Tuesday, 14 August 2012

LOYALTY AT WORK: are you having it?

Pepagi tadi, masa dok bawak Cik Pora pergi kolej and on the way pi kerja, Sarah & Richard bukak topic pasal kesetiaan kepada majikan, dan kalau tiadanya kesetiaan itu (maksudnya suka lompat-lompat kerja) siapakah yang patut dipersalahkan, pekerja itu sendiri atau majikan?  Ramai la yang talipon cerita pengalaman masing-masing.  Ada yang punya lah setia sehingga 20 tahun tapi yang dok naik pegang jawatan baguih-baguih, semuanya muka-muka baru.  Bila dia tanya kenapa dia tak dak promotion macam mula-mula janji, bermacam-macam alasan depa bagi.  Dia lagi 5 tahun nak pencen dah, tak kan la dia nak pi cari kerja lain.  Aaaaa ... saya pernah jugak lah hadapi situasi sebegini, tapi tak la saya tunggu sampai makan tahun.  Masa tu boss besaq dari Singapore datang (syarikat milik bukan Melayu, tapi operasi 90 peratus di dominasikan oleh bangsa Melayu).  Bila dia ada memang mesyuarat dah tentu ada.  Dah ujung-ujung mesyuarat tu dia pun tanya la,  "anything that you all would like to discuss?" ... saya masa tu macam ada berani-berani sikit dan gatai-gatai mulut sikit pun menyuarakan tentang kadar kenaikan gaji yang tidak begitu memberansangkan.  Agaknya dia ni memang dah set dia punya mind, kalau pekerja ajukan hal-hal macam ni kena buat muka sardin dan dengan penuh sardin dimuka jugak dia habaq, "well, if you think that the company is not paying you up to your expectation but you've given your best, the door is always open."  Waaaaah, sampai ati dia habaq lagu tu.  Saya ni jenis memberontak jugak la kiranya, cuba nak setia, tapi disebabkan dah bagai dihiris qalbu ni, tak lama lepaih tu saya resign.  Tak mati nye kalau saya tak setia kat situ, berlambak lagi kerja kat luaq sana saya boleh dapat (konon la).  Perangai saya yang suka memberontak itu membuatkan saya termasuk di dalam kategori suka lompat-lompat kerja.  10 tahun pertama tu abih lama pun 2 tahun je la saya boleh bertahan.  

Flashback sat masa mula-mula menceburi alam bermajikan ni pada 16 Ogos 1989.  Hey, today genaplah 23 tahun dah saya makan gaji.  Sedaq tak sedaq, dah lama tu masa berlalu.  Tepat 12.00 am 16hb tu, arwah abah hantaq pi stesen keretapi Taiping, naik mel malam dengan tiket harga RM 10.00 (aircond pakai udara original dari luaq).   Petang 15hb tu, time saya tengah mengajaq tusyen budak-budak sekolah rendah area rumah saya, mak saya laung habaq ada call.  Bergegaih saya pi jawab.  Rupanya kawan ITM saya si Pisah, dari Subang Jaya, dok cari orang ganti dia sebab dia dah dapat kerja di tempat lain.  Gaji RM450.00 sebulan.  Huisssh, besaq dah rasa gaji banyak tu.  Saya teruih kata setuju nak jadi pengganti.  Kembang kuncup hati ni Tuhan saja yang tau,  akhirnya saya bakal mendapat pekerjaan.  Subuh sepie' 16hb tu saya dah tercongok di bus stand Klang (KL) dok cari bas nombor 252A.  Nampak ja bas tu saya teruih naik.  Pisah kata bila nampak Subang Parade je tekan loceng.  Paih tu turun and call dia.  Tunggu je kat situ sampai dia datang.  Time tu bukannya ada hand phone.  Kena cari public phone nak buat call.  Saya sampai Subang Parade dalam pukul 7.30 rasanya.  Macam boleh lintaih pi lintaih mai lenggang kangkung la punya lengang jalan.  La ni jagan harap la boleh buat lagu tu, mau berbakui kena maki kut, nasib tak baik dok hospital pulak kut.

Pendekkan cerita, dia mai bawak saya pi rumah sewaan dia.  Jalan kaki ja pun sebab dekat.  Aku pakai sepasang kurung moden biru masa tu dan bertudung putih dan dengan ayat tu jugak lah saya teruih pi interview.  Tokey syarikat tu berkenan nak ambik saya, dia orang Taiwan tetapi berkahwin dengan lelaki Melayu.  Shikit-shikit speak Malay kata dia.  Jap, saya nak tunjuk lokasi tempat saya kerja dulu ni, betui-betui depan Taylor's College.

                                          Dah jadi hotel bajet le pulak.

Dah 2 bulan kerja boss paling besaq datang dari Silicon Valley, San Francisco.  Dia confirm kan position aku dan yang paling best dia offer pergi menjalani latihan di kilang dia di US nun untuk beberapa bulan.  Waaah, bermalam-malam la saya tidor sengeh.  Husband boss bawak pi ambik visa, dapat Multiple Entry pulak tu.  Tapi sayang seribu kali sayang, belum sempat saya pergi, saya dah ciao dari situ sebab saya naik menyampah dengan boss saya.  Hehe ... besa lah saya ni ... cepat melentin.  6 bulan je saya di situ tetapi visa nya saya masih ada sampai la ni.  Orang Imigresen kata, kalau pi US kepilkan passport saya yang ada chop visa tu dengan passport baru saya.  US jauh sangat la, tak terpikiaq lagi.

