ketinggalan.  Yang siap sulaman manik baju mak aku je.  Tu pun tak dapat buat laju sangat.  Start menjahit pukul 10 malam tapi masuk je pukul 11, cucuk jari lebih kerap dari mencucuk kain. 

                                                    Pelan-pelan kayuh ... sampai jua ke muara


Sebenarnya aku order kuih start puasa lagi, satu jenis je aku order, Tart Nenas Mentega Home Made Jam.  Memang tiap tahun aku order dengan Nazmi, salah sorang staff di Golf Boutique.  Dia dengan mak dia menjana pendapatan.  Memang kompem sedap.  Tahun ni aku decided nak OEM kan produk ni.  Hehe.  Order dengan Nazmi 3500 pcs.  Ini pun aku mintak up kan lagi 1000 pcs. 
                                                   
                                                    Satu bekas ni ada 50 pcs.

                                                    Distribution process
                                                                     
Dah antar sana sini aku terasa macam last-last sebutir pun tak de nanti ni untuk aku sendiri ... hahaha ... buat cekodok pisang je ler di pagi raya ... Oh yaaa ... aku nak buat kuih siput ... lupa pulak.   Feberet aku tu.  Teringat tolong step mom aku (masa tu belum lagi jadi step mom) buat kuih siput.  Ingat-ingat jugak lagi tu biarpun masa tu aku masih di alam persekolahan.



Raya kali ni first time aku meniaga kuih.  Tak la banyak margin nya tapi boleh lah buat lepas kos aku beli kuih untuk diri sendiri pulak.

Masa sekolah dulu banyak betul buat kuih raya.  Antara nama kuih yang mak aku selalu buat, Biskut Korea Barat, Buah-buahan, Nescafe, kacang, kelapa ermmm ... banyak lagi la and kek kukus tidak pernah ketinggalan.  There was this one cake, nama nya kek bunga rampai ... aku tak tau ada tak lagi resepinya ... but I tell you ... sedap giler kek tu ... dia letak kelapa parut dalam tin tu.  Di kaler-kalerkan dulu.  Lepas tu masuk dalam bancuhan kek.  Ada essen rose kut tak silap aku.  Tapi macam mana aku nak buat?  Oven pun aku tak de ni!!!!   Apa aku nak juai nak buat beli oven pulak ni???

Baju raya bebudak dah beli aritu.  Kalau dah ada anak dara besor 3 orang campur si kenet Haifa tu, memang kopak jadinya.  Aku buat jual telekong pulak untuk cover kos baju raya.  Alhamdulillah.  Semuanya bereh.  Tak lah terasa aku berbelanja lebih nanti.

Lagi 9 hari Syawal menjelang ... sedih nyer rasa bila Ramadhan dah makin nak sampai penghujung ... entah jumpa ke tidak lagi ni ...

Tak sabar tunggu Jumaat lagi satu ... mak nak mai ... best ... dah janji nak buat nasi ulam sama-sama untuk puasa last tu nanti ... dah bertahun aku ngidam tapi tak dapat-dapat ...

Hai la raya ... banyak cerita raya ni yang buat aku senyum senget ... ermmm ...


Thursday, 9 August 2012

KEIKHLASAN



                                         Brother Abdul Malik

 
                                         Brother Joshua

Wednesday, 8 August 2012

DRAMA QUEEN

Kadang-kadang orang pompuan ni, ada satu perangai yang membuatkan orang lain muak.  DQ - Drama Queen.  Cukup pandai berdrama.  Dia orang buat orang yang di depan dia orang macam IQ tahap kepala lutut je.  Bila jadi macam tu, yang mengadap tu tak tau samada nak gelak atau nak muntah.  Nak cakap sembarangan pun tak boleh.  Silap faham dah lain pulak cerita yang tersebar.  Jenuh memikir apa yang terbaik, last last diam je la.  Berdiam ni biasanya menguntungkan.  Sesetengah orang dia orang dah set pemikiran cara dia orang sendiri, hang bak mai lai cerita apa pun, tak dak masa dia orang nak ambik pusin.  Betui la tu, mendiamkan diri adalah jalan yang terbaik.  Semoga semua mendapat petunjuk agar dapat menjadi yang lebih baik dari sebelum ini.  






Monday, 6 August 2012

PROUD TO BE MALAYSIAN (2)

Tak sah kalau tak bercorat-coret di sini di permulaan minggu bekerja ... "Insensitive remarks" ... Itulah yang Sarah dan Richard bualkan dipagi hari (Lite.FM).  Ini semua pasal kekalahan ... ermmm bukan kekalahan ... ketidaksampaian Datuk Lee (LCW) mendapat emas di Olimpik 2012 Badminton Final adalah lebih tepat ... Nak buat lagu mana ... pingat emas ada satu je pun ... tak perlu lah keluar perkataan yang mengecilkan hati orang yang berhempas pulas  di gelanggang tu dan kaum keluarga dia (gara-gara ada yang berkomen di FB pada statement 'I"m Sorry'  LCW ... not really sure how but it goes something like this "thank you, because of you we cannot have free nasi kandar) ... hehe ... memang tak sensitif langsung ... cuba dia yang dok tengah gelanggang ... Well, human ... pandai cakap dari buat ... kan? ... Aku ni tak de la fanatik mana pun bab-bab sukan ... in fact, I didn't watch at all ... I know my heart will not be able to endure the agony of the outcome.  Karang habis tapak tangan berpeluh.  Tapi eager nak tahu result tetap ada.  Any way, congratulations to LCW for being able to walk into the final, and to the others as well , ..... Cheng Chu Sian, Khairul Anuwar Mohamad, Haziq Kamaruddin, Nurul Syafiqah Hashim, Bryan Nickson Lomas, Pandelela Rinong, Yeoh Ken Nee, Cheong Jun Hoong, Huang Qiang, Traisy Vivien Tukiet, Wendy Ng Yan Yee, Leong Mun Yee, Heidi Gan, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong, Chan Peng Soon/ Liu Ying, Tee Jing Yee, Vivian Kah/Woon Khe Wei, Mohd Azizulhasni Awang, Fatehah Mustapha, Adiq Hussainie Othman, Amir Mustafa Rusli, Nur Suryani Muhd Taibi, Khairul Nizam Mohd Affendy & Yu Peng Kean ... all of you have made Malaysian proud when you walked into the London Olympic Stadium since the first second of the opening ceremony started ... teringat lagi masa ramai-ramai tengok atlit-atlit berarak ... tak sabar nak dengar nama Malaysia being announced ... bangga rasa bila tengok dia orang masuk ... bendera kita berkibar di tanah orang ... kan dah cukup best tu ... Semua pun ada semangat nak menang ... nak sangat pingat emas tu .... namun adat perlawanan ... ada kalah dan menang ... kita sebagai penyokong harus faham dan be supportive ... if you can't say anything good, than it is better for you to just sit and keep your mouth shut ... kan???


