Ada satu hari di minggu lepas, Boss aku tanya, "Macam mana guna Twitter?" ... aku bantai gelak ... ape ke he nyer Boss aku nak bertweet pulak ni??? ... "You nak buat apa pulak? Selibriti mana you nak follow ni? Lisa Surihani??" ... dia tanya lagi, "dia macam chatting jugakkan?" ... ermmm alahai ... Boss aku ni tak faham laaa..
Aku explain la it is a place for status updates. Contohnya bagi kita yang biasa-biasa ni, guna lah Tweeter untuk tahu updates lalu lintas, event dari jabatan-jabatan lain atau artis kesayangan ke. Atau as a department info center kalau masih belajar, senang nak tau kelas bertukar ke tidak. Kalau nak chat chat pi la guna YM je. Bukan aku tak tau dia masih pengunjung tegar di laman YM.
Cakap pasal Tweeter ni, aku teringat sorang staff lama ni, Wani nama dia. Dia la jugak dulu suruh aku masuk FB sekitar Oct 2007. Sama-sama giler main FarmVille. Alih-alih satu hari dia bagitau suruh aku cek Twitter. Masa tu Artis kita tak ramai pun ada sebab baru sangat. Aku bodoh-bodoh la on kan lepas tanya ejaan lagu mana. Tak tau langsung kegunaannya. Ada following dan follower. Dalam hati aku kata, "ada ke orang nak follow aku?" ... beberapa hari berlalu aku pun cek ... eh, ada la yang nak follow ... omputih lagi ni ... cek lagi rupanya porn web cam punya minah saleh buat iklan ... emmm alahai ... Rasanya sekali je aku letak status, "in the office, so tired" ... tapi memandangkan sape pun tak kenal aku, tak de sape ler yang nak ambik pot amende aktiviti aku ... haha ... short while after aku delete jer ... senang.
Back to my Boss, dia tanya aku macam mana nak bukak akaun Twitter ... ermmmm, dah macam-macam
akaun on line bukak ... yang tu pun tak tau ... hai la Boss.
No comments:
Post a Comment