Sekarang ni aku membekukan diri dari meng'on'kan FB. Puncanya adalah kerana wall dah penuh dengan updates kawan-kawan tentang persiapan raya. Rata-rata dah berbalang kuih. Rancak betui. Aku jugak ketinggalan. Yang siap sulaman manik baju mak aku je. Tu pun tak dapat buat laju sangat. Start menjahit pukul 10 malam tapi masuk je pukul 11, cucuk jari lebih kerap dari mencucuk kain.
Pelan-pelan kayuh ... sampai jua ke muara
Sebenarnya aku order kuih start puasa lagi, satu jenis je aku order, Tart Nenas Mentega Home Made Jam. Memang tiap tahun aku order dengan Nazmi, salah sorang staff di Golf Boutique. Dia dengan mak dia menjana pendapatan. Memang kompem sedap. Tahun ni aku decided nak OEM kan produk ni. Hehe. Order dengan Nazmi 3500 pcs. Ini pun aku mintak up kan lagi 1000 pcs.
Satu bekas ni ada 50 pcs.
Distribution process
Dah antar sana sini aku terasa macam last-last sebutir pun tak de nanti ni untuk aku sendiri ... hahaha ... buat cekodok pisang je ler di pagi raya ... Oh yaaa ... aku nak buat kuih siput ... lupa pulak. Feberet aku tu. Teringat tolong step mom aku (masa tu belum lagi jadi step mom) buat kuih siput. Ingat-ingat jugak lagi tu biarpun masa tu aku masih di alam persekolahan.
Raya kali ni first time aku meniaga kuih. Tak la banyak margin nya tapi boleh lah buat lepas kos aku beli kuih untuk diri sendiri pulak.
Masa sekolah dulu banyak betul buat kuih raya. Antara nama kuih yang
mak aku selalu buat, Biskut Korea Barat, Buah-buahan, Nescafe, kacang,
kelapa ermmm ... banyak lagi la and kek kukus tidak pernah ketinggalan.
There was this one cake, nama nya kek bunga rampai ... aku tak tau ada
tak lagi resepinya ... but I tell you ... sedap giler kek tu ... dia
letak kelapa parut dalam tin tu. Di kaler-kalerkan dulu. Lepas tu
masuk dalam bancuhan kek. Ada essen rose kut tak silap aku. Tapi macam
mana aku nak buat? Oven pun aku tak de ni!!!! Apa aku nak juai nak
buat beli oven pulak ni???
Baju raya bebudak dah beli aritu. Kalau dah ada anak dara besor 3 orang campur si kenet Haifa tu, memang kopak jadinya. Aku buat jual telekong pulak untuk cover kos baju raya. Alhamdulillah. Semuanya bereh. Tak lah terasa aku berbelanja lebih nanti.
Lagi 9 hari Syawal menjelang ... sedih nyer rasa bila Ramadhan dah makin nak sampai penghujung ... entah jumpa ke tidak lagi ni ...
Tak sabar tunggu Jumaat lagi satu ... mak nak mai ... best ... dah janji nak buat nasi ulam sama-sama untuk puasa last tu nanti ... dah bertahun aku ngidam tapi tak dapat-dapat ...
Hai la raya ... banyak cerita raya ni yang buat aku senyum senget ... ermmm ...
No comments:
Post a Comment