Thursday, 2 August 2012

SEDIA BERKHIDMAT






 Hari ni saya kena pi Melaka ... tetibe ler pulak ... Awi kena cikenpox ... saya la yang kena ganti ... apa-apa pun saya sedia berkhidmat demi syarikat.  Insya Allah.  Perjalanan bermula pada pukul 10 pagi.



Di pertengahan perjalanan, hujan yang bagaikan titisan embun di awalan bertukar menjadi lebat.  Tapi seketika sahaja.




Saya bawak tak laju, sebab dah letih bayar saman.  Slow-slow pun, bagai tak terasa masa berlalu, tau-tau dah pun menghampiri sempadan Melaka.





Haaa ... tu ... 15Km je lagi.  Cuaca pun redup je ... memang bersantai sungguh.


Kereta pun tak banyak ... tapi saya sangat ngantuk-ngantuk semasa memandu ... sangat susah hati takut-takut saya terlelap ... biarpun sesaat, tapi saya tak nak menanggung akibat.  Gagah punya gagah, saya sudah menghampiri tol.

Ye, terima kasih ... selamat saya datang ni....



Masa ni saya tersesat.  Dengan sesuka hati saya membelok masuk ke arah MTIC dan perasaan saya kuat mengatakan ini bukan jalannya.  Saya terpaksa membuat pusingan di bulatan yang sangat besarrrrrrrrr ... ada Planeterium di tengah-tengah.



Sebenarnya di taman depan itulah yang saya perlu berada.   Lalu saya pun dengan pantas memandu ke arah itu.



Haa .... sampai sudah akhirnya ... Seseorang menyuruh saya membawa kereta saya masuk ke dalam untuk unload test equipment yang saya bawa.  Saya pun apa lagi,  dengan girang sekali mengikut arahan.  Setelah mereka membawa alatan ke dalam, saya pun memakir kereta saya di satu ruangan yang tersedia kosong.  Kemudian saya memasuki bangunan dan apabila saya buka sahaja saya terbau satu bauan seperti di hospital.  Ewweee ... kenangan berumah di hospital menggamit deras.


Saya tengok mereka mengisi cecair ke dalam satu balang kecil dan meletakkan ke dalam alatan yang saya bawa.  Alatan tu namanya Megger Oil Tester.  Diperbaiki oleh juruteknik syarikat saya bekerja.  Saya yang sentiasa gatai mulut nak bertanya mengajukan soalan.  "Apa tu?" bermaksud menanyakan apakah cecair tersebut.  Salah seorang dari mereka mengatakan minyak.  Saya tanya lagi, "untuk apa?".  Dia jawab untuk transformer.  Saya pun apa lagi, terbayang Transformers yang di wayang tu dok minum cecair ni.  Hehe, mengong.  Rupanya nak sukat kadar kepekatan dan kelembapan minyak sebelum digunakan oleh transformer di pencawang-pencawang elektrik.  Agaknya la kut.  Faham sikit-sikit je saya ni.  Elok je alatan tu berfungsi dah ... alhamdulillah ... tak sesia saya bawak.


Setelah selesai tugasan, saya pun terus beredar untuk pulang.  Tak sabar rasanya.




Ye, sama-sama.  Ada masa saya datang lagi.



Dalam pukul 1.45 petang saya sampai tol Elite.



Sudah hampir memasuki Subang Jaya.  Mata dah tak larat nak bukak sungguh ketika ini.  Terus ke Kolej ambil Cik Pora yang dah habis kelas.



Senang hati dapat berkhidmat, selamat pun saya sampai rumah ... Tiba-tiba saya teringatkan sesuatu ... saya terlupa beli belacan Melaka ... haisssshh ...

Monday, 30 July 2012

BAGAI IRAMA DAN LAGU

Dramatik nya tajuk ... hehe.  Ini perihal si Haifa ... Tengahari tadi aku ambil dia dari sekolah.  Sampai rumah dia ekor aku hinggalah ke bilik.  Dia tanya, "Mama, duduk di ofis tu Mama tak rasa sunyi ke kalau Eppa tak ada?" ... Aku jawab, "Rindu sangat dengan Eppa," ... Haifa pun apa lagi, dengan segera menawarkan diri untuk dibawa sekali ke pejabat.  Memang dia ni tak boleh berenggang langsung dengan aku.  Aku naik tingkat atas dia ikut, aku turun ke bawah, dia ikut jugak.  Kalau aku baring dalam bilik, kejap lagi terjengul la kepala dia mencari kelibatku.  Terus dia tarik lengan dan membaringkan kepala dia ke atas lenganku.