Lepaih tu saya kerja satu company area Subang Jaya jugak untuk selama 2 tahun.  Saya berhenti dari yang ni sebab saya nak gaji lebih.  Berhenti situ saya pi kerja dengan syarikat yang saya sebut awai-awai tadi.  Situ pun 2 tahun sebab tak setuju angin dengan management.  Dah berhenti situ saya kerja dengan syarikat lain tapi tahan 6 bulan saja sebab ada satu syarikat besaq offer saya kerja.  Tak kan nak tolak kan???  Di tempat baru saya kerja 2 tahun jugak.  Saya berhenti sebab saya tak setuju dengan keciputan kenaikan gaji yang saya terima.  Kemudian saya kerja di beberapa buah syarikat lagi tapi semuanya sekejap-sekejap.  Di tahun 2000 saya kerja dengan satu syarikat yang mulanya kecik tapi lepaih tu jadi besaq.  Saya rasa fedap dengan red tape segala ditambah dengan bermacam ragam perangai.  Ada up sikit la, tahan empat tahun. 

Sedari 1990 hingga 2003, saya bekerja dengan syarikat bukan bumiputera dan semenjak 1993 saya dah nekad yang satu hari saya akan gunakan semua yang saya belajaq untuk memajukan syarikat kaum saya sendiri.  Hanya di penguhujung tahun 2003 keinginan saya terlaksana dan saya masih berterusan bekerja sehingga ke hari ini.  Yang paling lama saya dapat bertahan.  

Setelah saya kaji dan teliti, saya rasa ketidaksetiaan itu lahir disebabkan oleh kedua-dua pihak, majikan dan pekerja, bergantung pada situasi.  Ada jugak majikan bersifat memilih dan membuatkan pekerja rasa tertekan.  Sifat pekerja itu sendiri juga memainkan peranan.  Sekiranya mereka terdiri dari golongan yang sangat sensitif dan emosional, ada kebarangkalian keputusan yang diambil mungkin agak terburu-buru.  Ketidakpekaan majikan atas kehendak dan keperluan pekerja juga menyumbang kepada ketidaksetiaan. Ketiadaan kepuasan bekerja juga mendorong pekerja bersikap memilih jalan keluar.  Wang ada kalanya menjadi nombor dua berbanding dengan kepuasan bekerja.  

Persoalannya, berapa lamakah harus seseorang pekerja itu membenarkan masa berlalu sebelum dia mengambil keputusan untuk bertukar suasana kerja, sekiranya merasakan bahawa dia ditindas?  Setahun? Dua tahun?  Sepuluh tahun?  Atau 20 tahun macam pemanggil di radio pagi tadi?  20 tahun tu satu tempoh yang sangat lama, part of your life mungkin dah gone dead, wakes up in the morning, goes to work, drives back, eat and sleep.  Round and round it goes and definitely there's no job satisfaction being achieved.

In the current company I am working with (tengok, tak sempat nak komplen ni, Boss macam tau-tau je, dia kata Astro tawar syer, suruh key in detail ... hmmmm) ... jap ye ... Siap dah register.  Tinggal dia nak sain aje.  ... Where was I ... ermmmm .... on yeah, about to story the current company I am working with.  Semua pun Melayu sini.  Dulu ada projek luar ramai jugak lah staff ... sekarang in house saja staff tak ramai sebab tiada keperluan.  Dulu-dulu pernah employ ramai jugak untuk in house repairing, tapi masing-masing buat syarikat ni macam hak milik sendiri untuk hal-hal yang lebih ke arah peribadi, Boss pun tidaklah suka, tugas saya lah untuk memberi surat berhenti kepada mereka.  Kadang-kadang saya cuba la jugak suruh Boss being a bit soft and consider lah sikit.  Tapi kalau hitam kata dia, hitam lah jawabnya.  Ramai dah yang saya lihat tidak memiliki ciri-ciri yang diperlukan syarikat.  Tidak memahami hati dan perasaan majikan.  Terlalu berkira.  Kalau syarikat ada beratus-ratus pekerja, mungkin tidak luak produktiviti kalau ada segelintir yang bersikap kurang daya saing.  Tetapi bagi syarikat kecil, sudah tentunya setiap pekerja sangat-sangat penting dan perlu memiliki kreativiti serta pro-aktif.

Ada kemungkinan perubahan zaman memerlukan majikan merubah cara pengurusan.  Lebih memikirkan cara 'memikat' pekerja dengan insentif-insentif yang sangat berguna serta sukar untuk dicari di mana-mana syarikat lain.  Penekanan tentang impak pengenduran di dalam aktiviti pengeluaran boleh menjadikan pekerja rasa penting dan akan berusaha memberikan yang terbaik.  Imbuhan secara berkongsi untung juga akan menyuntik semangat untuk meningkatkan produktiviti.

Namun segala yang ingin disampaikan atau dilaksanakan oleh syarikat adakalanya sukar nak direalisasikan kerana kalau dah hampeh tu, hampeh jugak le hasilnya.   

No comments:

Post a Comment