Thursday, 28 June 2012

LAST LAST MACAM NI JADINYAAAA ....

Dalam dok buat keghoje tu ... kepala aku terfikir sesuatu ... hehe ... hasilnya ...



Wednesday, 27 June 2012

REHAT SEDETIK

Bila menyusun semula dokumen di pejabat, maka tidak akan dapat larilah kita dari kejadian mengumpil keluar dawai kokot dari dokumen-dokumen tersebut.  Bila dah umpil aku sayang nak buang.  Selalunya aku letak di dalam penutup tin.



Bila belek dawai-dawai kokot yang terkumpul tu, tiba-tiba jari-jariku terus menaburkan semuanya di atas meja dan menguis-nguis dan jadilah sebegini:


Gitu ler ghopenyer kalau kepala udah tepu dengan keghoje ...

Thursday, 21 June 2012

HANGIN DAY!!!

Awi datang ofis macam naga.  Terdengar perbualan telefon antara dia dan anak sulung.  Bagai berasap-asap.  Dari bait-bait perbualan aku dapat meneka anak bongsu buat hal.  Sehabis dia berbual aku pun memandang dia dan melontar satu soalan, "Unir?".  Dia pun mengiyakan dan bagai benteng pecah melimpah habis segala yang berputar dijiwa.  Budak baru tingkatan satu, umur yang sangat mencabar dan amat memerlukan pemantauan.  Hari ni merupakan hari terbuka, ibubapa harus hadir berjumpa guru untuk mendapatkan ulasan dan tahap pencapaian di dalam pembelajaran serta tatatertib di sekolah.  Pelajaran agak menurun walaupun dilingkungan 'OK" tetapi disiplin sudah bagai hampas.  Habis dibentangkan dek Awi.  Hehe, faham sangat tu.  Tidak cukup dengan itu, Awi bercerita tentang anak bujang yang belajar di UK sudah pulang untuk bercuti.  Dia tambah yang sorang tu dah masuk angin pulak.  Pukul 5 petang sampai di rumah seelok diambil dari KLIA, pukul 5.30 petang sudah terpacul anak gadis yang sebelum ke UK merupakan teman kepada si bujang.  Awi kata budak perempuan tu ok  dan dia tidak ada halangan.  Tetapi dua bulan sudah Awi dah ternampak gambar mesra si bujang dan seorang gadis China Kelang yang sama-sama belajar di UK sewaktu mereka dan rakan-rakan melawat Eropah.  Dan si bujang ada bisikkan kepada kakak sulung yang dia lebih berkenan ke gadis China tersebut.  Awi pun sudah kepeningan sekarang.  Ada dia bagitahu pada si bujang, hati orang jangan buat main.  Kalau tak berapa berkenan, jangan lah dibenarkan gadis itu bersusah-payah mengambil dan menghantar ke rumah kalau bertemu rakan-rakan lama.  Nanti sampai ke tua dia bawak hati yang merana, tambah si Awi.

Hmmm ... memang pening bila anak-anak meningkat dewasa.  Sewaktu kecil lain hal, udah besar lain pulak.  Allah s.w.t ada, pohon doa selalu.  Insya Allah, segala yang tidak diingini dapat dijauhkan.  Allah kan maha mendengar.

NASI GORENG UDANG SATUUUUU!!!!!

Baru nak lunch ni ... lambat betui ... dah dekat 2.30pm.  Kiriman lambat sampai ... lambat la baru makan.  Makan nasi goreng udang.  Memang sedap nasi goreng ni.  Pernah dulu sampai hari-hari aku kirim nasi ni.  Tapi bila asyik menggaru je lepas makan, terpaksa la catu sikit.