Memangnya Boss pun tak de ni, ada urusan kematian pak sedara di Ipoh.  Aku pun bawak la si kenit Haifa ke ofis:






Sessi soal jawab, Haifa tanya, aku jawab.  Apa saja aku buat dia tanya. Sampai aku hambat dia pergi tidor.  Letih agaknya menahan lapar.  Terus dia terlena.



Bila tengah-tengah buat kerja, aku jenguk dia yang sedang lena.  Senyum aku sorang-sorang.  Kalau hari-hari macam ni kan best.

Sunday, 29 July 2012

TWIT TWIT

Ada satu hari di minggu lepas, Boss aku tanya, "Macam mana guna Twitter?" ... aku bantai gelak ... ape ke he nyer Boss aku nak bertweet pulak ni??? ... "You nak buat apa pulak?  Selibriti mana you nak follow ni?  Lisa Surihani??" ... dia tanya lagi, "dia macam chatting jugakkan?" ... ermmm alahai ... Boss aku ni tak faham laaa..

Aku explain la it is a place for status updates.  Contohnya bagi kita yang biasa-biasa ni, guna lah Tweeter untuk tahu updates lalu lintas, event dari jabatan-jabatan lain atau artis kesayangan ke.  Atau as a department info center kalau masih belajar, senang nak tau kelas bertukar ke tidak.  Kalau nak chat chat pi la guna YM je.  Bukan aku tak tau dia masih pengunjung tegar di laman YM.

Cakap pasal Tweeter ni, aku teringat sorang staff lama ni, Wani nama dia.  Dia la jugak dulu suruh aku masuk FB sekitar Oct 2007.  Sama-sama giler main FarmVille.  Alih-alih satu hari dia bagitau suruh aku cek Twitter.  Masa tu Artis kita tak ramai pun ada sebab baru sangat.  Aku bodoh-bodoh la on kan lepas tanya ejaan lagu mana.  Tak tau langsung kegunaannya.  Ada following dan follower.  Dalam hati aku kata, "ada ke orang nak follow aku?" ... beberapa hari berlalu aku pun cek ... eh, ada la yang nak follow ... omputih lagi ni ... cek lagi rupanya porn web cam punya minah saleh buat iklan ... emmm alahai ... Rasanya sekali je aku letak status, "in the office, so tired" ... tapi memandangkan sape pun tak kenal aku, tak de sape ler yang nak ambik pot amende aktiviti aku ... haha ... short while after aku delete jer ... senang.

Back to my Boss, dia tanya aku macam mana nak bukak akaun Twitter ... ermmmm, dah macam-macam
akaun on line bukak ... yang tu pun tak tau ... hai la Boss.

Friday, 27 July 2012

THE PAPER CHASE

Wuiiiiii, seronoknya dapat beli sijil dari peringkat Sarjana Muda hingga ke Doktor Falsafah, obersee lagiiii.  Pastu siap ada majlis konvokesyen, family datang tengok bagai ... ish ish ish ... awat la dengan depa ni ... punya la nak up kan diri sampai macam tu sekali.  Apa tak nya, bayar murah.  Dapat kerja gaji mewah.  Tapi serupa tong tak dak isi la jugak ... luaq nampak cantik ... dalam kosong jugak ada.  Yang kaya raya tu la jugak yang bijak ye ... tu pun sekejap ... la ni dah kena lokap.  Tapi sekejap tak sekejap, dari tahun 2003 tu.


Ahli politik, Tan Sri antara beli ijazah palsu
Jakri College International nama tertera di gambor tu.  (http://www.sinarharian.com.my/semasa/ahli-politik-tan-sri-antara-beli-ijazah-palsu-1.70443)

Sat nak browse college ni.  Ooops!  Under Construction ... browse lagi ... ada dia punya obersee partner (kononnya la) http://www.uoredu.org/.  Graduan pun ada di Linkedin site.  Sekarang mamat tu kerja di Phnom Penh ... jawatan manager.

Kelakar betul bila difikirkan.  Orang lain separuh mati nak habiskan belajar, sampai tensen-tensen, demam kebah demam kebah, kadang-kadang tak kebah-kebah sampai habis semester.  Duit berpuluh ribu keluar biaya diri sendiri.  Senang-senang dapat PhD pakai RM semata-mata.  Tak malu ke buat kerja macam ni?  Tak malu ke kutip duit cara ni?  Inila orang kata dalam ceghodik ada bangangnya.  Keghotaih tu tak de maknanya ... ilmu tu yang nak dicari ... tapi tak tau la pulak dia pi ambik Black & White dulu lepaih tu baru studi pelan-pelan browse internet malam-malam.  Ilmu datang kemudian.  Yang penting tak tensen sebab exam.

Tapi la kan ... macam aku pi belajaq aritu ... kalau dah lama bekerja ... apa yang diajar tu (kecuali subjek yang memerlukan pengiraan) ... dah pun mahir sebab ada pengalaman ... kalau beli fake degree or MBA macam tak de beza sangat.  Dari segi moral la tak betui.  Tak rugi ke tak de kertas kerja atau tesis hasil usaha sendiri yang nak dibanggakan?  Fresh student of course jangan nak merepek nak buat benda macam ni unless family memang dah ada firma besar.  Apa nak dikira.  Teringat Ranchordas Chanchard dalam 3 idiots ... dia gunakan Phungsuk Wangdu bagi mendapatkan segulung ijazah (entah betul ke idak ejaan nama tu, main ingat je) ... nice movie.  But for PhD, errrr ... ridiculous betui laaa ... aiyooooo ... such a shameful act.

