Semasa perjalanan pulang dari menghadiri satu majlis perkahwinan tempoh hari, Kakak, anak aku yang sulung melontar bicara. "Mama, walimatul urus Kakak nanti buat dua dewan tau," ... Aku tersengih dan hati berdetik, "boipren pun tak dak lagi ...". Tapi okaylah dia terbuka bercerita hal-hal sebegitu. Aku dengar setiap apa yang dia nak suarakan. "Kawan Kakak kata, walimatul urus tak boleh jemput bukan Islam sebab yang hadir semuanya memanjatkan doa. Tak boleh bukan Islam mendoakan kita (seperti memberi Salam) Kalau nak jemput, buat satu resepsi lain khusus untuk mereka dan bukan dalam agenda walimah. Lagi kan Ma, semua yang hadir kena tutup aurat"
Apa yang dapat aku rumuskan aku amat senang hati dengan apa yang Kakak bentangkan. Memang aku kurang setuju dengan cara kebanyakan kenduri-kendara diadakan, apatah lagi ditambah dengan karaoke, kugiran dan tatacara hiburan yang lain. Acara pengantin diarak, disanding dan sebagainya seolah-olah menggalakkan riak. Ada yang berlumba-lumba mencari khemah yang cantik dan mesti bertambah jumlah khemah dari kenduri jiran sebelah yang baru lepas. Semuanya nak berpenat-penat, berpening-pening, keluar duit puluhan ribu. Baju nak sedondon. Eeeee, aku ngeri sebut tentang kenduri ni. Kalau ditakdirkan anak-anak aku bertemu jodoh, Insya Allah, harapnya biarlah sederhana dan mengikut syariat.
Aku pernah menghadiri satu majlis yang diadakan diadakan di Masjid Sri Petaling. Tempat makan tertutup dan berasingan. Pengantin perempuan diraikan di dewan yang hanya hadirin wanita sahaja dibenarkan masuk. Pengantin lelaki sesama hadirin lelaki. Dan sudah tentunya semua bertudung litup. Aku rasa sejuk sangat hati tengok kenduri sebegitu. Kenduri tidak perlu besar, tetapi suasana indah dan penuh dengan doa-doa itu sangat penting.
Langsung dari perbincangan itu aku pun mencari artikel tentang Walimatul Urus dan terjumpalah aku akan blog syahirul.com. Hidup kita ni dah penuh dengan adat. Banyak perkara sudah diambil mudah. Namun hendak berubah ke arah yang lebih afdal tak salah kan? Antaranya adalah cara kita memanjatkan doa kepada kedua pengantin dan penganjur walimah.
Doa untuk pengantin:
Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya
Rasulullah s.a.w jika memberikan ucapan doa kepada seseorang yang
berkahwin, beliau akan berkata:
بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ“Semoga Allah memberikan keberkahan kepadamu, memberikan keberkahan atasmu, dan menyatukan kamu berdua di dalam kebaikan.” (Hadith Riwayat Abu Daud, no. 2130. Hadith ini dinilai sahih oleh at-Tirmidzi dan ath-Thusi sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Albani di dalam Adabuz Zifaz)
Rasulullah s.a.w berkata kepada ‘Abdurrahman bin ‘Auf:
بَارَكَ اللهُ لَكَ“Semoga Allah memberkahimu…” (Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 5169)
Doa ketika Rasulullah menikahkan ‘Ali dengan Fatimah:
اَلَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِمَا، وَبَارَكَ لَهُمَا فِيْهِمَا فِيْ بِنَائِهِمَا“Ya Allah, berkahilah mereka berdua dan berkahilah perkahwinan mereka berdua.” (Diriwayatkan oleh ath-Thabrani di dalam al-Kabir. Rujuk: al-Albani, Adabuz Zifaf, m/s. 160, Media Hidayah)
Doa untuk orang yang mengundang makan:
Rasulullah s.a.w mendoakan untuk Abdullah bin Busr r.a dan keluarganya (ayahnya) di ketika dia selesai dijamu makanan:
اَلَّهُمَّ بَارِكْ لَهُمْ فِي مَا رَزَقْتَهُمْ، وَاغْفِر لَهُمْ، وَارْحَمْهُمْ“Ya Allah, berkahilah mereka pada rezeki yang telah Engkau berikan kepada mereka dan ampunilah mereka serta rahmatilah mereka.” (Hadith Riwayat Muslim, no. 1615)
Kesimpulannya, sebagai tuan rumah, pastikan kenduri kita berlandaskan hukum dan sunnah, dan sebagai tetamu pula, sentiasalah jaga keperibadian Muslim kita dan memanjatkan doa kepada tuan rumah agar semua peroleh keberkatan Allah s.w.t.
p/s: amat faham, terkadang ingin yang terbaik ... seumur hidup sekalilah katakan ... namun yang terbaik itu adalah yang terindah di hati.
No comments:
Post a Comment