                                         RM6.50

Hari ni ada 5 ekor udang ... tapi timun sikit ler pulak ... Makan sambil tengok resume anak buah.  Baru habis nursing school tapi tak senang dapat keghoje ke? ... Setahu aku nursing school macam terus keghoje ... mungkin yang ni tak link dengan gomen kut ... Kalau dapat tolong ditolong ... kalau tidak aku pun tak dapat nak buat apa-apa ... Haiiiii ... ini yang aku marah budak zaman sekarang kalau tulis surat resmi ... tak reti spacing selepas koma dan titik.  Masa sekolah dulu cikgu ngajor guna untuk periksa je ... abih periksa semua pulang ke sekolah semula. 


                                          Licin

*Burp* ... Alhamdulillah ... dah start menggaru dah ni ... tahan ... tak nak bergantung dengan ubat je ... Lega dah kenyang ... fikiran dah lapang ... boleh ler sambung keghoje ...  kena buat surat request statement ke bank la lagu ni ... payah rasanya bergantung dengan statement bulan Feb je ...  aku cuba sekali lagi ... mintak-mintaklah tally ...



Tengok la beban kerja hari ni ... surat berlambak nak dijawab ...  audit lagi ... ikut hati memang rasa sedih je bila kepala aku sorang je dibebankan segala hal ehwal syarikat ... rasa nak lari pi cari syarikat yang ada 1000 orang pekerja ... lagi senang macam tu ... macam-macam department ada ... macam-macam head boleh dirujuk hal-ehwal berbangkit ... di sini semua harapkan bahu aku ... sampai naik lemak ... pasal plumbing pun nak rujuk kat aku ... tak ditanya karang benda tergantung je la macam tu ... nak ditanya rasanya aku dah letih ... Tapi bila kenangkan ramai yang tak dapat peluang macam aku dapat, rasanya teruslah aku bersyukur ... sukurang-kurangnya aku aje yang ada peluang marah orang ... orang tak boleh nak marah aku ... hehe ... part tu aku memang sangat suka hati ... mungkin aku kena sabar mengajay ... aku tak marah kalau tak tahu ... tapi aku marah bila tak tahu tidak pulak nak bertanya ... wokeyyy ... back to work.

Wednesday, 20 June 2012

PENGERJAAN

Semalam memang letih.  Kena out stesen, Mentakab.  Hajat nak keluar awal terbantut sebab staff tak buat kerja dengan betul.  Time aku nak bawak barang bagi customer la baru nak buat checking.  Cekik darah betul la.  Panas je hati ni di awal pagi.  Tapi pikior punya pikior, aku letak tepi rasa marah.  Karang tak best pulak mulakan perjalanan dengan rasa macam tu.  Mungkin aku pun ditempat bersalah juga sebab tak memantau dia.  Orang dah besor panjang, anak pun udah dua, idok ler aku rasa perlu nak disuruh berulang-ulang.  Dasar malas tu menebal, itu ler pasal keghoje idok semenggah.  Haiiiii la nasib badan ... untung betuiiii ... aminnn.


                              Ground Receiving Station Complex (Agensi Remote Sensing)

Situ lah tempat aku pergi semalam.  Tempat menerima data remote dari 6 satellite seluruh dunia.  Best pergi sini.  Ini kali ke tiga aku sampai.  Semalam menghantar barang yang dipesan dan mengambil beberapa peralatan untuk didiagnos.   Lupa dah bila last pergi.  Lama jugak la rasanya sampai boleh aku lupa jalan ke situ.  Sesat jadinya ... dah termakan masa.

Selesai je segala kerja aku gerak balik.  Singgah hentian Lanchang sekejap.  Lepas tu proceed balik.  Aku bawak slow je.  Tak ada apa yang nak dikejar.  Sempat lagi berposing ... haha.

                                                        
Sampai je rumah mata rasa nak lelap.  Lepas mandi berbagai, aku rest terus tetapi kepala teringat nak menjahit pulak dah ... aku pun bukak le kotak jahitan dan menyulam manik sampai mata lebam ... lepaih tu baru aku ketidoran ... tapi mimpi mengira berapa keuntungan jualan barangan ke Remote Sensing siang tadi ... aduiii, otak aku ni tak tau rehat langsung ... sampai je ofis pagi ni terus aku buat pengiraan ... hmmm kira ok jugak lah ... berbaloi dengan penat yang dirasa ... Alhamdulillah.