Apa-apa pun biarlah setakat Sijil Kemahiran dari Institut Belia je di tangan, tapi ori youuuu.

CHICKEN POX

GM, En Awi, talipon pagi Rabu, dia kata dia tak dapat datang, demam.  Semalam baru dapat tau dia kena Chicken Pox.  Umur dia sudahpun 48 tahun.  Hari ni tanya boss (adik pada En Awi) dah pergi menjenguk ke?  Dia kata tak sempat.  Awi merungut-rungut kata lambat keluar.  Awi ingat dia baru 4 tahun kut.  Hehe.  Budak kecik ye la, tiga malam demam berulang, tiga hari lepas tu dah boleh lari.

Aku pun sebut tentang minum air kelapa nak bagi keluar.  Boss kata pernah jugak dengar, tapi ada jugak orang kata jangan bagi keluar.  Heh! Terkejut aku.  Kalau tak keluar makan di dalam, macam mana tu?  Orang tua, kena cacar air ni bukan boleh buat main.  Boleh bawak mati.  Sakitnya tak terperi.  Aku sendiri kena sewaktu umur 37 tahun.  Memang tak tahan sakit akar setiap cacar tu.  Lambat nak baik pun.  Turn boss aku pulak terkejut.  Dia pun ambik remeh bila bab ni sebab nak samakan dengan budak kecik.  Budak-budak daya tahan tinggi.  Umur dah 40 tak de mana nak tingginya daya tahan tu.  Takat-takat buku lali je.

Mengikut artikel ni - http://news.bbc.co.uk/2/hi/health/1644663.stm :

1) Chicken Pox, yang kebiasaannya kita tahu hanyalah penyakit kanak-kanak yang ringan, telah menyebabkan kematian di kalangan pengidap dewasa dan peratusan kini meningkat berbanding sekitar lewat 60an.

2) 81 persen kematian akibat chickenpox ini di antara tahun 1995 dan 1997 berlaku kepada orang dewasa.

3) Kebarangkalian lelaki berkemungkinan menemui ajal kerana chickenpox ini, adalah sebanyak dua kali ganda daripada wanita,

Hmmm ... jangan ambil mudah ... 


Thursday, 26 July 2012

PROUD TO BE MALAYSIAN (1)


NUR SURYANI MOHAMED TAIBI




She's 29, rank 47th in the world 10-meter air rifle, 8th months pregnant and she's a Malaysian.  Nur Suryani will be competing in the upcoming London Olympic 2012.  BBC, CNN, IBN, USAToday, and few others made some coverage as she's the most ever so pregnant Olympian. Her shots made Malaysians' eyes burning with hope for a gold medal.  So Nur junior, give mommy some calm moments as she triggers and you can kick all the way as much as you want, once mommy hits her ultimate aim.     






Wednesday, 25 July 2012

MACAM MANA NAK KIRA???

Bila anak membesar macam-macam dia orang tanya kan?  Kadang-kadang soalan tu payah nak jawab.  Karang bila kita jawab dia orang salah tafsir pulak.  Semalam Haifa bertanya (masa buka puasa),  "Bila kita puasa berapa pahala kita dapat?" ... tergelak aku dengar cara dia bertanya.  Manalah ada penyukat pahala.  Macam nak kira markah kuiz pulak.

Aku kata, "Manalah nak tau Allah nak bagi berapa.  Kita kan puasa kerana Allah.  Sukahati Allah lah nak beri.  Kalau Dia tak nak beri pun kita nak kata apa.  Kita mesti terus buat dan buat sebab berpuasa adalah rukun Islam.  Kita tak buat kerana mengejar kuantiti pahala.  Kita buat kerana kita kata kita Islam dan kita sayang Allah dan Rasulullah.  Kalau kita sayang dah tentu kita lakukan apa yang disuruh dan tak fikir kan balasan.  Bila kita ingat macam tu, hati kita sentiasa tenang dan barulah indah rasa hidup ni.  Faham?"  ... Haifa angguk-angguk.  Tak tau la dia betul-betul faham ke sebaliknya.  Tak de dah dia tanya lagi.




Tuesday, 24 July 2012

POSA KE 3 DAN 4

Semalam, tepat 5.30 petang, aku dah bergegas pulang.  Mun masih sakit rupanya.  Nasi je dia sempat letak.  Aku pun apa lagi, terus ke dapur, menyinsing lengan baju dan capai kurma dalam peti es.  Ambik tepung gandum.  Bancuh segala dan goreng.  Dapat la cucur kurma buat juadah berbuka.  Feberet aku tu.  Sup tulang ada lagi.  Celur mihun sikit.  Dapat pulak mihun sup.  Goreng ikan siakap dan sayur brokoli.  Siap dah santapan.  Terus naik ke atas untuk mandi dan cun-cun abih mandi time berbuka pun sampai.  Mata dah letih sebab dari 4 pagi time aku dah penuh aktiviti.  Habis je witir aku terus gulung-gulung je telekung dalam sejadah.  Tak larat dah nak sidai-sidai.  Nasib Mun larat bangun untuk basuh pinggan.  Kesian nak suruh Cik Pora sebab college work dia pun dah sarat.  Alarm aku set pukul 4 dan belum pukul 10 aku dah tak sedar sampai la pukul 5 pagi.  Terjaga je aku panik.  Bukan aku kunci jam pukul 4 ke?  Belek alarm hand set kejap.  Laaa, boleh pulak semua hari aku tick, tang Tuesday tak tick.  Cis! Nasib bek terjaga.  Gegas ke bawah dan perangat apa patut.  Buat air dan sediakan cereal.  Fuh! pinau-pinau.

