
Jakri College International nama tertera di gambor tu. (http://www.sinarharian.com.my/semasa/ahli-politik-tan-sri-antara-beli-ijazah-palsu-1.70443)
Sat nak browse college ni. Ooops! Under Construction ... browse lagi ... ada dia punya obersee partner (kononnya la) http://www.uoredu.org/. Graduan pun ada di Linkedin site. Sekarang mamat tu kerja di Phnom Penh ... jawatan manager.
Kelakar betul bila difikirkan. Orang lain separuh mati nak habiskan belajar, sampai tensen-tensen, demam kebah demam kebah, kadang-kadang tak kebah-kebah sampai habis semester. Duit berpuluh ribu keluar biaya diri sendiri. Senang-senang dapat PhD pakai RM semata-mata. Tak malu ke buat kerja macam ni? Tak malu ke kutip duit cara ni? Inila orang kata dalam ceghodik ada bangangnya. Keghotaih tu tak de maknanya ... ilmu tu yang nak dicari ... tapi tak tau la pulak dia pi ambik Black & White dulu lepaih tu baru studi pelan-pelan browse internet malam-malam. Ilmu datang kemudian. Yang penting tak tensen sebab exam.
Tapi la kan ... macam aku pi belajaq aritu ... kalau dah lama bekerja ... apa yang diajar tu (kecuali subjek yang memerlukan pengiraan) ... dah pun mahir sebab ada pengalaman ... kalau beli fake degree or MBA macam tak de beza sangat. Dari segi moral la tak betui. Tak rugi ke tak de kertas kerja atau tesis hasil usaha sendiri yang nak dibanggakan? Fresh student of course jangan nak merepek nak buat benda macam ni unless family memang dah ada firma besar. Apa nak dikira. Teringat Ranchordas Chanchard dalam 3 idiots ... dia gunakan Phungsuk Wangdu bagi mendapatkan segulung ijazah (entah betul ke idak ejaan nama tu, main ingat je) ... nice movie. But for PhD, errrr ... ridiculous betui laaa ... aiyooooo ... such a shameful act.
Apa-apa pun biarlah setakat Sijil Kemahiran dari Institut Belia je di tangan, tapi ori youuuu.
No comments:
Post a Comment