Wednesday, 25 July 2012

MACAM MANA NAK KIRA???

Bila anak membesar macam-macam dia orang tanya kan?  Kadang-kadang soalan tu payah nak jawab.  Karang bila kita jawab dia orang salah tafsir pulak.  Semalam Haifa bertanya (masa buka puasa),  "Bila kita puasa berapa pahala kita dapat?" ... tergelak aku dengar cara dia bertanya.  Manalah ada penyukat pahala.  Macam nak kira markah kuiz pulak.

Aku kata, "Manalah nak tau Allah nak bagi berapa.  Kita kan puasa kerana Allah.  Sukahati Allah lah nak beri.  Kalau Dia tak nak beri pun kita nak kata apa.  Kita mesti terus buat dan buat sebab berpuasa adalah rukun Islam.  Kita tak buat kerana mengejar kuantiti pahala.  Kita buat kerana kita kata kita Islam dan kita sayang Allah dan Rasulullah.  Kalau kita sayang dah tentu kita lakukan apa yang disuruh dan tak fikir kan balasan.  Bila kita ingat macam tu, hati kita sentiasa tenang dan barulah indah rasa hidup ni.  Faham?"  ... Haifa angguk-angguk.  Tak tau la dia betul-betul faham ke sebaliknya.  Tak de dah dia tanya lagi.




No comments:

Post a Comment