6.55am berjalan dengan Haifa ke sekolah.  Balik je rumah lepas tu kisahkan baju kotor.  Satu round dah lepas, lagi seround Mun setelkan lah nanti.  Tinggal nak sidai je pun.  Mandi manda, siap sedia nak hantar Cik Pora ke kolej dan terus ke pejabat.

JOS





Heard Sarah and Richard, on Lite.FM, discussing about the movie JAWS.  4 hari Sarah kata dia tak mandi lepas nonton cerita tu masa kecik-kecik.  Haha, nasib aku boleh mandi.  Tapi takut memang sama jugak aku rasa.

Aku tengok cerita JAWS (semenjak tu ikan jerung dah dipanggil JOS) masa aku darjah empat.  Bukan tengok di panggung, tapi di dewan besar kem askar area Kamunting (Kem MP rasanya).  Murah je tiket.  Free seating dan bersila semuanya.  Boleh berpicnic jugak kalau nak.  Tayangan tu waktu malam.  Pergi jalan kaki je sebab kem dengan rumah aku hanya lebih kurang 15 minit masa perjalanan dengan berjalan kaki.

Memang giler thrill betul cerita Steven Spielberg ni.  Naik kecut perut sungguh.  Sekarang ni kalau ditayangkan di channel TV, masih lagi terasa trauma ketakutan itu.  Dan sesungguhnya tepian pantai bukanlah lagi tempat yang dapat memberi ketenangan.

Lepas je habis tayangan, on the way pulang tu, tiap lopak air aku cuak.  Bila nak mandi, lama aku tenung air dalam kolah.  Eeeee ... memang terlalu menghimpit perasaan betui la cerita tu.

Beberapa babak yang sangat mencengkam perasaan:



Aduiii ... walau dah tengok the making pun aku tetap rasa ikan tu betui ... *glup*


Monday, 23 July 2012

5 JAM PERTAMA ...

Today my day started at 4.00am.  Buat segala apa yang patut.  Pukul 5.00am semua turun makan.  Budak-budak suka cereal.  Senang la sikit nak sediakan.  Kalau nak makan nasi, ada je tu, lauk sup tulang.  Aku sahur memang tak makan, minum je.  Tu yang ngantuk terlebih je aku rasa ni (haaaa, kan dah tersengguk).  Haifa bawakkan baju sekolah dia, kena jahit lencana.  Aku cepat-cepat jahit dan lepas tu siap nak jadi supir.  (aduiiii ngantuknyer) Dah mandi aku pi isi minyak kereta.  6.55am hantar Haifa ke sekolah rendah. Next, singgah rumah semula ambil Kakak, Cik Pora dan Aqish.  Hantar Aqish ke sekolah menengah.  Lepas tu drop kan Cik Pora di College.  Next, drop kan Kakak di Uni dia.  Gerak balik ke rumah dan sampai pada pukul 8.30am.  Mandi manda berbagai dengan secepat yang mungkin, dan terus bergegas ke Sekolah Menengah attending Prefect Installation Ceremony si Aqish pada 9 pagi.  Pukul 8.30 dah mula sebenarnya.  Terkejar-kejar jadinya sebab banyak sangat pit stop.  Nasib sempat la tengok dia menerima pentauliahan.

                                         Pembacaan Ikrar


                                                    Selesai sudah ...

 Hantar Aqish balik ke rumah around 9.15am.  Gerak ke ofis dan sampai dalam pukul 9.20am.


Tetap ceria dan tetap bersemangat untuk melakukan tanggungjawab di pejabat sebaik mungkin ... hehe ... and who else boleh buat semua tu kalau tak seorang ibu ... kan????? Apa pun boleh untuk anak-anak ... tanyalah mana-mana ibu pun ... rata-rata akan buat apa saja asalkan anak-anak tidak merasa hampa ... (",)

Sekarang dah hampir 5 petang ... kejap lagi boleh balik ... haaa!  ilang dah ngantuk ...

... DAN RAMADHAN PUN BERMULA

Alhamdulillah ... seronok betui la dah mula posa ... dah masuk hari ke tiga dah pun ni ... Kalau bukak FB tu ... aaaaamboiiii ... tu diaaa ... na la warga-warga FB post juadah berbuka ... ada title lagi lauk pauk depa tu nak habaq mai.  Terasa sungguh kemeriahan.  Tapi jangan membaziaq na .. tak mau, tak mau ... tak vogue lagu tu.

Hari pertama posa saya buat mihun sup daging dengan roti celup teloq.  Laju ja semua makan, rasanya tak la sedap tara mana pun, dah sempoi sungguh bahan-bahan sebab tak berapa sihat nak keluaq pi beli.  Apa yang ada di rumah hantam saja lah.  Janji ada makanan.  Buah kurma dah tentu.  Minum ayaq teh o limau.  Tak dak ais kali ni.  Dah pekena buah kurma sebijik dan ayaq segelaih, semua pakat berteraboq ambik wuduk.  Solat maghrib dulu baru makan, baru perut tu tak terkejut.

Abih ja solat, perut pun diisi dengan juadah yang lebih berat.  Masuk je azan Isya' bebudak semua redi abih dah nak gerak ke Masjid tunaikan solat Isya' dan sunat Terawikh.  Saya Terawikh di rumah ja sebab nak kemas-kemas dapoq.  Adalah makmum sorang, si kenet Haifa.

Sakan dengan telekung baru dia hadiah sempena birthday ke tujuh baru-baru ni

Tapi makmum saya ni sekerat jalan dah santai ataih katil tengok katun faberet dia laaaa.  Pelan-pelan asuh.  Lama-lama bertambah rajin la tu.

