Thursday, 6 December 2012

SIAPA YANG LAYAK????

Semalam Boss talipon, lewat petang jugak.  Dia pesan suruh aku bukak semua application bagi post Electronic Engineer dan Technician, panggil semua pemohon yang meminta bawah RM2000.00.

Dengan penuh dedikasi aku pun bukak la satu-satu ... memang dah dekat sebulan email aku penuh dengan email dari pemohon-pemohon ni.  Ada yang baru habis belajar, ada yang dah bekerja.  Lelaki perempuan semua ada.

Bila aku tengok pemohon ni semua aku senyum sorang-sorang.  Aku senyum sebab aku terbayang impian mereka-mereka ini semua sebelum ke menara gading.  Bila dapat surat mengatakan berjaya mendapat tempat di Uni itu, Uni ini ... memang satu rumah kembang perasaan ... mak pak la terutamanya, dan apatah lagi kalau anak sulung dan juga cucu sulung, tok, wan, opah, onyang, mak sedara, pak sedara semua tumpang bangga ... hehe.   Bila jejak kaki je di semester pertama, semua bertekad nak masuk senarai Dekan.  Tersenyum lagi aku memikirkan ... berlambak yang aku tengok pemohon-pemohon ni dalam senarai tersebut.  Tapi bila panggil interview mesti semua gagap.  Mintak gaji nuuuuun melambung tinggi, padahal baru je tamat belajar.  Ada dua orang perempuan lulusan Uni ternama, ambil Mechatronic, dok keje Mydin ni ha jadi cashier.  Result 3 point ke atas.  Aku tak rasa pun nak panggil sebab memang tak kena dengan jawatan yang kosong.  Tapi dalam hati ada rasa kesian sebab anak aku pun sedang melanjutkan pelajaran di bidang kejuruteraan juga.  Memang tak akan aku beri dia ambil mechatronic.  Tapi dia dah bagitahu yang dia nak mengajar je.  Hmmm, ok la kut macam tu.

Result yang bagus sebenarnya tak menjamin sebarang pekerjaan melainkan sekiranya ingin menjadi tenaga pengajar.  Syarikat lebih mementingkan bagaimana kreatifnya anda nanti.  Tapi kalau result baguih, bila tanya gagap-gagap, litar yang budak darjah 6 buat pun hang tak ingat, janganla ada hati nak mintak gaji lebih 2000 ringgit. Kannnn?

Memang bertimbun permohonan dan semua lulusan tinggi ... tapi sangat sedih bila tiada yang layak kerana mereka setakat belajar ... tapi tak tahu apa yang dipelajari.

Usah dikejar sangat keputusan tinggi melangit, tanamkan minat ingin tahu yang tinggi, dengan sendirinya apa yang kita belajar melekat diminda dan dibawa kemana-mana saaaaampai bila-bila.  Itulah caranya menuntut ilmu.  Anak aku sekarang tengah cuti semester, tapi dia sedang menjadi tenaga pengajar di Masjid untuk khemah ibadah selama enam minggu (dari Isnin hingga Khamis) ... tenaga pengajar yang lain terkejut bila tahu jurusan yang dia sedang ambil, sangat menyimpang kata mereka.  Dia balas, tuntut ilmu tak kira masa dan tajuknya.  Tanamkan  keikhlasan semua jalan.  Patutnya Khamis dia balik, tapi dia mintak ambil hari Jumaat  sebab ada kelas kursus pengendalian jenazah.  Kalau dihitung buku-buku yang dia ada memang heran aku fikirkan but of course sangat suka sebab dia tak betah tak mencari ilmu.

Bila bab mintak gaji ni lagi sekali aku tersenyum ... Selasa yang lalu Boss suruh panggil semula salah seorang pemohon yang telah kami panggil dua minggu yang lalu.  Maths untuk SPM A1 ... memang bijak lah tu kut.  Gaji yang dipohon RM 1900.00 ... bila aku call and tanya berapa boleh turun, dia kata kalau boleh sebanyak yang dia mintak tu lah.  Aku bagitahu kalau berminat terima RM1600.00 boleh datang untuk second interview.  Dia fikir-fikir and kata ok.  Esoknya dia datang and tak sampai 10 minit Boss aku tamatkan sesi temuduga.  Hmmmm .... tak tau apa pun Boss aku kata, simple thing yang budak sekolah rendah buat dalam kemahiran hidup pun tak dapat nak bagi penerangan.

Sedihkan bila fikirkan situasi sebegini.  Kita orang di ofis ni tau dah ... segulung ijazah tak dapat nak menjanjikan pemohon itu layak diambil bekerja.  Asyik fikir aku grad U, ada sarjana muda, dah layak sangat nak dapat gaji tinggi ... jangan takut terima gaji rendah dahulu, buktikan kemampuan baru kita talk talk.  Our top Engineer di ofis ni bukan graduan tinggi pun, dia lulusan sijil ILP je asalnya, buat praktikal di ofis ni 9 tahun yang lalu, sambung diploma sekejap lepas tu, masuk balik ofis ni dan terus kekal bekerja.  Alatan elektronik yang dia repair bukan calang-calang, dan pihak tentera memang tak jumpa lagi orang lain selain dia yang dapat memperbaiki alatan mereka setakat ini.  Memang Boss aku tak segan hati nak bayor gaji tinggi kat dia, setahun sampai dua kali naik sebab nak kekalkan dia.

Boleh berbangga dengan ijazah, tetapi tanamkan minat yang tinggi di dalam setiap pelajaran yang diambil, baru berbaloi.  Tulang empat kerat dan minda tu kalau tak nak digerakkan lebih dari biasa memang la orang akan layan anda biasa-biasa je ... susah nak jadi lebih.

Kepeningan aku membaca satu persatu permohonan .... Siapalah yang layak ni??????    

No comments:

Post a Comment