Thursday, 14 June 2012

MASA ITU EMASKAH?

Duduk sekejap ni ... fikir dan fikir ... mana masa pergi? ... kalau masa itu emas ... dah tentu boleh cari semula ... aku rasa masa itu lebih bernilai dari emas ... tak ternilai sebenarnya pun ... kalau dah lepas ke belakang nak cari semula tiada langsung kemungkinannya.

Buatkan aku terfikir sebegini bila aku rehat sebentar mengorek artikel tentang Johnny Depp ... minat sangat kat dia ni ... malam tadi di FOX ada POC: On Stranger Tide ... dah dua malam rasanya ditayangkan dan dua malam itu aku menyediakan diri seenak-enaknya atas katil nak tonton cerita ni sebelum tidor, walaupun dah tengok di panggung dulu ... tetapi dua malam jugak aku gagal ... lewat sangat masa tayangan.  Berbalik kepada pencarian artikel ... aku dok belek sikit je ... tetiba aku rasa banyak aku tak tahu tentang hal peribadi dia ... cuba nak baca ... tapi kerja depan mata macam membeliakkan mata pada aku ... eeee, bersalahnya rasa ... terus aku tutup pencarian dan terfikir ... memang masa itu sangat memerlukan perancangan ... dan aku dapat rasakan membaca hal Johnny Depp ni tidak mungkin termasuk di dalam perancangan aku buat masa ni.

Ye, memang boleh merancang masa ... tetapi bila dirancang kita akan mula faham bahawa .. di dalam satu hari kita bangun dan bergerak tidak akan mungkin kita dapat melakukan banyak perkara ... kita hanya dapat mendahulukan yang penting dan perlu ... yang tidak penting ditunda ... tunda ... tunda ... dan tunda lagi.  Hidup kita akan kucar-kacir bila kita dahulukan yang tidak penting dan yang penting ditunda-tunda.  Kemudian kita akan menyalahkan ketiadaan masa ... masa itu sebenarnya ada ... tetapi kita zalimi masa dengan tuduhan ketiadaannya ... menunda perkara yang penting samalah juga menunda perkara yang bagus dari mendatangi kita.

Masa itu bagai emas ... tetapi masa bukan emas ... masa itu adalah diri kita ... biarkan masa beralun mengiringi kita ... bukan kita mengejarnya ... pasti dihujung hari nanti kita tiada sesalan.

No comments:

Post a Comment