Saya ni sebenaqnya dari zaman sekolah lagi mengidap gastrik yang agak teruk jugakla.  Kalau masa time sekolah dulu, masuk saja pukul 4 petang, saya dah terbaring tak boleh gerak menahan pedih perut.  Kerempeng-peng-peng jadinya bila time posa.  Sekarang okay sikitlah.  Tapi nasib jugak tak kena sakit kepala. Bila abih ja posa, time raya tu tok sah harap la dapat makan beriya.  Tu pasai la elok posa 6.  Kalau 2 hari pi beraya, 2 hari makan macam-macam, memang hari ke 3 tu ngadap la segala serangan.  Apa yang dimakan elok keluaq abih tak tinggai sisa dah. Ya la, kata raya, masa tu la segala macam tuan rumah masak.  Sedap pulak.  Tapi dah tau dah cara nya.  Tiap rumah jamah sikit ja.  Minum ayaq suam.  Jadilah dapat merasa tu.

Posa ke dua buat char koey teow penang.  Sebenaqnya, saya ni tak pernah masak makanan tu.  Makan di kedai selalu sangat.  Bahan saya tau la sebab sambil makan di kedai tu boleh tau dah apa nak bubuh.  Saya bukak Youtube.  Tapi dapoq saya keluaq api tak boleh sampai nak menyambaq masuk dalam kuali.  Okay la kut.  Masuk tu masuk ni ... jadilah Penang Char Koey Teow.  Bau memang ada la jugak persamaan.  Rasa tak tau la pulak.  Time posa masak, paham-paham ja la.  Bukan boleh nak rasa.  Bila dah makan, budak-budak tu kata sedap.  Hah, boleh punnnn.   Saya buat cream caramel atas permintaan Cik Haifa.  Air teh o limau jugak.

Pagi Ahad semalam, boleh pulak Adli, anak saya yang 11 tahun tu ikut konvoi berbasikal dan mini explorace Imam Muda.  IM Hafiz memang Imam kariah kita orang sebelum ni.  Adli geng Ustaz Hafiz.  Geng depa dapat 1st prize kata Adli.  Nanti tengok rakaman.  Lagu mana la anak aku ni beraksi.  Go IM Hafiz Go!!!!!

Bagi juadah hari ni, aku serah kat PA aku si Mun tu ja lah yang masak.  Biaq dia pikiaq sendiri.  Makan nasi campoq pun okay dah.

Tapi Ramadhan sebenaqnya bukanlah bulan kita nak cipta macam-macam makanan pun kan? ... yang seronoknya ibadah itu sendiri.  Tahun depan belum tentu dapat peluang nak jumpa.  Masa yang kita lalui sekarang ni la kita kena manafaat sebaik mungkin.  Apa saja peluang kita sambaq.  Sapa tak mau oiiiiii.  Biaq la dari mula saaaaaaaampai hari last, posa kita sentiasa bermakna.  Istiqamah kata Ustaz dan Ustazah bila berceramah dalam forum. Yaaa ... konsistennnnn jangan tak konsisten ...

Thursday, 19 July 2012

BAD BUT GOOD

It was not okay for me yesterday and still not okay today, BP still high said the Doctor.  Drug dosage increased from 5 to 7.5mg.  Yesterday morning started the new dosage and it makes me feel sleepy.  Dah la seharian jadi supir.  Aku dok ofis menung je sebab otak aku macam tak function.  Nak tido je mata.  Padahal malam sebelum tu bukan main lena lagi tido, pukul 10 dah pejam mata.  Tapi aku boleh rasa la sistem badan ada tak betui somewhere.

Pukul 4.30 semalam aku dah pack nak balik.  Boss pun tak masuk.  Dekat 5 petang aku drive home.  Took a nap for a while.  At 6.45pm ambik Aqish dari sekolah.  At 7.55pm hantar dia ke tuition tapi sempat aku terlelap jugak tu.  At 10.00pm ambik dia pulang dari tuition.  Lepas tu terus naik atas tidooooor.   Bahagia dengan tidor je aku ni.

Pagi ni ingat dah segar lah, idak le jugak nak reti-reti reda.  Mata tak nak bukak.  Boss dah confirm tak masuk kata dia.  Boleh la kut aku balik awal and tido lagi arini.  Pukul satu Cik Pora habis kelas.  Ambik dia terus balik je lah.

Malam ni Terawikh pertama, Kakak dah ada di rumah, boleh lah sama-sama pergi dengan Cik Pora, Aqish and my lil princess Haifa. Oh yeah ... Kakak terhantuk kepala di dinding concrete hotel masa ada kursus di Melaka.  Dia kata masih macam terapung-apung. Doctor kata tak serious.  It'll take some times for that floating sensation to subside.  Sian dia.  Dah la nak quiz.  Terpaksa dia mintak tunda sebab kepala dia tak dapat nak proses input sangat.


Aduiii ... sakan aku menguap ... walau aku macam tak betui je ni tapi senyum mesti maintain ... feel bad outside but good inside no doubt ... permisi ...  nguap lagiii.

Wednesday, 18 July 2012

POSE WEIIII

Lusa kita start pose ... Haifa dah tak sabar ... memang tak dinafikan, ketibaan bulan Ramadhan sangat mengujakan.  Terbayang dah bermacam-macam juadah yang dijual.  Semua duduk semeja, tunggu azan maghrib berkumandang sambil memandang air depan mata.  Rezeki depan mata pun kita dah tak sabar, bayangkan orang yang tak de langsung makanan yang nak dijamah.

