Baru tadi aku selesai membaca novel DIA SEGALANYA. Semenjak habis belajar ni, tak putus-putus aku membeli novel-novel Melayu. Kebanyakkannya lebih kepada yang ada bait-bait lucu dan seluruh penceritaan ceria dan bagus dijadikan panduan.
Dulu-dulu aku suka jugak membaca novel, tetapi kebanyakannya novel Inggeris. Sesekali aku akan membaca novel Melayu.
DIA SEGALANYA ni tebal betul. 1112 muka surat. Aku mula membaca sewaktu di dalam penerbangan minggu lepas. Ceritanya mengenai tentang perasaan seorang lelaki yang sangat-sangat mencintai adik bongsunya yang merupakan anak angkat kepada keluarga dia. Kerana takut cintanya bertepuk sebelah tangan dan ditentang oleh keluarga, terutama Papanya, macam-macam dia lakukan agar dia dapat membendung perasaan agar tidak jelas di mata semua. Rahsia dia hanya diketahui oleh Atuk dia dan kawan karibnya.
Dia sanggup belajar sampai ke UK semata-mata nak hilangkan perasaan itu. Tapi dia kalah. Sekembali ke tanahair perasaan itu makin mekar. Dia sudah tidak boleh berenggang dengan adiknya. Dalam masa yang sama, di hati adiknya itu turut berputik rasa cinta. Tetapi masing-masing tidak mengetahui apa yang ada dalam hati orang yang mereka cintai itu. Sesuatu terjadi yang membongkarkan rasa hati tetapi agak kelewatan kerana si adik mengidap leukimia pula. Si adik tidak mahu si abang angkatnya berharap lalu pergi dengan keadaan dah macam nyawa-nyawa ikan. Bila keadaan dah terdesak, si adik terpaksa juga bercerita kepada seluruh keluarga dan rumah sakit dah jadi rumah ke dua tempat berhimpunnya semua keluarga. Si abang dah tak boleh tahan lalu luahkan semuanya kepada keluarga. Sebijik penumbuk hinggap di pipi. Abang sulung bagi hadiah. Tapi dia tak putus ada dan dia rayu dan rayu Papanya supaya mengizinkan dia menikahi adik angkatnya itu. Last-last, biasa lah kan, si Papa berlembut hati setelah dipujuk Mama. Mama bagitahu pada Papa, dia boleh saja realisasikan permintaan anak teruna dan anak angkatnya itu, tetapi dia tak mahu menjadi isteri yang derhaka. Tambah dia lagi, anak angkat tetap bukan muhrim dan tidak akan mungkin halal sentuhan walaupun di hati dah macam darah daging sendiri. Biarlah anak angkat itu menjadi menantu di dalam keluarga mereka. Menantu dah sememangnya akan menjadi anak mereka dan tidak akan ada jurang lagi. Dengan ayat itu hati Papa berlembut dan mereka segera dinikahkan.
Yang jadi masalahnya si anak angkat tu dah asyik tak sedarkan diri sebab keadaan dah makin serius. Tak de sapa pun boleh derma sum-sum tulang. Semua pun apalagi, panik tak terkata. Yang si abang merangkap suami tadi macam dah hilang segala harapan. Di suatu malam, setelah seminggu isterinya tidak sedarkan diri, kena bantu dengan alat pernafasan, dia berteleku di sejadah dan berdoa di dalam bilik di mana isterinya di letakkan, air mata pun dah tak ada langsung masa tu, sambil berkata, dia rela sekiranya sampai di situ sahajalah kisah mereka, biarlah isterinya bebas dari seksaan. Usai dia berdoa dia terus berbaring di sisi isterinya. Keesokan harinya isteri dia sedar dan berita gembira juga sampai ke pengetahuan mereka, salah seorang rakan mereka dapat menderma sum-sum tulang.
Si penderma ni sebenarnya seorang gadis China yang sama-sama belajar di UK. Gadis ni masa di UK dah lali dengan sifat si lelaki ni suka mabuk dan berpoya-poya di club tempat dia buat part time. Lelaki itu selalu membela dia bila dia sering menerima usikan dari lelaki-lelaki miang di club tempat dia bekerja. Lelaki itu juga ada bercerita tentang sebab dia melakukan semua itu (nak hilangkan perasaan cinta pada adik angkatnya itu) Sekembali di KL dia bertemu kembali dengan si lelaki tersebut dan teruja dengan kecenderungan lelaki itu mahu kembali ke jalan Allah (sebelum ni sedikit sebanyak adik angkatnya dah ajar segala ayat-ayat di dalam solat yang dia dah tinggalkan, sampai merah padam tapak tangan kena rotan sebab sebutan tak betul). Dalam diam gadis China itu turut tertarik dan bertukar ke agama Islam.
Ujung-ujung nya faham-faham je lah kan ... they live happily ever after. Hehe.
Sebenarnya, cerita-cerita fiksyen memang dah boleh diagak jalan cerita, tetapi penulis sangat pandai menerbitkan situasi-situasi yang diluar jangkaan. Itu yang membuatkan aku ralit membaca sehigga selesai, walaupun tercuri-curi masa memandangkan di siang hari aku terikat dengan hal-ehwal pejabat.
Inilah bukunya, tebalkan? 2 tahun si penulis ambil masa nak siapkan. Namun aku rasa, ketebalan mukasurat boleh dinipiskan kerana banyak situasi yang berulang-ulang dan tidak penting. Tapi tebal-tebal macam ni ada baguih jugak. Aku nak tinggalkan di pejabat. Bila ada yang susah sangat nak gerak bila suruh, aku lemparkan aje ke muka biar hilang biul.
No comments:
Post a Comment