Thursday, 14 June 2012

MASA ITU EMASKAH?

Duduk sekejap ni ... fikir dan fikir ... mana masa pergi? ... kalau masa itu emas ... dah tentu boleh cari semula ... aku rasa masa itu lebih bernilai dari emas ... tak ternilai sebenarnya pun ... kalau dah lepas ke belakang nak cari semula tiada langsung kemungkinannya.

Buatkan aku terfikir sebegini bila aku rehat sebentar mengorek artikel tentang Johnny Depp ... minat sangat kat dia ni ... malam tadi di FOX ada POC: On Stranger Tide ... dah dua malam rasanya ditayangkan dan dua malam itu aku menyediakan diri seenak-enaknya atas katil nak tonton cerita ni sebelum tidor, walaupun dah tengok di panggung dulu ... tetapi dua malam jugak aku gagal ... lewat sangat masa tayangan.  Berbalik kepada pencarian artikel ... aku dok belek sikit je ... tetiba aku rasa banyak aku tak tahu tentang hal peribadi dia ... cuba nak baca ... tapi kerja depan mata macam membeliakkan mata pada aku ... eeee, bersalahnya rasa ... terus aku tutup pencarian dan terfikir ... memang masa itu sangat memerlukan perancangan ... dan aku dapat rasakan membaca hal Johnny Depp ni tidak mungkin termasuk di dalam perancangan aku buat masa ni.

Ye, memang boleh merancang masa ... tetapi bila dirancang kita akan mula faham bahawa .. di dalam satu hari kita bangun dan bergerak tidak akan mungkin kita dapat melakukan banyak perkara ... kita hanya dapat mendahulukan yang penting dan perlu ... yang tidak penting ditunda ... tunda ... tunda ... dan tunda lagi.  Hidup kita akan kucar-kacir bila kita dahulukan yang tidak penting dan yang penting ditunda-tunda.  Kemudian kita akan menyalahkan ketiadaan masa ... masa itu sebenarnya ada ... tetapi kita zalimi masa dengan tuduhan ketiadaannya ... menunda perkara yang penting samalah juga menunda perkara yang bagus dari mendatangi kita.

Masa itu bagai emas ... tetapi masa bukan emas ... masa itu adalah diri kita ... biarkan masa beralun mengiringi kita ... bukan kita mengejarnya ... pasti dihujung hari nanti kita tiada sesalan.

BIDAN TERJUN

Wife Boss baru bersalinkan anak ke 5 Khamis lepas.  Hari ni pergi ke hospital buat check up emak dan anak. Tengahari tadi Boss talipon kata wife dia BP naik tinggi dan pemandangan kekaburan.  Baby dengan dia.  Dia dah macam tak boleh nak fikir dan mintak aku dan abang dia yang ada di ofis ni berfikir untuk dia.  Dah selesai discuss kita orang rasa elok bawak ke rumah aku je lah.  Mun pembantu rumah aku boleh jaga buat sementara waktu. Sampai di ward aku terus capai baby tu.  Kesian tengokkan baby tu.  Mulut dia ternganga-nganga cari susu mak dia macam anak burung tunggu mak dia bagi makan.


Teringat aku Haifa terpisah dengan aku selama 4 hari sebaik lepas bersalin disebabkan aku terpaksa digegaskan ke Hospital Besaq KL dek kerana komplikasi yang berlaku.  Dia nangis tak henti-henti sampai doktor tempat aku bersalin yang jaga dia masa tu, kena bawak ke hospital tempat aku berada.  Haifa dibalut dengan kain batik aku bagi diam.  Hehe.  Sampai la ni dia suka ambik kain batik aku bila dia nak tido time aku tak de sebelah.