Ramadhan selalunya menggamit kenangan sewaktu kecil.  Aku start pose umur 7 tahun.  Di kampung tempat aku dibesarkan (area Kamunting, Taiping), aku berkawan dengan 4 budak lelaki, Tajun (2 tahun tua dari aku), Man (1 tahun lebih tua), E(sebaya) dan Jeni(muda dari aku setahun).  Tak tau la kenapa aku asyik melekat dengan budak ni semua.  Dah macam budak jantan pulak aku masa sekolah rendah.  Malam tujuh likur mesti kami buat meeting tiap-tiap malam sampai la malam raya.  Main game macam-macam.  Berkejar-kejar.  Mak pulak star je puasa dia dah beli bunga api, sehari dia beli dua bila dia ke kedai membeli lauk.  Satu untuk aku dan satu lagi untuk adik lelaki aku.  Adik lelaki aku pun ngikut sama kalau aku lepak dengan geng aku tu.

Tapi persahabatan kami tu terputus selama dua tahun sebab arwah Abah kena pergi Bangkok untuk 2 tahun, Mak dan adik ikut tapi aku kena tinggal dengan Mak Ngah(adik Abah) di Melaka.  Ujung tahun baru aku pergi melawat dia orang.

Setelah dua tahun berlalu, parents aku balik semula ke Taiping dan persahabatan yang putus kini disambung kembali.  Tapi masing-masing dah besor panjang, tak kan la aku nak melepak tak hirau masa dengan dia orang.  Suatu petang di bulan Ramadhan tahun 1979, Man dan Tajun menegur aku di jalan, "tak nampak pun hang pi Surau.  Jom pergi Terawikh" ... start dari tu tiap-tiap tahun aku pi.  Best nya la zaman tu.  Petang je beratur tunggu bubur siap masak sambil memegang tupperware.  Tak jemu-jemu makan bubur nasi arwah Hj Rabae'i.

Sekarang memang la lagi best ... walau tiada lagi khabar berita dari kawan-kawan baik aku yang berempat tu ... kebahagiaan bersambung dengan melihat keletah anak-anak ku pula ...

Tadi selepas antar si Haifa ke sekolah, aku ternampka bilik persiapan jenazah dibuka.  Di hadapan pintu bilik tersebut van jenazah sudah sedia di pakir.  Innalillahi wainna illaihiraji'un.  Sayu hati melihat, teringat arwah Abah ... Al-Fatihah.  Dah 5 tahun arwah pergi ... moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat Allah.  Kalau time buka aku ngeri kalau arwah Abah pergi bazaar bawak cucu-cucu.  Habis cucu dia nak dia belikan.  Penuh meja dah jadi buffet pulak.

Setiap kita dah tentu lah nak yang terbaik di dalam hidup, kan?  Jadikanlah Ramadhan kali ini yang sempurna.  Buang segala amarah dan dendam, tingkatkan kesabaran, lebihkan bersedekah dan yang penting jangan membazir.  Tak de mana nya kalau seharian berpuasa time buka boleh melantak semau-mau. Ye dok?

Salam Ramadhan, selamat mengejakan ibadah puasa dan semoga kita semua mendapat keredhaan serta keberkataan yang sebesar-besarnya .... aminnn.

Tuesday, 17 July 2012

MEMOHON IZIN

Malam tadi aku cuba buat design baru menyulam manik ... wah, menjadi ... best!  Bila mata dah agak keletihan aku turun ke bawah membancuh secawan oats ... mengecapi keenakan sambil bersandar di kepala katil, menonton Scream 4 (yang tak scream pun).  Haifa lena dah disebelah setelah tak henti-henti berceloteh.  Agak baru je aku nak bersantai sambil berulang-ulang sudu dibawa ke mulut aku terkaget ... Haifa bangun sambil rambut mengurai dan memandang aku seraya berkata, "Mama, izinkan saya ke tandas," ... tersedak aku sekejap ... aku minta dia mengulang ... masih ayat yang sama ... lalu aku pun berkata, "ye, Mama izinkan, silalah."  Waaah, sopan dan santun sungguh. I like!!!! Sekembali je dia ke katil tersengeh je bila aku mengulang ayat mohon izin dia tadi.  Cerah pulak mata dia lepas tu dan terus menemani aku menonton.

Haifa ni sangat peka lah.  Itu yang buat aku rindu sangat bila di pejabat.  Ada je idea dia yang menggeletek pintu hati aku ni.. Dah setahun setengah dia menempuh alam persekolahan, tak pernah sehari pun dia tak ceria bila tiba masa nak bersiap.  Sekali gerak dia dah bangun, kadang-kadang azan subuh berkumandang dia dah celek sendiri dan tau-tau dah ada di belakang aku siap dengan bertelekung.

Otak dia macam aku jugak rasanya, tak boleh berhenti memikir.  Ada saje yang dia akan lakukan.  Balik je dari sekolah dia terus bertukar baju.  Kalau aku balik makan tengahari, terkedek-kedek dia datang sambil bimbit beg berisi telekung sebaik je aku melangkah kaki ke bilik untuk solat zohor.  Selesai semua dia buat kerja sekolah (kalau ada) ... kalau tiada dia akan melukis ... tapi sejak kebelakangan ni dia mula menyalin semula latihan-latihan yang guru beri atau data-data yang ada di dalam buku teks.  Pernah baru-baru ni dia menulis dari tengahari sampai ke malam, tenggelam di dalam dunia dia sendiri.

