Alhamdulillah ... seronok betui la dah mula posa ... dah masuk hari ke tiga dah pun ni ... Kalau bukak FB tu ... aaaaamboiiii ... tu diaaa ... na la warga-warga FB post juadah berbuka ... ada title lagi lauk pauk depa tu nak habaq mai. Terasa sungguh kemeriahan. Tapi jangan membaziaq na .. tak mau, tak mau ... tak vogue lagu tu.
Hari pertama posa saya buat mihun sup daging dengan roti celup teloq. Laju ja semua makan, rasanya tak la sedap tara mana pun, dah sempoi sungguh bahan-bahan sebab tak berapa sihat nak keluaq pi beli. Apa yang ada di rumah hantam saja lah. Janji ada makanan. Buah kurma dah tentu. Minum ayaq teh o limau. Tak dak ais kali ni. Dah pekena buah kurma sebijik dan ayaq segelaih, semua pakat berteraboq ambik wuduk. Solat maghrib dulu baru makan, baru perut tu tak terkejut.
Abih ja solat, perut pun diisi dengan juadah yang lebih berat. Masuk je azan Isya' bebudak semua redi abih dah nak gerak ke Masjid tunaikan solat Isya' dan sunat Terawikh. Saya Terawikh di rumah ja sebab nak kemas-kemas dapoq. Adalah makmum sorang, si kenet Haifa.
Sakan dengan telekung baru dia hadiah sempena birthday ke tujuh baru-baru ni
Tapi makmum saya ni sekerat jalan dah santai ataih katil tengok katun faberet dia laaaa. Pelan-pelan asuh. Lama-lama bertambah rajin la tu.
Saya ni sebenaqnya dari zaman sekolah lagi mengidap gastrik yang agak teruk jugakla. Kalau masa time sekolah dulu, masuk saja pukul 4 petang, saya dah terbaring tak boleh gerak menahan pedih perut. Kerempeng-peng-peng jadinya bila time posa. Sekarang okay sikitlah. Tapi nasib jugak tak kena sakit kepala. Bila abih ja posa, time raya tu tok sah harap la dapat makan beriya. Tu pasai la elok posa 6. Kalau 2 hari pi beraya, 2 hari makan macam-macam, memang hari ke 3 tu ngadap la segala serangan. Apa yang dimakan elok keluaq abih tak tinggai sisa dah. Ya la, kata raya, masa tu la segala macam tuan rumah masak. Sedap pulak. Tapi dah tau dah cara nya. Tiap rumah jamah sikit ja. Minum ayaq suam. Jadilah dapat merasa tu.
Posa ke dua buat char koey teow penang. Sebenaqnya, saya ni tak pernah masak makanan tu. Makan di kedai selalu sangat. Bahan saya tau la sebab sambil makan di kedai tu boleh tau dah apa nak bubuh. Saya bukak Youtube. Tapi dapoq saya keluaq api tak boleh sampai nak menyambaq masuk dalam kuali. Okay la kut. Masuk tu masuk ni ... jadilah Penang Char Koey Teow. Bau memang ada la jugak persamaan. Rasa tak tau la pulak. Time posa masak, paham-paham ja la. Bukan boleh nak rasa. Bila dah makan, budak-budak tu kata sedap. Hah, boleh punnnn. Saya buat cream caramel atas permintaan Cik Haifa. Air teh o limau jugak.
Pagi Ahad semalam, boleh pulak Adli, anak saya yang 11 tahun tu ikut konvoi berbasikal dan mini explorace Imam Muda. IM Hafiz memang Imam kariah kita orang sebelum ni. Adli geng Ustaz Hafiz. Geng depa dapat 1st prize kata Adli. Nanti tengok rakaman. Lagu mana la anak aku ni beraksi. Go IM Hafiz Go!!!!!
Bagi juadah hari ni, aku serah kat PA aku si Mun tu ja lah yang masak. Biaq dia pikiaq sendiri. Makan nasi campoq pun okay dah.
Tapi Ramadhan sebenaqnya bukanlah bulan kita nak cipta macam-macam makanan pun kan? ... yang seronoknya ibadah itu sendiri. Tahun depan belum tentu dapat peluang nak jumpa. Masa yang kita lalui sekarang ni la kita kena manafaat sebaik mungkin. Apa saja peluang kita sambaq. Sapa tak mau oiiiiii. Biaq la dari mula saaaaaaaampai hari last, posa kita sentiasa bermakna. Istiqamah kata Ustaz dan Ustazah bila berceramah dalam forum. Yaaa ... konsistennnnn jangan tak konsisten ...
No comments:
Post a Comment