Thursday, 14 June 2012

BIDAN TERJUN

Wife Boss baru bersalinkan anak ke 5 Khamis lepas.  Hari ni pergi ke hospital buat check up emak dan anak. Tengahari tadi Boss talipon kata wife dia BP naik tinggi dan pemandangan kekaburan.  Baby dengan dia.  Dia dah macam tak boleh nak fikir dan mintak aku dan abang dia yang ada di ofis ni berfikir untuk dia.  Dah selesai discuss kita orang rasa elok bawak ke rumah aku je lah.  Mun pembantu rumah aku boleh jaga buat sementara waktu. Sampai di ward aku terus capai baby tu.  Kesian tengokkan baby tu.  Mulut dia ternganga-nganga cari susu mak dia macam anak burung tunggu mak dia bagi makan.


Teringat aku Haifa terpisah dengan aku selama 4 hari sebaik lepas bersalin disebabkan aku terpaksa digegaskan ke Hospital Besaq KL dek kerana komplikasi yang berlaku.  Dia nangis tak henti-henti sampai doktor tempat aku bersalin yang jaga dia masa tu, kena bawak ke hospital tempat aku berada.  Haifa dibalut dengan kain batik aku bagi diam.  Hehe.  Sampai la ni dia suka ambik kain batik aku bila dia nak tido time aku tak de sebelah.

Selamat dah baby tu di dalam jagaan Mun buat masa ini.  Havoc budak-budak rumah tengok aku bawak balik baby.  Mun sengeh memanjang.  Hai la baby ....

No comments:

Post a Comment