Baru belajor dua nama ... SISTOLIK dan DIASTOLIK ... Sistolik adalah tekanan darah semasa jantung mengepam dan Distolik tekanan semasa jantung rehat. Kadar normal ialah 120 / 80. Sampai ke umur 44 itulah kadar tekanan darah aku. Tapi lepas tu dia mula menaik. 130/90 ... dan sekarang sudah macam tak nak turun-turun ... 160 / 100 ... dah tahap kedua Hypertension. Hehe ... bila masa pulak aku tension aku pun tak tau ... awal tahun cek macam tu, sekarang pun macam tu ... semua orang heran. Jenuh la aku rehat. Pergi bercuti bagai. Jarang pulak aku naik angin dan tak ingat bila last aku marah-marah pun. Tengok result Aqish yang dapat nombor 22 daripada 22 orang kelas dia baru-baru ni pun aku sengeh je. Di pejabat pun aku happy je buat kerja. Lepas kerja aku berehat sambil menjahit, nonton TV. Fikir punya fikir aku rasa mungkin disebabkan kegemaran aku minum nescafe kerap sangat bila di pejabat. Pagi semalam aku mula minum air rebusan daun pokok sambung nyawa. Memang ada je di tanam depan rumah. Tapi tak pernah teringat nak buat air rebusan.
Ini pokok nya:
Nama Saintifik: Gynura Procumbens Merr
(http://malaymedicine.blogspot.com/2009/10/pokok-sambung-nyawa.html)
Aku ambik dua helai terus pergi rebus (Aku tak berapa tahu sebenarnya cara yang afdal, ikut gerak hati je ni). Selang hari aku minum. Harap-harap adalah penurunan. Jumaat ni nak pergi periksa tekanan lagi.
Berminat nak tahu tentang pokok ni melihat aku berklik-klik di sesawang ... macam-macam jugak yang aku jumpa.
Hmmmm ... bila dicongak-congak aku tersedar ... banyak yang awal di dalam hidupku ini ... contohnya mata, belum 40 aku sudah perlu memakai cermin mata untuk membaca dan sekarang kadar pembetulan dah mencecah 350 ... dan banyak lagi hal-hal lain yang aku lalui lebih awal dari kebanyakan orang ... Namun apa segala yang hadir syukur, Alhamdulillah ... sudah cukup nikmat yang dirasa ... tidak perlu berfikir sangat ... jalani je kehidupan ini dengan senyuman dan keikhlasan.
No comments:
Post a Comment