Selamat dah baby tu di dalam jagaan Mun buat masa ini.  Havoc budak-budak rumah tengok aku bawak balik baby.  Mun sengeh memanjang.  Hai la baby ....

Wednesday, 13 June 2012

HERMANIAC

Hari ni Boss satu hari tak ade ... YAHUUUU!!!! boleh pasang lagu Herman Tino.  Kalau dia ada jangan harap lah ada ruang nak feeling dengar lagu-lagu Kang Herman .... nanti mesti dia bukak lagu heavy metal dia kuat-kuat bagi tenggelam lagu-lagu aku on air kan. 

Dalam banyak-banyak lagu, paling best lagu di bawah ni:


Haha ... ulang-ulang aku pasang ... Teringat masa dolu-dolu ... tak pernah aku miss beli kaset Herman Tino ... abih lagu dia aku hafal ... Ada satu lagi lagu dia ... "Pelita Dalam Kabus" ... Dua lagu ni buat aku lopong je mendengarkan kesedapan suara Herman ... hmmmmm ....

p/s: Ojo Kesandung Kang ...

Monday, 11 June 2012

I'M RECYCLING!!!!

So long aku nak buat mender ni ... RECYCLING ... selalu aku procastinate.  Balik je dari ofis semalam, setel semua yang patut, aku berkurung dalam bilik senyap-senyap dan cuba menghasilkan satu draft project dari kotak polystyrene.




Kotak-kotak ni adalah bekas aiskrim, sayang nak buang dan aku simpan punya simpan sampai lah masa terluang itu sampai.  Sebenarnya memang ada projek dengan kawan aku si Liza.  Tapi aku sendiri macam dah lama tak melentur jari-jemari ni di dalam bidang kraftangan.  Tu yang aku cuba lembut-lembutkan kembali ni.   Dah dapat idea kasar, aku pun menghaluskan lagi hasilnya.  Bahagian kotak je dah siap sebab aku guna jarum dan benang.  Tutup tak sempat sebab glue tak ada.






Cantik?  Hehe ... jadilah kan ... dari benda-benda ni terbuang ... baiklah dikitar semula ... hampir siap jewelry box ni ... siap nanti aku bagi Haifa pakai ... isi segala sepit dan gelang dia.

Tak sabar nak sambung lagi malam nanti.  Sambil dok menjahit tu kepala teringat kan Mak.  Masa zaman aku sekolah, Mak ambik upah jahit baju kurung pesak.  Mak aku tu sangat detail orangnya.  Sembat di tulang baju memang tersangat halus dan kemas.  Tulang belut di leher pun lawa sangat.  Kalau aku la, haha, sampai la ni tak pandai nak buat sehalus kerja Mak.  Asal jadi je.  Tapi malam tadi aku cuba nak jadi Mak, cuba secantik mungkin bila menyembat tu.  Boleh la ... nampak jugak kemasnya.  Dah lama aku tinggalkan dunia menjahit ni.  Start belajor masa tu baru abis SRP.  Seluar dan baju sekolah adik aku buat.  Baju raya berfesyen-fesyen jadinya.  Baju melayu arwah abah pun ada aku buatkan.  Sekarang dah tak de masa ... menjahit baju ni kena selalu baru selesa dipakai.

Hopefully laju projek ni jalan.  Dapat share dengan Liza nanti mesti lagi seronok.     

Sunday, 10 June 2012

AKU MEMASAK???

Hehe ... macam tak percaya je sebab memang jarang aku masak ... suka masak tapi kalau sibuk sangat tak sempat ... bila dah ada kesempatan tu memang beriya masaknya.  Macam hidangan di bawah ni:

Macam sedap je kan???  Memang sedap pun ... : 

Ketam dapat murah sangat ... besor-besor dan penuh telur ... isi padat dan sungguh lazat.  Ulam jantung tu  aku yang beriye teringin, harap bebudak idok ler sangat, ada lagi sambal tu ... kalau balik tengahari ni makan nasi panas dengan belen sambal asam tu memang best ... eeee, tak sabor nak balik.