Masa awal tahun dia tak berapa pandai membaca, masa pra tahun lepas memang seronok main je, kita orang galakkan dia mula dengan buku cerita bahasa Melayu.  Bila dia dah laju, dia makin suka dan sentiasa minta dibelikan buku.  Dah pandai bahasa Melayu aku pujuk dia membaca buku bahasa Inggeris pula.  Dia rasa dia tak mampu.  Namun baru-baru ni dia cuba membaca satu buku cerita ... tentang Heidi ... terkial-kial, merangkak-rangkak dia nak habiskan mukasurat pertama yang tak sampai 100 pun perkataan.  Dia cuba jugak sampai habis.  Malam tadi dalam movie tu ada seorang wanita berkata, "Why don't you just check upstairs."  Haifa tiba-tiba bertanya apa makna just.  Aku bagitahu maksudnya 'hanya'.  Tak perasan pulak kenapa dia bertanya macam tu.  Haifa terjemahkan ayat yang dia dengar tadi, "kenapa awak hanya periksa di atas," ... oooh, silap aku.  Aku perbetulkan di dalam konteks ayat tu, maksud 'Just' adalah sahaja.  Dia pun ubah ayat menjadi, "kenapa awak tak periksa di atasa sahaja" ... haaa, betul dah tu, sangat pandai ... tersenyum dia bila aku puji ... dah bertubi-tubi dia mintak terjemahan ... mata aku dah layu ... lagipun cerita tu aku dah tengok ... aku ngereng ke kiri dan biarkan Haifa menonton sendirian, aku pasang telinga je Sesekali dia bertanya, aku pun memberi penjelasan ... agaknya dia pun dah mengantuk, terus dimatikan TV dan entah bila pulak kami berdua terlena, sedar-sedar malam sudah berginjak ke subuh dan bermulalah sehari lagi perjalanan hidup .... mohon izin berhenti seketika ...

COLLECTOR

Some of my hobbies are collecting free pens, mugs and those lil packs of hotels' toiletries.  Suka sangat tu.  Here are some of my collections:


Macam-macam pen dan dari berbagai negara.  Mug Paris pemberian Thierry pun ada tu.  Balang biru free gift beli cokelat Cadbury.  Yang kecik-kecik belakang tu hadiah dari anak-anak.  Beruang Koala besaq dari Fadzela, beruang koala kecik tu dari sape eh?  Tak ingat pulak.  Pen-pen tu memang la tak de harga pun, tapi aku suka tengok label-label and macam-macam bentuk dan warna tu.  Bertahun dah aku simpan semua tu.  Ada yang kawan-kawan bagi jugak.  Ada satu mug ni, tapi di rumah.  Ada gambar kucin.  Ada love love lagi ... haha ... dah 24 tahun aku simpan ... pemberian seorang classmate lelaki masa aku tingkatan enam atas ... kawan baik aku ... hari-hari berkepit ... tapi kita orang tak de la rasa cintan-cintun dan dia pun ada gepren yang sangat comey (tak lasting pun) ... dia hargai friendship tu dan rasa tak best bila aku decide nak masuk ITM tanpa meneruskan form 6.

Barang-barang kecik kenit ni pun rajin aku kumpul, tapi anak-anak aku pun sama rajin guna pakai.  Baru nak start semula ... sayang nak guna.

It is nice to have some hobbies ... creating some sort of nice feelings when you look at them.  Dapat melembutkan dan melenturkan jiwa yang keras.

Sunday, 15 July 2012

JOYFUL MOMENTS

Last Saturday we all merayau shopping lagi. Sakan tengok baju semua. Kita orang keluar pepagi and breakfast di PKNS complex Shah Alam (my fav shopping center).  Sabtu dulu dah seround ... dapatlah beli baju konvo, kali ni beli tudung konvo pulak.  Minggu lagi satu kasut konvo pulak.  Tak sabar nak berkonvo dah ni.  Tiket dah beli.  Accomodation je belum pilih.  Really can't wait.  Sayang bukan cuti sekolah.  Kalau boleh semua nak angkut pergi.  Especially my mum.  Tak pa lah, tunggu konvo di KL je nanti bulan April tahun depan.

Haifa dan Cik Pora dah siap shopping baju raya, sepasang kurung Pahang pun aku dah belikan untuk Mak.  Sebab awal datang, tenang sikit membeli-belah.  Orang baru berpusu-pusu aku and the gang dah siap nak balik.  Sampai rumah je sakan abis la semua mencuba.  Biasala kan ... tak sabar berbaju baru.  Pukul 2 aku jumpa Grace.  Memanjakan diri dekat 3 jam jugak.  Lepas tu pergi cari manik nak disulamkan dibaju raya.  Cepat setelkan senang.  Biar Ramadhan nanti penuh dengan amal ibadah je.    

Hari Ahad pulak sukan sekolah rendah.  Tengok Haifa dan Adli beraksi.  Ramai sungguh yang hadir memandangkan semua murid mesti ambil bahagian.

Riang Ria di Sukan Tahunan:

Adli pegang sepanduk (rumah merah pilih Angry Bird jadi maskot)


Haifa tenang menunggu giliran beraksi


Tenaga pengajar sibuk menyiapkan acara


Tak sabar dah tunggu giliran jadi Crazy Crocodile


Haifa habis dulu ... yeayyy!!!


Tapi group Hijau dapat no 3 sebab ada dua pundi kacang tak masuk baldi ... jadilah tuuu


Sengeh-sengeh si Haifa

Kumpulan Merah dapat tempat ke 2 untuk acara tahun 5 ... selipar Gajah


Acara kedua pun Kumpulan Hijau dapat no 3 (Baby Kangaroo) ... Haifa tak berapa puas hati ... hehe, jadilah tuuu.


Adli enjoying his golden moment after Red won the 4 x 100m 

Letih betul separuh hari di padang jadi photographer ni ... sampai je rumah aku terus berehat dan terlelap terus sesampai je kepala mencecah bantal.  Masak pun selepas Asar dan makan sebelum Maghrib.  Letih but so full of fun ...