Thursday, 7 June 2012

WHY HE CHANGED

I came across an article by chance somewhere last year.  I could not share it back then since I have no blog to post.  Sharing the URL - http://islamicsunrays.com/becoming-muslim-in-america/

The article was about how an American, Christian by born, changed into a Muslim.  What he has written might not be something some Muslims by born have encountered.  He has this "why?" on his mind all the time.  He asked.  He searched.  He found. 

I particularly like this part "I told Usama that I was considering going back to the Catholicism to get my life in order. He asked me if I’d ever thought about Islam. I told him that I hadn’t thought of it for myself because I felt it was either an Arab religion or a separatist black movement (which I couldn’t join because my mother is white) and that I felt the only Muslims I had ever met were hypocrites and that I’d never seen a good practicing Muslim."  I am wondering what he meant by "hypocrites" ... then I remembered something ... I smile ... and I understand.

By urging, sometimes will not make a person understands Islam, but the smile on your face will definitely makes the next person wondering and asking.  When you've made a mind ticked, the door will be wide opened.  That will be the time for you to hold out your hand.  Allahu Akbar.      

MENITI LURAH, MENGGAPAI AWAN

Hari ni ada semangat baru udah masuk.  Hehe.  Semangat ni perlukan pemangkin yang sangat kuat.  Bisik-bisik pada orang kuat di ofis ni.  Dia kata boleh je tu dan disuruhnya aku selidik segala kosnya, bila intake yang bersesuaian.  Nanti dia dapatkan recommendation.

Awal tahun ni aku dah lulus pengajian Sarjana di dalam Pentadbiran Perniagaan.  Merangkak berbagai lah nak sudahkan pengajian.  Tak mudah sebenarnya bagi orang macam aku nak membahagikan masa untuk menelaah.  Masuk kelas kuat betul jiwa seorang pelajar tu hadir.  Tapi bila dah mula mengadap hal-hal pejabat, rasa macam tak de ruang untuk ilmu-ilmu tu semua nak tayang muka.  Tiap kali nak hantar assingment je, mesti ayat ni keluar ... "apasal laaaa aku ambik semua ni????" ... dan assignment pulak tak pernah lah on-time aku hantar.  Nasiblah teknologi dah canggih sekarang, pakai online je bila submit.  

Tak semua subjek aku dapat markah tinggi, lebih-lebih lagi Marketing, tak suka betul subjek tu.  Banyak sangat business model.  Tapi okay la ... ilmu kan ... sedikit sebanyak dapat lah aku buat panduan bila bekerja.  Subjek aku suka sekali bila ada sangkut-menyangkut dengan human relation/behavior.  Masuk je bab-bab manusia ni aku terer sikit.  Senang subjek ni.  Lagipun dah lama bekerja di dalam pengurusan sumber, terasa mudah nak difahami.  Selesai semua tu aku rasa sangat lega dan syukur tak terperi.  Segala penat lelah dah berbalas.


Sekarang ni, aku macam rasa nak masuk sekolah balik pulak.  One more step ... just one more step.  Mampukah???? Hmmm ... bagai aku kata tadi la ... pemangkin yang sangat-sangat kuat perlu ada ... modal pun boleh dapat sebijik kereta Viva pulak tu ... tetapi, orang kata, kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu alasan ... kan?  Tepuk dada, tanya selera.  Pikiaq masak-masak ... telek abih-abih ... yang penting baju yang nak dijahit tu dah diukur sesuai ikut badan ... mental dan fizikal kena benar-benar mantap ... Insya Allah ... eeee ... takut pun ada ni .... pikiaq ... pikiaq .... pikiaq ... lurah yang nak dititi tu dalam sangat dan awan yang nak digapai tu pulak tinggi teramat ... pikiaq lagi ..... 


TITIK PERTAMA

Okay ... am new here ... don't know much ... but hope to have wonderful time as a blogger ...